TAHNIAH
PADA ILMUAN
UNIVERSITI SABAH
AMIN
KULAT BARU INI
WAJIB DI BERI
NAMA SABAZ
POTONGAN
SABAH DAN NAMA
PENGKAJI SHAHBAZ KHALAS
UMS temukan spesies baharu kulat pembunuh serangga di Sabah
PETALING JAYA: Spesies baharu kulat pembunuh serangga pertama direkodkan di dunia yang ditemui di Taman Bukit Tawau, Sabah, membuka peluang penyelidikan baharu dalam kawalan perosak secara semula jadi.
Kajian diketuai penyelidik PhD Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (ITBC), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Muhammad Shahbaz di bawah penyeliaan Profesor Madya Dr. Jaya Seelan Sathiya Seelan.
Jaya Seelan berkata, penemuan itu menunjukkan hutan Sabah masih menyimpan banyak spesies yang belum dikenal pasti.
“Genus Metarhizium kini mempunyai 92 spesies diterima di seluruh dunia. Penemuan spesies baharu di Sabah ini menunjukkan banyak lagi kepelbagaian biologi Borneo masih menunggu untuk dinamakan,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, kulat itu ditemukan pada serangga dewasa hemipteran yang tertanam dalam tanah berhampiran orkid Plocoglottis plicata pada Januari 2023 di Taman Botani, Taman Bukit Tawau.
“Spesies itu dikenal pasti melalui ciri stromata perang gelap hingga kehitaman, perithecia terbenam, askospora berbilang septa dan konidia globos berdinding licin.
“Pengesahan dibuat melalui pemeriksaan morfologi, mikroskop elektron pengimbasan dan analisis filogenetik pelbagai gen.
“Kulat genus Metarhizium dikenali kerana menjangkiti dan membunuh serangga, malah beberapa spesiesnya digunakan dalam pertanian sebagai alternatif semula jadi kepada racun perosak kimia,” katanya.
Penemuan M. tawauensis membuka ruang kajian lanjut terhadap potensinya dalam pengurusan perosak.
Kulat yang dinamakan Metarhizium tawauensis sp. nov. itu ditemui UMS dan hasil kajiannya diterbitkan dalam jurnal taksonomi antarabangsa, Phytotaxa pada 24 Jun lalu.
Sementara itu, Pengarah ITBC, Profesor Madya Dr. Fiffy Hanisdah Saikim berkata, setiap spesies baharu yang ditemukan sebahagian daripada warisan semula jadi negara.
“ITBC telah menghabiskan 30 tahun mendokumentasikan hidupan di hutan ini dan penemuan seperti ini menunjukkan kerja tersebut masih jauh daripada selesai,” katanya. – UTUSAN


Tiada ulasan:
Catat Ulasan