Rabu, 3 Jun 2026

KANCIL AKAN TIBAI ANWAR BIN IBRAHIM


NASIB KANCIL

CUKUP BAIK

AMIN

PELUANG BESAR

UNTUK BUKTI ADA

SOKONGAN RAMAI

AMIN

PELUANG UNTUK

TIBAI ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS 


PRN16 Johor: BERSAMA akan turut turun gelanggang bertanding


KUALA LUMPUR: Kurang sebulan Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) dilancarkan, parti pimpinan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli itu sah akan mencuba nasib pada Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) Johor.

Berdasarkan kenyatan dikeluarkan Rafizi dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, perbincangan lanjut berhubung jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada PRN16 itu bagaimanapun hanya akan dibincangkan hari ini.

Menurut mereka, penyertaan BERSAMA dalam PRN16 Johor membolehkan parti membina jentera dalam tempoh singkat dan menguji kecekapan serta kelemahan jentera, selain sebagai persiapan ke arah pilihan raya akan datang.

"Keputusan itu dimuktamadkan setelah beberapa perbincangan diadakan dengan pimpinan BERSAMA dan ahli terpilih dari seluruh negara.

"PRN Johor membuka ruang untuk memperkenalkan BERSAMA kepada pengundi Johor, walaupun parti itu baharu dilancarkan semula pada 17 Mei lalu.

Isnin lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRN16.

Pada PRN ke-15 yang berlangsung Mac 2022, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 12 kerusi dengan DAP memperoleh 10 kerusi, manakala PKR dan AMANAH masing-masing satu kerusi.

Perikatan Nasional (PN) memenangi tiga kerusi, sementara MUDA memperoleh satu kerusi.

Rafizi dan Nik Nazmi berkata selaras dengan hasrat itu, BERSAMA akan melancarkan siri jelajah dikenali sebagai 'Jelajah Kancil' ke Johor bermula Sabtu ini.

Menurut mereka, program itu akan memberi tumpuan kepada 12 Agenda BERSAMA, dengan setiap negeri menumpukan kepada satu agenda.

"Jelajah Kancil juga akan melawat setiap negeri lain selepas Johor iaitu Melaka pada Ahad ini, diikuti Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sehingga bulan depan," katanya.



Tiada ulasan: