Ahad, 9 Ogos 2026

KAMPUNG KERINCHI BUKAN BANGSAR SOUTH


MENGUBAH NAMA

BERNIAT JAHAT

AMIN

UNTUK MENGUBAH

SEJARAH WATAN

AMIN

DULU KAUM

NASIONALIS

MELAYU DI BUNUH

LARI ATAU MASUK

PENJARA INGGERIS

AMIN

MAKA TANAH

MELAYU CUBA

DI LUPAKAN

AMIN

KG KERINCHI

DIUBAH JADI 

 BANGSAR SOUTH

AMIN

SEKARANG

MELAYU BERSATU

BANGUN TEGAKKAN

BUMI MELAYU

KHALAS



Istilah ‘Tanah Melayu’ tidak pernah hilang daripada Perlembagaan – Shamrahayu


KUALA LUMPUR – Istilah ‘Tanah Melayu’ tidak pernah hilang daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan meskipun negara ini dikenali sebagai Malaysia selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Pakar Perundangan Perlembagaan dan Undang-Undang Awam,  Prof Madya Shamrahayu Ab Aziz berkata, tanggapan istilah Tanah Melayu sudah ‘berakhir’ atau tidak lagi mempunyai tempat dalam kerangka kenegaraan Malaysia perlu diteliti semula berdasarkan dokumen Perlembagaan itu sendiri.

“Malah, Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 1(2)(a) masih menggunakan istilah ‘Negeri-Negeri Tanah Melayu’ bagi merujuk Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu.

“Perkara itu menunjukkan perubahan nama negara kepada Malaysia tidak bermaksud sejarah dan istilah Tanah Melayu dipadamkan daripada dokumen perlembagaan.

“Malaysia ialah nama negara, tetapi Tanah Melayu mempunyai konteks sejarah dan perlembagaan tersendiri,” katanya pada Forum Kontroversi Tanah Melayu, Menyelesaikan Polemik, Membina Persepakatan Anjuran Gabungan Nasionalis di Menara Hidayah, Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Pada 28 Julai lalu, bekas Speaker Dewan Negeri Selangor,  Teng Chang Khim menerusi hantaran di Facebook miliknya menulis: “Perkara 1(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Persekutuan hendaklah dikenali sebagai Malaysia. Nama Tanah Melayu berakhir dengan berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan. Titik.”

Menurut Shamrahayu, nama negara, istilah sejarah, identiti masyarakat dan konsep kewarganegaraan sangat penting untuk dibezakan bagi mengelakkan kekeliruan dalam memahami pembentukan negara.

“Dari sudut sejarah perlembagaan, Perlembagaan Persekutuan yang berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957 pada asalnya diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, sebelum diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada Hari Malaysia, 16 September 1963.

“Malah, kerajaan sendiri melalui rekod sejarah rasmi menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kepada Perlembagaan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia,” katanya.

Beliau juga berkata, fakta sejarah tersebut penting untuk difahami dalam konteks perbahasan semasa kerana pembentukan Malaysia bukanlah satu proses yang menghapuskan keseluruhan kerangka sejarah Persekutuan Tanah Melayu.

“Sebaliknya, pembentukan Malaysia membawa kepada perluasan Persekutuan dengan kemasukan Sabah dan Sarawak serta perubahan nama kepada Malaysia.

“Justeru, istilah Tanah Melayu perlu dilihat dalam konteks yang tepat dan tidak disamakan secara automatik dengan nama negara Malaysia.

Dalam pada itu, beliau berkata, kegagalan memahami perbezaan antara istilah sejarah dengan konsep negara moden boleh menyebabkan pelbagai tafsiran muncul sehingga mencetuskan polemik mengenai identiti dan kedudukan masyarakat.

“Perbahasan mengenai Tanah Melayu tidak boleh dipisahkan daripada Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

“Perlembagaan Persekutuan sendiri menyatakan bahawa Persekutuan dinamai Malaysia dalam Perkara 1(1), manakala Perkara 1(2) menyusun negeri-negeri dalam Persekutuan termasuk ‘Negeri-Negeri Tanah Melayu’,” katanya.

Perkara tersebut, kata Shamrahayu ia menjadi antara asas penting untuk memahami bahawa istilah Malaysia dan Tanah Melayu mempunyai konteks yang berbeza dalam dokumen perlembagaan.

“Oleh itu, sebarang perbincangan mengenai identiti, sejarah dan kedudukan masyarakat perlu dibuat berdasarkan teks Perlembagaan serta sejarah pembentukan negara, bukan semata-mata berdasarkan sentimen politik,” katanya.

Beliau berharap perbincangan ilmiah sedemikian dapat membantu masyarakat memahami polemik Tanah Melayu secara lebih matang serta mengelakkan isu sejarah dan identiti daripada terus menjadi punca perpecahan.

“Sejarah perlu dijadikan asas untuk memahami bagaimana Malaysia terbentuk dan bagaimana masyarakat pelbagai latar belakang dapat terus membina kesepakatan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: