Khamis, 24 September 2026

AMERIKA AKAN TERBARAI - SATU JUTA SEDANG MENUNGGU


    KITA SEMUA

WAJIB BERSEDIA

AMIN

TAK KIRA APA

PARTI POLITIK

AMIN

DAMAI MAKIN

JAUH 

AMIN

PERANG BESAR

MAKIN DEKAT

AMIN

EKONOMI DUNIA

AKAN HURU HARA

KHALAS



Iran bakal tahan kapal langgar peraturan Selat Hormuz hingga denda dibayar penuh


TEHRAN: Suruhanjaya Keselamatan Nasional dan Dasar Luar, Parlimen Iran, meluluskan penalti baharu terhadap kapal yang melanggar peraturan transit di Selat Hormuz.

Ia sebagai sebahagian daripada langkah perundangan diambil bagi mengukuhkan kawalan kedaulatan Iran ke atas laluan tenaga paling penting di dunia itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Jurucakap suruhanjaya itu, Hassan Ghashghavi, pada Selasa lalu berkata suruhanjaya terbabit telah meneliti dan meluluskan Perkara 13, 14 serta 15 dalam Rang Undang-Undang (RUU) Tindakan Strategik Bagi Memastikan Keselamatan dan Pembangunan Selat Hormuz.

Katanya, RUU berkenaan mengasaskan peraturan pembabitan dan transit di laluan air penting itu secara rasmi, sekali gus menyokong dominasi ketenteraan Iran dengan tindakan pencegahan undang-undang serta ekonomi yang ketat.

Bawah Perkara 13 yang baru diluluskan, beliau berkata, mana-mana kapal yang gagal mematuhi peraturan transit Iran akan berdepan tindakan serta-merta dan berat.

Selain hukuman digariskan dalam Perkara 5 Kanun Keseksaan Islam, katanya, pihak berkuasa kini diberikan kebenaran untuk merampas 20 peratus daripada kargo kapal yang melanggar undang-undang terbabit, atau mengambil nilai kewangan yang setara dengannya.

Seterusnya, Ghashghavi berkata, kapal yang melanggar undang-undang berkenaan akan ditahan sementara oleh pasukan maritim Iran hingga hukuman dan denda dibayar sepenuhnya.

Bagi memastikan penguatkuasaan peraturan itu dilakukan secara tepat dan profesional, katanya, badan kehakiman telah dimandatkan untuk menubuhkan cawangan mahkamah khusus.

Beliau berkata, mahkamah itu akan dianggotai oleh hakim serta pakar yang mengkhusus dalam undang-undang maritim dan undang-undang laut antarabangsa, bagi memastikan rangka kerja undang-undang Iran selari dengan keupayaan penguatkuasaan strategiknya.

Perkara 14 pula menggariskan akauntabiliti domestik yang ketat, menetapkan bahawa mana-mana individu atau entiti undang-undang yang tindakan atau kecuaiannya menyebabkan kegagalan, kelewatan atau pelaksanaan undang-undang yang tidak lengkap, akan berdepan hukuman Gred 5 bawah Perkara 19 Kanun Keseksaan Islam.

Satu nota tambahan kepada Perkara 14 menegaskan kedaulatan undang-undang mutlak Iran ke atas Selat Hormuz, menurut Ahli Parlimen itu lagi.

Ia menetapkan bahawa sebarang perjanjian antarabangsa dua hala atau pelbagai hala pada masa depan atau dokumen mengikat berhubung Selat Hormuz, mesti mematuhi Perkara 77, 125, 176 dan 57 Perlembagaan Republik Islam Iran sepenuhnya.

Beliau berkata, langkah itu secara berkesan membatalkan sebarang percubaan pihak luar untuk mengenakan rangka kerja navigasi asing di selat berkenaan tanpa kebenaran perlembagaan yang jelas daripada Tehran.

Bagi mengekalkan pemantauan rapi ke atas laluan air itu, Ghashghavi berkata, Perkara 15 menetapkan bahawa Pegawai Turus Angkatan Tentera akan menyelia pelaksanaan undang-undang berkenaan.

Katanya, markas tertinggi tentera dikehendaki mengemukakan laporan pelaksanaan secara komprehensif kepada Suruhanjaya Keselamatan Nasional setiap tiga bulan, sama ada secara langsung atau menerusi Kementerian Pertahanan.

Bagi membolehkan RUU itu menjadi undang-undang, suruhanjaya berkenaan mesti memuktamadkannya sebelum dihantar ke sidang penuh Parlimen bagi pengundian akhir oleh semua Ahli Parlimen, tertakluk kepada kelulusan oleh Majlis Perlembagaan.

Kemajuan RUU itu dicapai ketika Iran terus mengukuhkan kawalan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Teluk Parsi dan Selat Hormuz berikutan pencerobohan Amerika Syarikat (AS)-Israel pada lewat Februari 2026.

Tiada ulasan: