Rabu, 19 Ogos 2026

SELAMAT DATANG RIBUT


RIBUT HUJAN

LEBAT DI NANTI

UNTUK SAPU HABIS

JEREBU 

AMIN

LEPAS

 HUJAN RIBUT

UDARA 

BERSIH SEGAR

KHALAS


Amaran ribut petir 7 negeri


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di tujuh negeri hingga jam 9 pagi ini.

Amaran berkenaan membabitkan seluruh Perlis dan Melaka serta beberapa daerah di Kedah, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pokok Sena dan Pendang, manakala di Pahang membabitkan Bera, Rompin dan Pekan.

Selangor pula membabitkan Sepang, sementara di Negeri Sembilan meliputi Port Dickson, Seremban, Rembau, Tampin, Kuala Pilah dan Jempol.

METMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh berkenaan.

Justeru orang ramai di kawasan terbabit dinasihatkan berwaspada dengan kemungkinan hujan lebat, angin kencang dan kejadian berkaitan ribut petir sepanjang tempoh amaran berkuat kuasa.






Tiada ulasan: