TURUN
JALAN RAYA
BARU MENANG
PILIHAN RAYA
KHALAS
Umno, PAS mahu himpun
sejuta umat sebagai
kemuncak kerjasama
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia akan mendapatkan persetujuan perwakilan Umno terhadap cadangan penganjuran himpunan membabitkan sejuta umat Islam, sebagai kemuncak usaha memperkukuh kerjasama dengan PAS.
Ini selepas cadangan itu dibangkitkan oleh wakil PAS yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026.
“Insya-Allah kita akan mengadakan tafahum (saling mengerti) dengan PAS.
"Pertama, saya ingin meminta para perwakilan untuk bersetuju atau sebaliknya atas saranan wakil-wakil mereka yang datang semalam dan mereka telah memberitahu saya untuk kedua-dua parti bekerjasama bagi mengadakan Himpunan Perpaduan Ummah dengan sasaran menghimpunkan sejuta umat Islam,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada PAU 2026 di WTC Kuala Lumpur hari ini.
Mengulas lanjut, Zahid memberi mandat kepada Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh untuk menggerakkan usaha berkenaan dengan kerjasama PAS.
Katanya, gerakan itu perlu dimulakan di peringkat negeri sebelum kemuncaknya diadakan di peringkat pusat.
“Akmal, abang (Zahid) berikan mandat dan kerjasama elok-elok dengan mereka dan kemuncaknya gerakkan untuk jelajah dari negeri ke negeri sebelum kemuncak himpunan besar-besaran di peringkat pusat.
“Kerjasamalah elok-elok dengan mereka,” katanya.
Semalam, Akmal berkata Pemuda Umno bersedia menyambut seruan Pemuda PAS untuk mengadakan Himpunan Mega Penyatuan Ummah.
Bagaimanapun, dia berkata himpunan itu perlu disertai diskusi dan cadangan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi rakyat.
Akmal berkata perhimpunan itu tidak seharusnya sekadar menjadi acara menghimpunkan penyokong kedua-dua parti, sebaliknya perlu dijadikan platform membincangkan isu orang muda dan masalah negara.
Dalam pada itu, Zahid meminta seluruh jentera Pemuda Umno di peringkat negeri dan bahagian, dengan sokongan Wanita dan Puteri, memberikan kerjasama bagi menjayakan gerakan tersebut.
Menurutnya, cadangan mengadakan himpunan berkenaan bukan semata-mata berdasarkan pertimbangan politik, sebaliknya bertujuan memperkukuh perpaduan umat Islam.
Katanya, kehadiran wakil PAS ke PAU semalam menunjukkan ruang untuk kedua-dua parti mencari titik persefahaman semakin terbuka.
“Kerjasama ini mesti berasaskan sikap saling menghormati, kejujuran dan kepentingan rakyat, bukannya pengkhianatan antara satu sama lain,” katanya.
%20(1).jpeg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan