ROSMAH BANYAK
KES RASUAH CURI
AMIN
ADA DAH
JATUH HUKUM
AMIN
KENAPA HINGGA
SEKARANG MASIH
BEBAS
AMIN
ISMAHALIL KENA
30 TAHUN TERUS
MASUK JIL
AMIN
NAK RAYU BOLEH
DARI DALM JIL
KHALAS
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Rosmah Mansor mengkreditkan bayaran RM67.46 juta kepada syarikat emas Lubnan, Global Royalty Trading SAL (GRTS), melalui akaun yang boleh diakses oleh peguam pihak-pihak terlibat.
Pesuruhjaya kehakiman Marianne Antoinette Ghani dalam memberikan Rosmah penangguhan pelaksanaan bersyarat pagi tadi, turut memerintahkan isteri Najib Razak itu untuk membuat pembayaran dalam tempoh satu bulan dari hari ini.
Mahkamah merujuk keputusan itu kepada mekanisme pihak berkepentingan yang diputuskan dalam kes Mahkamah Rayuan apabila sejumlah penghakiman dibayar kepada peguamcara perayu dan pihak berkepentingan selepas mendapati ia adalah penyelesaian yang sesuai sementara menunggu keputusan rayuan.
Mahkamah menambah GRTS – sebagai entiti asing yang tidak mempunyai kehadiran atau aset perniagaan di Malaysia – mungkin merupakan keadaan khas dalam mempertimbangkan permohonan Rosmah.
Hal itu, tambah mahkamah, adalah kerana terdapat risiko sebenar Rosmah mungkin gagal mendapatkan semula jumlah penghakiman sekiranya pembayaran dikreditkan terus kepada plaintif, jika dia berjaya dalam rayuannya nanti.
“Mahkamah mendapati bahawa penangguhan bersyarat – yang memerlukan defendan (Rosmah) membayar jumlah penghakiman ke dalam akaun pihak berkepentingan – mengimbangi hak pihak berkain dengan sebaik-baiknya.
“Ini akan memastikan plaintif, sebagai litigan yang berjaya, dijamin hasil daripada litigasi yang berjaya dan mengelakkan prejudis disebabkan oleh penangguhan tanpa syarat jika rayuan ditolak,” katanya.
Mahkamah juga menetapkan, GRTS bebas untuk meneruskan pelaksanaan jika Rosmah gagal mendepositkan jumlah wang seperti yang diperintahkan hari ini.
Rosmah pada Jun lalu sudah diperintahkan untuk membuat bayaran atas kegagalannya memulangkan 43 barang kemas yang telah ditandatangani bersama oleh syarikat itu pada tahun 2018.
Dia kemudian membuat rayuan bagi keputusan tersebut dan penangguhan pelaksanaan, yang membawa kepada keputusan hari ini.
Mahkamah sebelum ini menolak bantahan GRTS terhadap permohonan Rosmah kerana mendapati ia cacat dan tidak boleh diterima kerana syarikat itu mengesahkan afidavitnya di hadapan notari tempatan di Beirut, Lubnan, yang gagal mematuhi Perintah 41 Peraturan 12 Peraturan Mahkamah 2012.
Perintah 41 Peraturan 12 mengawal kebolehterimaan afidavit yang diangkat atau diambil di luar Malaysia.
Peguam Reza Rahim hadir bagi pihak Rosmah manakala David Gurupatham mewakili GRTS.
GRTS memfailkan saman terhadap Rosmah pada 2018 terkait 44 barang kemas yang perlu dipulangkan, tetapi kemudiannya menariknya balik sebelum memfailkan semula kes itu pada 2023.
Syarikat itu memohon pengisytiharan bahawa ia adalah pemilik sah barang kemas tersebut – antara lain berupa rantai berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara.
GRTS juga memohon perintah mahkamah untuk barang-barang tersebut dipulangkan atau – jika gagal – Rosmah membuat bayaran sesuai dengan nilainya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan