INI KERJA
SAPA?
AMIN
LANUN TUJUAN
MEROMPAK
AMIN
HOUTHI TUJUAN
POLITIK
KHALAS
Kapal kargo diserang di perairan Laut Merah Yaman
ADEN (Yaman): Sebuah kapal kargo diserang penyerang bersenjata yang tidak dikenali di luar pantai Laut Merah Yaman, hari ini, sekali gus mencetuskan amaran kecemasan, menurut Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO), lapor Xinhua.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial X, UKMTO memaklumkan bahawa ia menerima laporan mengenai insiden itu yang berlaku kira-kira 30 batu nautika di barat daya bandar pelabuhan Hodeidah.
UKMTO menyatakan bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat insiden berkenaan dan tidak memberikan butiran segera mengenai penyerang, kemalangan jiwa atau kerosakan pada kapal terbabit.
Ia turut menasihatkan kapal yang transit di kawasan berkenaan supaya berhati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.
Insiden terbaru itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan keselamatan yang berterusan di Laut Merah dan Teluk Aden, menyaksikan kapal komersial menghadapi siri serangan, cubaan menaiki kapal, serta insiden berkaitan pelanunan dalam beberapa bulan kebelakangan in


Tiada ulasan:
Catat Ulasan