Khamis, 11 Jun 2026

SAPA PENAJA PARTI BERSAMA ?


TAK MASUK 

AKAL DUIT DARI

DAIM

KAH KAH KAH

SEMUA ORANG TAHU

DAIM INI KEDEKUT

KAH KAH KAH

RAFIZI KELUAR

DUIT MASUK 

AKAL

AMIN

SOROS  BERI

DANA  PUN TIDAK

MASUK AKAL 

KERANA DULU

SOROS

DAH BERI DANA

PADA PKR 

AMIN

PENING KEPALA

SOROS 

BERAPA KALI

SOROS NAK BERI

KHALAS

‘Bersama memang ada penaja, orang itu adalah saya

Pengasas bersama parti Bersama Rafizi Ramli tampil menyangkal dakwaan kononnya gerakan politik itu ditaja oleh pihak berkepentingan khususnya balu kepada Allahyarham Daim Zainudin iaitu, Na'imah Abdul Khalid.

Sebaliknya Rafizi secara terbuka mengakui yang dia merupakan penyumbang terbesar setakat ini dengan dana peribadi mencecah RM80,000.

Bekas Menteri Ekonomi itu menjelaskan, tuduhan liar yang mendakwa Bersama dibiayai oleh individu tertentu khususnya keluarga Daim adalah fitnah tersusun bagi memburukkan imej gerakan berkenaan.

"Ada serangan tersusun kononnya saya membeli Bersama pada harga RM8.5 juta. Disambung pula dengan tuduhan saya dibiayai oleh Toh Puan Naimah dan keluarga arwah Tun Daim.

"Memang ada seorang yang menjadi funder (penyumbang) terbesar Bersama. Orang itu adalah saya," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu memperincikan bahawa beliau telah mendahulukan wang peribadi berjumlah RM30,000 bagi kos pelancaran pada 17 Mei lalu, selain RM50,000 lagi untuk bayaran deposit ibu pejabat Bersama di Puchong.

Mengulas lanjut mengenai model kewangan gerakan tersebut, Rafizi berkata Bersama disokong oleh kira-kira 27,000 rakyat Malaysia yang menyumbang melalui yuran keahlian seumur hidup, pembelian barangan rasmi serta kempen pendanaan awam .

Setakat ini, katanya, jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpulkan daripada orang ramai adalah sekitar RM750,000.

"Dana inilah yang digunakan sebagai modal untuk membiayai Jelajah Kancil, menempah merchandise, membayar ansuran infrastruktur digital, ubah suai ibu pejabat, menempah bahan kempen dan lain-lain.

"Oleh kerana semua petugas di belakang tabir bekerja secara sukarela, ia meringankan beban kos Bersama," katanya lagi.

Pada 28 Mei lalu, bekas timbalan presiden PKR itu menolak dakwaan dia membeli Bersama dan mendakwa perkara itu hanya fitnah tentera siber kerajaan.

Dia menjelaskan Bersama tidak menyasarkan kuasa dalam tempoh terdekat, sebaliknya mahu membina gerakan jangka panjang yang memfokuskan reformasi struktur untuk rakyat Malaysia.

Sebelum itu, bekas menteri Nik Nazmi Nik Ahmad membangkitkan kebimbangan selepas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dikatakan berkongsi berita tidak tepat mengenai Bersama.

Nik Nazmi, yang menerajui Bersama dengan Rafizi berkongsi di X bahawa akaun TikTok Fahmi menyiarkan semula video yang dimuat naik oleh pengguna MayaAlesya.

Video itu, yang mendakwa Rafizi telah “membeli” Bersama dengan harga RM8.6 juta, mempersoalkan sumber dana Rafizi sambil turut menuduh bekas menteri ekonomi itu menyimpan niat jahat terhadap PKR.

"Dari mana Rafizi dapat dana, hasil dari skandal rasuah ke, atau dapat dana dari George Soros?

"Sebenarnya tujuan utama Rafizi lancarkan Bersama bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk balas dendam terhadap parti lama dan kerajaan".

Sementara itu, Rafizi berkata kaedah mengutip dana berskala kecil daripada orang awam diguna pakai bagi memastikan pergerakan itu kekal bebas dan tidak terikat dengan mana-mana taikun atau proksi korporat.

"Memang kerja rumit dan cerewet bila bergantung kepada sumbangan kecil RM10, RM50 dari orang ramai, tapi kami tidak mahu Bersama jadi hamba kepada penyumbang dana.

"Kalau dibiayai golongan berkepentingan, ahli politik membawa suara golongan itu. Kalau dibiayai rakyat, ahli politik membawa suara rakyat," katanya lagi.

Tiada ulasan: