SATU DUNIA
TAHU AMERIKA
DAH KALAH
AMIN
HANYA TERAM
TAK MENGAKUI
KHALAS
Imej dedah kemusnahan teruk akibat serangan Iran ke atas pangkalan AS
WASHINGTON: Sebuah pesawat musnah, khemah berkecai dan treler rosak teruk antara kemusnahan ketara yang dirakam dalam imej oleh anggota tentera Amerika Syarikat (AS) susulan serangan Iran yang menyasarkan aset ketenteraan AS di Asia Barat, lapor CBS News.
Menurut laporan itu pada lewat Selasa, imej berkenaan yang tidak bertarikh dirakam di sebuah pangkalan di Arab Saudi dan dua kemudahan di Kuwait.
Imej itu diberikan kepada CBS oleh anggota tentera AS dengan syarat identiti mereka tidak didedahkan berikutan sekatan ketenteraan AS.
"Ini kemusnahan besar terhadap pangkalan kita yang tidak dimaklumkan kepada rakyat AS.
"Kita hanya berdiri di situ dengan mata tertutup sambil dipukul tepat di muka," lapor CBS memetik seorang anggota tentera AS.
Laporan dikeluarkan inspektor jeneral Pentagon awal minggu ini mendapati Pentadbiran Pusat AS (CENTCOM), yang bertanggungjawab terhadap pasukan AS di Asia Barat, melaporkan kemusnahan meluas terhadap kemudahan dan peralatan ketenteraan AS.
Menurut laporan itu, CENTCOM berkata serangan Iran merosakkan dan memusnahkan ratusan bangunan serta struktur di pangkalan AS di Kuwait, Bahrain, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Iraq, Oman dan Jordan.
"Selain itu, berpuluh-puluh pesawat AS musnah atau rosak sepanjang perang berkenaan", menurut laporan itu.
Jabatan Pertahanan AS menganggarkan kos perang mencecah AS$33.4 bilion (RM141 bilion) setakat 29 Jun, namun angka itu tidak termasuk kos membaiki infrastruktur, menurut laporan berkenaan.
AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Februari, dengan Presiden AS, Donald Trump, berkata matlamatnya adalah untuk menghalang republik Islam itu daripada memperoleh senjata nuklear, suatu dakwaan yang dinafikan Tehran.
Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan di seluruh rantau itu dan menyekat Selat Hormuz, laluan yang sebelum ini menyalurkan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia.
Tindakan itu menyebabkan harga minyak melonjak dan memberi kesan ekonomi kepada seluruh dunia. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan