Khamis, 25 Jun 2026

UMNO BUKAN PKR


WOIT

DR AKMAL

KATA  BETUL

AMIN

UMNO BUKAN

PARTI KELUARGA

AYAH DAN ANAK

KAH KAH KAH

UMNO BUKAN

PARTI KELUARGA

RAMANAN

KHALAS 


UMNO bukan parti 'anak-beranak' - Dr Akmal

JOHOR BAHRU : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan UMNO bukan sebuah parti yang mengamalkan politik keluarga atau memberi keutamaan kepada ahli keluarga tertentu untuk menjadi calon pilihan raya.

Beliau berkata, dakwaan bahawa UMNO Johor tidak lagi memenuhi aspirasi golongan muda adalah tidak berasas memandangkan ramai calon muda diketengahkan pada PRN kali ini.

"UMNO ini bukan parti anak beranak. Ramai lagi orang muda yang ada dan telah dipilih sebagai calon.

"Hanya kerana anak seseorang tidak dipilih sebagai calon, tidak bermakna parti ini tidak lagi mempunyai aspirasi untuk golongan muda," katanya dalam satu perkongsian video di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mengumumkan keluar daripada UMNO selepas tidak berpuas hati dengan pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Akmal berkata, BN Johor sebaliknya mempertaruhkan 13 calon berusia bawah 40 tahun dalam PRN kali ini, sekali gus membuktikan komitmen parti untuk memberi ruang kepada generasi muda dalam kepimpinan negeri.

Akmal turut mempersoalkan dakwaan bahawa UMNO Johor tidak memberi peluang kepada golongan muda sedangkan Mohd Puad sendiri pernah bertanding ketika berusia lebih 60 tahun.

"Sebelum ini beliau sendiri menyatakan hasrat supaya lebih ramai calon muda diketengahkan dan perkara itu telah dilaksanakan.

"Jadi tidak wajar untuk mengatakan UMNO Johor tidak mempunyai aspirasi orang muda hanya kerana permintaan tertentu tidak dapat dipenuhi," katanya.

Dalam pada itu, Akmal turut menyifatkan dakwaan yang mengaitkan institusi diraja dengan proses pemilihan calon sebagai tuduhan serius yang perlu disiasat.

Beliau berkata, Pemuda UMNO akan membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

"Tuduhan yang dilemparkan terhadap institusi raja adalah perkara yang sangat berat. Kita mahu perkara ini disiasat dan jika dakwaan itu tidak benar, tindakan sewajarnya perlu diambil," katanya.



Tiada ulasan: