Rabu, 26 Ogos 2026

SEMUA NAK BACA TULISAN INI


SEKARANG

SATU NEGARA

 NAK CARI 

ARTIKEL INI

KAH KAH KAH

NAK BACA 

10 DALIL

KENAPA KJ 

TAK BOLEH JADI

PERDANA MENTERI

KAH KAH KAH

CARI CARI

CARI UNTUK BACA

KHALAS


KJ mahu MYNIC dedahkan identiti pemilik artikel didakwa berunsur fitnah

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan tindakan sivil terhadap MYNIC Berhad, iaitu pendaftar bagi nama domain.my, bagi mengenal pasti pemilik sebuah portal berita dalam talian serta individu di sebalik artikel yang didakwa memfitnahnya.

Permohonan itu menuntut pendedahan identiti pemilik berdaftar serta butiran lain bagi domain focusmalaysia.my berikutan penerbitan artikel bertajuk '10 reasons Why KJ isn't PM material, Malaysians must carefully examine his past track record' bertarikh 10 Mac lalu.

Artikel berkenaan dikaitkan dengan individu atau entiti yang menggunakan nama samaran 'pemerhati rasuah'.

Khairy turut memohon maklumat kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat pemilik berdaftar, alamat, e-mel dan nombor telefon selain butiran mengenai sebarang hubungan pentadbiran serta teknikal yang dikaitkan dengan domain berkenaan.

Beliau turut memohon dokumen berkaitan pendaftaran domain berkenaan, termasuk tarikh asal pendaftaran dan tarikh luput, pendaftar bertauliah MYNIC yang terbabit serta rekod sebarang perubahan pemilikan.

Berdasarkan dokumen mahkamah yang dilihat New Straits Times, Khairy mendakwa identiti penulis yang menggunakan nama samaran 'pemerhati rasuah' itu tidak diketahui dan dipastikan tanpa campur tangan mahkamah.

Beliau mendakwa peguamnya pada 13 Mac lalu sudah mengeluarkan surat tuntutan kepada Focus Malaysia Sdn Bhd, namun syarikat itu menafikan pemilikan terhadap laman web terbabit dengan alasan sudah melupuskan keseluruhan perniagaannya sekitar 2018.

Dalam afidavit jawapan, MYNIC mengesahkan pihaknya mempunyai maklumat mengenai pemilik berdaftar domain berkenaan termasuk nama, alamat berdaftar, e-mel dan nombor telefonserta butiran hubungan pentadbiran dan teknikal.

MYNIC menyatakan pihaknya tiada halangan untuk mendedahkan maklumat terbabit sekiranya diarahkan mahkamah.

MYNIC turut mendedahkan syarikat yang berdaftar sebagai pemilik domain pada 10 Mac 2026, iaitu ketika artikel didakwa berunsur fitnah itu diterbitkan, kekal sebagai pemilik berdaftar semasa.

Ia turut memaklumkan, tiada sebarang pertukaran pemilik berdaftar domain itu dikesan antara 10 Mac hingga 18 Jun lalu, iaitu tarikh Khairy memfailkan permohonan terbabit.

Bagaimanapun, MYNIC membantah permohonan Khairy untuk mendapatkan dokumen surat-menyurat dan komunikasi antara pendaftaran domain itu, pihak yang berdaftar serta pendaftar bertauliah dengan alasan bahan terbabit tidak relevan atau tidak perlu bagi cadangan prosiding saman fitnah itu.

MYNIC turut berpendirian ia adalah pihak ketiga yang tidak bersalah dan bukan defendan yang dinamakan dalam saman fitnah Khairy.

Syarikat itu juga memohon indemniti terhadap sebarang kerugian, liabiliti, kos atau tuntutan yang timbul daripada pematuhan sebarang perintah pendedahan, selain kos permohonan dan pematuhan perintah berkenaan.

Tiada ulasan: