Jumaat, 3 Julai 2026

KUASA DATANG DARI MUNCUNG SENAPANG


DASAR TEGAS

WAJIB SOKONG

AMIN

TANPA SENJATA

CAKAP TAK ADA

MAKNA 

AMIN 

IKUT CARA 

HISBULLAH 

BERUNDING 

DAN 

BERTEMPUR

KHALAS


Presiden Lubnan tegas enggan serah 'walau seinci' pun wilayah kepada Israel

BEIRUT: Presiden Lubnan, Joseph Aoun, menegaskan rundingan negaranya dengan Israel bukan satu pengkhianatan, sebaliknya usaha melalui saluran diplomatik bagi memastikan Israel berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan.

Aoun berkata, rundingan dengan Israel adalah jalan diplomatik untuk mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah.

Beliau bagaimanapun menegaskan, kerajaan Lubnan tidak akan menyerahkan 'walau seinci' pun wilayah negara itu kepada Israel.

Kenyataan itu dibuat selepas Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berkata bahawa tenteranya akan terus berada di kawasan yang didakwanya sebagai 'zon keselamatan' di Lubnan, Syria dan Semenanjung Gaza sehingga diberitahu kelak.

Minggu lalu, Lubnan menandatangani perjanjian rangka kerja yang disokong Amerika Syarikat (AS) dengan Israel bagi membuka jalan ke arah keamanan antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, langkah itu mencetuskan bantahan hebat daripada Hizbullah yang disokong Iran.

Perjanjian rangka kerja itu memperuntukkan tentera Lubnan mengambil alih kawalan secara berperingkat di selatan negara itu ketika Hizbullah melucutkan senjata dan Israel berundur.

Bagaimanapun, perjanjian itu tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi pelaksanaannya.

Butiran pelaksanaannya akan diperincikan dalam lampiran keselamatan yang masih belum didedahkan kepada umum.

Perang tercetus pada 2 Mac lalu apabila Hizbullah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap serangan AS dan Israel yang mengorbankan Pemimpin Tertinggi Iran.

Israel kemudian membalas dengan serangan udara dan operasi darat yang, menurut pihak berkuasa Lubnan, mengorbankan lebih 4,200 orang di negara itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ketika melawat 'zon keselamatan' di selatan Lubnan pada Selasa, sekali lagi menegaskan tenteranya akan terus berada di kawasan itu selagi Hizbullah masih dianggap sebagai ancaman. – AFP


Tiada ulasan: