Isnin, 17 Ogos 2026

DANA PRU16 MAT BURUT


APAKAH INI

CARA KUMPUL

DANA UNTUK PRU16

MAT BURUT

JENG JENG JENG

KHALAS




DARI FB Eric See-To - Lim Sian See

Tahniah kepada “ikon muda” Malaysia.

Salah sebuah syarikat yang beliau mempunyai kepentingan saham dilaporkan memenangi projek bernilai RM22 juta daripada Tabung Haji pada Februari 2026, dan kini turut memenangi kontrak sekitar RM3 bilion bagi projek LRT Pulau Pinang.

Nampaknya memang berbaloi apabila kos projek yang pada asalnya diumumkan sekitar RM10 bilion dibiayai pihak swasta pada 2023 oleh PMX kemudian meningkat kepada kira-kira RM17 bilion dibiayai penuh oleh kerajaan hanya beberapa bulan selepas itu.

Daripada jumlah itu, sekitar RM8.3 bilion pula diberikan melalui proses RFP single sourcing - bahasa mudahnya, rundingan terus dengan satu pihak - oleh Kementerian Pengangkutan kepada sebuah konsortium yang turut melibatkan syarikat (kepentingan 20% dalam konsortium) yang pernah dilapor media Singapura mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin kanan DAP. 

Pemilik syarikat berkenaan juga pernah dilaporkan ditahan dan asetnya dibekukan berkaitan siasatan kes scam mega MBI pada tahun lepas.
Sekarang, satu lagi kontrak sekitar RM3 bilion pula dimenangi oleh syarikat yang mempunyai kaitan dengan “ikon muda” tersebut.

Tiada ulasan: