Sabtu, 13 Jun 2026

PERLIS DALAM KRISIS


SEMENJAK

MADAFAKA TUBUH

KERAJAAN 

NEGARA TERUS

HURU HARA

AMIN

JOHOR N9 PERLIS

 KACAU

AMIN

YANG STABIL

KEDAH KELANTAN

& TERENGAGNU

AMIN

ANWAR

BIN IBRAHIM

TAKDA SOKONGAN

BANI MELAYU

AMIN

MASA DAH SAMPAI

HUMBANKAN

MADAFAKA

KHALAS

Bekas Speaker DUN Perlis dakwa kedudukan kerajaan negeri goyah, syor adakan PRN segera

KANGAR: Pentadbiran kerajaan negeri ketika ini didakwa goyah susulan pergolakan politik dalaman Perikatan Nasional (PN) membabitkan hubungan antara PAS dan BERSATU.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis,  Hamdan Bahari, berkata situasi itu meletakkan keabsahan kerajaan negeri dalam kedudukan kritikal, terutama menjelang pembentangan Belanjawan Perlis 2027 hujung tahun ini.

Katanya, krisis utama yang perlu diberi perhatian ketika ini bukan sekadar percaturan politik, malah turut merangkumi aspek perundangan dan sokongan majoriti dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Sistem perundangan kita menetapkan sesebuah kerajaan wajib membuktikan mereka mempunyai sokongan majoriti yang jelas untuk terus memimpin negeri.

"Jika usul penting seperti belanjawan gagal mendapat kelulusan kelak, pentadbiran sedia ada secara automatik boleh dianggap sudah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Hamdan berkata, Perlis bersandarkan prinsip konvensyen Westminster dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1948 yang menitikberatkan keabsahan sesebuah kerajaan berdasarkan kekuatan undi di dalam Dewan.

Katanya, walaupun Raja Perlis mempunyai kuasa melantik Menteri Besar mengikut Perkara 39(4) atas hemat sokongan majoriti, penentu keabsahan sebenar adalah keupayaan meluluskan dasar di DUN.

"Belanjawan negeri adalah penanda aras dan ujian terbesar kerana ia membabitkan keseluruhan perbelanjaan serta perjalanan jentera kerajaan untuk tahun hadapan. Kegagalan meluluskannya memberi isyarat jelas berlakunya krisis kepercayaan," katanya.

Beliau berkata, sekiranya belanjawan itu ditolak, Menteri Besar mempunyai tanggungjawab perlembagaan mengikut Perkara 39(6) untuk mempersembahkan kedudukan itu kepada Raja Pemerintah.

Dalam situasi sedemikian, Raja Pemerintah boleh memilih untuk melantik Menteri Besar baharu yang mempunyai majoriti atau memperkenankan pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Sebab itu saya melihat PRN atau pilihan raya baharu sebagai jalan keluar paling mutlak demi membentuk kerajaan negeri yang mempunyai mandat jelas, sekali gus menamatkan sebarang keraguan perundangan," katanya.

Tiada ulasan: