BILA AMERIKA
DAH KALAH
BARUA AMERIKA
TERUS DI SERANG
KAH KAH KAH
TERAM HANYA
TERDAYA GERTAK
KAH KAH KAH
KHALAS
Trump dakwa AS-Iran adakan 'rundingan yang baik' ketika negara jiran Iran diserang dron
DUBAI: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa AS sedang mengadakan 'rundingan yang baik' dengan Iran dan masih terdapat peluang untuk mencapai persetujuan berhubung konflik antara kedua-dua negara.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran serangan tentera AS akan disambung semula sekiranya rundingan itu gagal membuahkan hasil, namun Iran pula menegaskan tidak akan minta sambung rundingan damai.
Di sebalik keyakinan Trump, Tehran dilihat segera menguji tempoh jeda kempen ketenteraan AS apabila Arab Saudi, Jordan dan Iraq melaporkan serangan dron pada Isnin.
AS secara mengejut menggantung kempen serangan udara selama dua minggu terhadap Iran pada Sabtu lalu, dalam perubahan strategi terbaharu Trump selepas konflik yang berlarutan selama lima bulan.
"Kami sedang mengadakan 'rundingan yang baik'. Saya fikir ada peluang yang baik untuk sesuatu dicapai. Jika berjaya, itu sesuatu yang baik. Jika tidak, kami akan kembali melakukan apa yang kami lakukan dua hari lalu," katanya.
Pada satu perhimpunan kempen di Michigan lewat Isnin, Trump berkata mengenai Iran: "Anda tidak boleh merasuah mereka. Anda perlu menewaskan mereka dan kami akan mengalahkan mereka habis-habisan.
"Namun, kita akan lihat bagaimana kesudahannya. Buat masa ini, rundingan yang sangat mesra sedang berlangsung," katanya.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei, berkata mesej masih disampaikan antara kedua-dua pihak menerusi orang tengah dan Iran tidak pernah meninggalkan saluran diplomasi.
Bagaimanapun, beliau menegaskan laporan yang mendakwa Tehran meminta rundingan disambung semula adalah 'rekaan semata-mata'.
"Perkara itu bukan budaya kami," katanya.
Seorang pegawai kanan Iran memberitahu Reuters pada Ahad bahawa Tehran tidak akan menghentikan serangannya selagi gencatan serangan yang diumumkan sendiri oleh Trump terus berkuat kuasa.
Sementara itu, pemerintah tertinggi tentera Iran pada Isnin menuduh AS mengancam kapal dan kapal tangki minyak di perairan wilayahnya serta cuba melaksanakan sekatan maritim menyalahi undang-undang, yang menurutnya meningkatkan lagi konflik di rantau itu.
Arab Saudi pula memaklumkan pihaknya berjaya memintas beberapa dron yang menyasarkan kemudahan petroleum, termasuk di Riyadh.
Riyadh mendakwa dron itu dilancarkan dari Iraq oleh kumpulan bersenjata yang disokong Iran dan menegaskan ia berhak mengambil tindakan balas.
Tehran turut menegaskan ia masih menguasai Selat Hormuz yang menjadi pertikaian, iaitu laluan perkapalan utama bagi bekalan tenaga dunia, yang menurut Trump perlu dibuka kepada pelayaran bebas semua kapal.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak masih berbeza tafsiran terhadap kandungan memorandum berkaitan selat itu.
Washington menegaskan memorandum berkenaan menghendaki Tehran membenarkan kebebasan pelayaran, manakala Iran berpendapat ia memberikan kuasa kepadanya untuk menyelia transit di laluan strategik berkenaan. - REUTERS


Tiada ulasan:
Catat Ulasan