AIR BATU CAIR
GLASIER
DI GUNUNG
SEDANG CAIR
BUKTI NEPAL
AMIN
PULAU AKAN
TENGGELAM
KOTA & RUMAH
TEPI LAUT AKN
TENGGELAM
AMIN
MENAMBAK LAUT
KERJA SIA-SIA
AMIN
SALAH SAPA?
BUKAN SALAH
GURU NANAK
TAPI SALAH
MANUSIA SENDIRI
KHALAS
Kecairan ais besar-besaran di Greenland, Antartika naikkan paras laut dunia
NUUK: Kajian baharu berasaskan data satelit sejak 1970-an merekodkan kehilangan ais besar-besaran di kawasan kutub Greenland dan Antartika.
Kedua-dua wilayah itu menempatkan lapisan ais terbesar di Bumi, sekali gus menjadi punca kenaikan paras laut dunia.
Antara 1979 hingga 2023, Greenland dan Antartika kehilangan keseluruhan 11.3 trilion tan ais menyumbang 3.14 sentimeter (sm) kepada kenaikan paras laut global, berdasarkan data dicerap daripada 27 misi satelit.
Kajian berkenaan menggunakan rekod data satelit paling lama pernah dikumpulkan mengenai perubahan lapisan ais, bagi memberikan gambaran paling lengkap setakat ini mengenai corak kecairan ais di Greenland dan Antartika.
Kajian itu dijalankan pasukan Ice Sheet Mass Balance Inter-comparison Exercise (IMBIE) iaitu kumpulan antarabangsa yang menghimpunkan saintis kutub.
Menurut penyelidik, penemuan itu memberikan bukti baharu mengenai kesan perubahan iklim global berpunca daripada aktiviti manusia.
Saintis iklim dari Northumbria University di England, Ines Otosaka, berkata gambaran kehilangan 11.3 trilion tan ais adalah mencukupi untuk memenuhi sebuah kiub setinggi 23 kilometer (km).
Otosaka adalah penulis utama kajian yang diterbitkan semalam dalam jurnal Scientific Data.
"Apabila lapisan ais mencair, ia menyumbang kepada kenaikan paras laut global. Bagi setiap tambahan satu sm kenaikan paras laut, kira-kira dua hingga tiga juta orang terdedah kepada risiko banjir pesisir pantai setiap tahun.
"Lapisan ais kini menjadi antara pemacu utama kenaikan paras laut, menyumbang kira-kira 25 peratus daripada keseluruhan kenaikan paras laut," katanya.
Daripada jumlah kehilangan ais yang direkodkan dalam kajian itu, kira-kira 60 peratus berlaku di Greenland dan 40 peratus di Antartika, walaupun saiz Greenland hanya kira-kira satu per lapan daripada Antartika.
Otosaka berkata, pihaknya turut mengimbau rekod data satelit sehingga ke 1970-an dan ia mengesahkan kehilangan ais bermula pada 1990-an dan terus meningkat sejurus selepas itu.
"Penilaian kami menunjukkan kadar kehilangan ais meningkat empat kali ganda antara 1980-an dan 2010-an," katanya.
Kajian itu turut merekodkan penurunan kadar kehilangan ais antara 2020 hingga 2023, namun penyelidik berkata keadaan itu dipercayai hanya perubahan jangka pendek dan bukan petanda perubahan jangka panjang.
Salji turun pada kadar luar biasa tinggi di Antartika Timur, menyumbang jumlah ais yang mencukupi untuk mengimbangi sebahagian kehilangan ais daripada glasier di kawasan lain di Antartika.
Musim panas yang agak sederhana di Greenland pula mengurangkan pencairan ais di permukaan dengan ketara.
Kira-kira 84 peratus daripada kehilangan ais berlaku akibat glasier mengalir lebih pantas ke laut, berbanding kecairan ais di permukaan.
Otosaka berkata, keadaan itu menunjukkan aliran jangka panjang kehilangan ais didorong oleh tindak balas lapisan ais terhadap pemanasan lautan.
Penyelidik berkata, kenaikan paras laut yang berpunca daripada kehilangan ais di Greenland dan Antartika mungkin kelihatan kecil, namun keadaan itu boleh meningkatkan risiko banjir dan hakisan pesisir pantai terhadap kira-kira enam hingga sembilan juta orang di seluruh dunia.
"Penemuan ini mempunyai kesan terhadap perancangan kawasan pesisir pantai dan menunjukkan kita perlu segera membangunkan pelan bagi melindungi komuniti pesisir pantai di seluruh dunia daripada kesan kecairan lapisan ais," katanya. - REUTERS


Tiada ulasan:
Catat Ulasan