Sabtu, 8 Ogos 2026

NATO ISLAM ?


INI NATO ISLAM?

ATAU BARUA

AMERIKA?

AMIN

JIKA BERSATU

LAWAN ISRAEL

MALAYSIA WAJIB

SOKONG 

KHALAS



Arab Saudi, Turkiye, Pakistan meterai pakatan pertahanan bersama

RIYADH: Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan memeterai perjanjian pertahanan bersama ketika pergolakan serantau akibat serangan tentera Houthi serta pencerusan perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, semalam.

Arab Saudi berhasrat mengukuhkan hubungan keselamatannya berikutan perang antara AS dan Iran yang kini turut mengheret negara berhampiran, selain menjejaskan laluan perkapalan di Selat Hormuz dan Laut Merah.

Peperangan berkenaan memberi kelebihan kepada Iran dan sekutunya, kumpulan Houthi di Yaman, yang kedua-duanya melancarkan serangan ke atas Arab Saudi, manakala penganalisis menilai Amerika Syarikat (AS) kini semakin dilihat sebagai rakan kongsi yang tidak boleh diharap.

Dalam kenyataan bersama yang diterbitkan oleh agensi berita rasmi Arab Saudi dan Kementerian Luar Pakistan, ketiga-tiga negara itu mengumumkan pementeraian "Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah.

"Mereka menegaskan komitmen bersama untuk terus mengukuhkan keselamatan kolektif serta mempromosikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini dan seterusnya.

Kementerian Luar Pakistan memaklumkan sebarang serangan ke atas mana-mana negara anggota akan dianggap sebagai serangan ke atas semua dan ia bertujuan mengukuhkan daya pencegahan kolektif.

Turkiye juga menegaskan bahawa perjanjian itu tidak ditujukan kepada mana-mana negara tertentu.

Katanya, perjanjian itu tidak bercanggah dengan komitmen perikatan antarabangsa sedia ada Turkiye, termasuk yang menjadi teras Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO).

Arab Saudi memaklumkan perjanjian berkenaan bukanlah satu usaha untuk mewujudkan paksi ketenteraan atau blok berteraskan fahaman mazhab.

Timbalan Menteri Diplomasi Awam, Arab Saudi, Rayed Krimly menerusi hantaran di X, berkata perkara itu tidak mempunyai kaitan dengan sebarang cita-cita nuklear atau perlumbaan senjata, sebaliknya memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan yang mampan.

"Perjanjian itu juga tidak menjadi ancaman kepada keselamatan mana-mana negara di rantau ini," katanya.






Tiada ulasan: