PAGI INI
PAGI INI
SELASA 7 JULAI 2026
PERANG HARI KE 124
GENCATAN SENJATA 60 HARI
SEKARANG HARI KE BERAPA?
LEPAS BULAN NOVEMBER PERANG MULA KEMBALI
Berita makin meluas – lepas bulan 11 – perang akan bermula kembali – malah JD Vance Timbalan Presiden kata : Gencatan senjata ini buat sementara – untuk susun kembali kekuatan Amerika.
WOIT
Apa yang terjadi ialah minyak di Amerika – MINYAK SIMPANAN STRATEJIK – dah MAKIN SUSUT – Maka Mat Teram takda pilihan melainkan berunding dengan Iran – kah kah kah
Pasaran dunia perlu minyak dari Rusia dan Iran – maka SEKATAN DI LONGAR. – kah kah kah
BOM NUKLEAR IRAN
IRAN TELAH MEMILIKI BOM NUKLEAR
NAMA BOM INI IALH SELAT HORMUZ
Bila dia meledak – bila di tutup – satu dunia kacau – kah kah kah.
TURKI
NATO akan bersidang di Istanbul – wow – Erdorgan makian ganas – ramai kena tangkap – aktivis NGO, pemimpin politik, wartawan – peguam malah PELAWAK pun kena tangkap kerana buat lawak tentang Erdorgan – kah kah kah
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Kemarin hujan gagal. Matahari dah keluar – cahaya lembut. KL & KL Sentral berkabus nipis. Langit biru berawan putih.
Dari belakang gua Ibu Itam datang - gua tabur friskies – sampai ke Wakaf Pertama ramai lagi muncul lalu gua beri nasi dan Friskies - dua tempat – atas jalan ada friskies – atas makam ada nasi – ha ha – Puppy Itam datang makan nasi.
Ibu Garang bergaduh – gua tolak dia keluar – yang lain makan enak – Tiong dan Siti TIDAK datang pagi ini. Ramai makan gua gumbira.
Berjalan pulang depan Pokok Ara gua dengar suara ramai – tapi gua rasa Ara masih belum berbuah.
Di lorong pulang Cengkerik bersimponi – Terkukur berlagu – pagi jadi indah bila Murai berkicau.
Hari ini akan panas. Petang mungkin hujan atau redup. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
SELASA SEPERTI BIASA
BRO
Lu perhatian bunga yang kembang – semua merayakan alam.
BRO
Alam ini tenang. Rumput menghijau. Unggas berkicau. Angin bertiup. Matahari bersinar. Bunga berkembang – alam yang indah.
BRO
Malam sejuk hening – cengkerik bersimponi – rayakan keindahan alam. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA



Tiada ulasan:
Catat Ulasan