PROJEK INI
AKAN UNTUNGKAN
CHINA BUNUH
SINGAPURA
AMIN
SELAT MELAKA
SAMA TARAF
MACAM SELAT
HORMUZ
AMIN
MALAYSIA - INDON
WAJIB KAWAL
SELAT INI
KHALAS
Projek mega jambatan darat Teluk Thailand-Laut Andaman bernilai 1 trilion baht dicadang batal
Bangkok: Cadangan projek mega jambatan darat menghubungkan Teluk Thailand dan Laut Andaman dirancang dibatalkan selepas kajian kerajaan mendapati projek itu tidak lagi berdaya maju dari sudut ekonomi serta berisiko memberi kesan ketara terhadap alam sekitar.
Memetik laporan Bloomberg, jawatankuasa kerajaan mengesyorkan supaya projek yang sebelum ini dianggarkan menelan kos kira-kira 1 trilion baht (kira-kira RM122 bilion) itu dihentikan, kata Menteri Kewangan, Ekniti Nitithanprapas dalam taklimat media semalam.
Beliau berkata, kajian terbaharu mendapati projek berkenaan berpotensi mencatatkan kerugian keseluruhan berbanding penilaian awal yang menjangkakan manfaat ekonomi besar daripada pelaksanaannya.
Laluan sepanjang 100 kilometer (km) itu yang bertujuan memendekkan masa pelayaran antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan mengelak Selat Melaka kembali menjadi perhatian pada 2026 susulan ketegangan di sekitar Selat Hormuz yang menyerlahkan ketidakstabilan laluan perkapalan global.
April lalu, Timbalan Perdana Menteri Thailand, Phiphat Ratchakitprakarn berkata, kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan projek berkenaan.
Bagaimanapun, kajian terbaharu menunjukkan kadar pulangan kewangan yang dijangka daripada projek itu merosot kepada 4.8 peratus berbanding lapan peratus sebelum ini, manakala jumlah kargo dijangka melalui laluan berkenaan pula dianggarkan sehingga 16 peratus lebih rendah daripada unjuran awal.
Pegawai berkenaan berkata, sembilan daripada 10 syarikat perkapalan terbesar dunia sudah membuat pelaburan dalam projek laluan alternatif yang bersaing, sekali gus menyebabkan minat terhadap cadangan jambatan darat itu semakin terhad.
Cadangan asal projek jambatan darat itu membabitkan pembinaan pelabuhan laut di kedua-dua bahagian semenanjung selatan Thailand yang akan dihubungkan melalui rangkaian lebuh raya dan landasan kereta api.
Idea berkenaan dikemukakan sebagai alternatif kepada cadangan lama Thailand untuk membina terusan merentasi Segenting Kra yang dibincangkan sejak beberapa dekad lalu.
Bagaimanapun, kajian terbaharu turut memberi amaran bahawa projek berkenaan berpotensi menjejaskan kawasan sensitif alam sekitar, termasuk rizab biosfera dan tanah lembap di Ranong, selain mengancam kawasan pelancongan maritim utama.
"Sebaliknya, Kerajaan Thailand kini merancang menaik naik taraf Pelabuhan Ranong dan membangunkan laluan kereta api menghubungkan pantai Andaman dengan rangkaian kereta api sedia ada di negara itu bagi meningkatkan kecekapan pengangkutan kargo," kata Ekniti.
Syor berkenaan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan Kabinet untuk kelulusan, manakala kerajaan juga tidak akan menanggung sebarang kerugian daripada rancangan terdahulu kerana tiada pengambilan tanah dibuat dan kerja pembinaan masih belum dimulakan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan