Rabu, 8 Julai 2026

BANYAK YB JADI ROSMAH


PARA YB

TAK SEDAR

PARA PENGUNDI 

TELAH MELABUR

UNTUK MEREKA

MASUK PARLIMEN

AMIN

MAJORITI YB

 TAK JAGA

KESIHATAN

RAMAI YANG

JADI ROSMAH

AMIN

PERLU ADA

LAPORAN MEDIKAL

SEBELUM JADI

CALON

KHALAS

Hampir pitam 

di Parlimen, 

Ahmad Amzad 

dibawa ke IJN

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Terengganu,  Ahmad Amzad Hashim mengalami masalah kesihatan ketika berada di Parlimen pada pagi ini bagi mengikuti sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT).

Pejabat Ahli Parlimen itu memberitahu, Ahmad Amzad turut dijadualkan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2024.

“Ketika berada di Parlimen, YB Datuk mengalami pening dan hampir pitam. Beliau kemudiannya dibawa ke Klinik Parlimen untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan awal.

“Hasil pemeriksaan dan penilaian lanjut oleh pegawai perubatan di Klinik Parlimen, YB  telah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut.

“YB  kemudiannya dibawa ke IJN dengan ambulans dan kini telah dimasukkan ke wad bagi tujuan pemantauan serta rawatan lanjut oleh pihak IJN,” kata Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
.
Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu turut memaklumkan beberapa urusan rasmi, pertemuan dan program yang telah dijadualkan melibatkan Ahmad Amzad pada minggu ini terpaksa ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai kefahaman semua pihak.

“Kami juga memohon doa daripada semua agar YB  Haji Ahmad Amzad Hashim diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan rawatan serta dikurniakan kesihatan yang baik.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: