INI BUKAN
KEMARAHAN
TUHAN RA
AMIN
INI AKIBAT
PERBUATAN
MANUSIA SENDIRI
KHALAS
20 maut dalam penjara akibat gelombang haba di Tunisia
TUNIS: Seramai 20 banduan maut dalam tahan di penjara Tunisia akibat suhu panas terik dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kata ketua Liga Tunisia bagi Hak Asasi Manusia (LTDH) kepada sebuah stesen radio semalam.
Tunisia dilanda suhu tinggi sejak beberapa minggu lalu, ketika penduduk bergelut dengan gangguan bekalan elektrik yang berpanjangan serta bekalan air yang terputus.
Presiden kumpulan hak asasi itu, Bassem Trifi, memberitahu Express FM, pihaknya mendokumentasikan 'gelombang kematian' hingga akhir bulan lalu berdasarkan maklumat daripada doktor, peguam dan waris banduan yang meninggal dunia di penjara akibat kepanasan.
"Keadaan di penjara sememangnya sudah buruk dalam keadaan biasa, apatah lagi apabila suhu mencecah 45 darjah Celsius," kata Trifi, sambil merujuk kepada keadaan sesak nafas dan kekurangan pengudaraan yang baik dalam sel.
Lebih 16,000 maut berkaitan haba di Jerman, Perancis rekod musim panas paling terik dalam tempoh 126 tahun
MOSCOW: Lebih 16,000 orang meninggal dunia akibat gelombang haba di Jerman tahun ini iaitu jumlah tertinggi sejak 2016, menurut Institut Robert Koch (RKI), lapor Sputnik/RIA Novosti.
Setakat 3 September, anggaran jumlah kematian berkaitan haba di Jerman mencecah 16,300 orang.
Kebanyakan kematian, iaitu kira-kira 8,200 kes membabitkan golongan berusia 85 tahun ke atas.
Sementara itu, Menteri Peralihan Ekologi Perancis, Monique Barbut, berkata negara itu mengalami gelombang haba paling ekstrem sejak rekod dicatatkan bermula 1900.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan