PASTI BINCANG
PERANG BARU
KAH KAH KAH
BERITA TAKUT
UNTUK ANAK
MUDA ISRAHELL
DIPAKSA
JADI ASKAR
KAH KAH KAH
BERITA GUMBIRA
UNTUK TOWKAY
SENJATA
KHALAS
Netanyahu, Trump setuju bertemu di AS 'tidak lama lagi' - Pejabat PM Israel
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersetuju untuk mengadakan pertemuan di AS dalam masa terdekat selepas kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbualan telefon semalam, menurut Pejabat Perdana Menteri Israel.
Perbualan itu berlangsung selepas AS dan Israel bekerjasama dalam kempen ketenteraan terhadap Iran, selain susulan laporan mengenai ketegangan antara kedua-dua pemimpin berhubung usaha menamatkan perang.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Israel, Netanyahu menyifatkan AS sebagai penjamin kebebasan global dan menegaskan Israel amat menghargai hubungan rapat antara kedua-dua negara.
Dalam perbualan berkenaan, Netanyahu turut mengucapkan tahniah kepada Trump sempena ulang tahun ke-250 Hari Kemerdekaan AS.
Washington ialah sekutu paling rapat Israel, namun Trump sejak beberapa minggu kebelakangan ini secara terbuka mengkritik Netanyahu selepas perang Israel dengan Hizbullah di Lubnan menjejaskan usaha rundingan damai dengan Iran.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan