PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 3 SEPTEMBER 2026
MAT BURUT TERUS MENJALA
AMERIKA
Maklumat telah di bocorkan oleh Pegawai Pejabat Pos – Mat Teram telah merancang untuk batalkan UNDI POS – teknik dan cara Undi Pos berjalan sedang di ubah UNTUK MEMASTIKAN undi boleh di batal
Bulan NOVEMBER ini ada Pilihanraya Tengah Tahun di Amerika. Jeng jeng jeng kalau Parti Demokrat menguasai Dewan Senat dan Dewan Kongres – ada kemungkinan Teram di pecat.
Pada ketika ini dua Dewan ini milik Republikan. Amin.
IRAN MENUNGGU
Jordan, Kuwait, Bahrain dan UAE – semua kena belasah oleh Iran – Mat Teram senyap. Iran sedang menunggu nak belasah Amerika.
Mat Teram cakap besar tapi tak berani bawa soldadu mendarat – kah kah kah.
JALA MAT BURUT
Orang ramai makin sedar dan faham apa makna PROJEK JALA Mat Burut.
SPRM jala sana jalan sini – tangkap sana tangkap sini – kah kah kah – INI BUKAN KEMPEN ANTI RASUAH . Ini kempen nak TANGKAP semua MUSUH POLITIK yang berpotensi GULINGKAN MAT BURUT.
JANGAN LUPA AZAM BIN BAKI – JALAN LUPA FARHASH BIN SALVADOR – KOPORAT MAFIA – pasal apa SPRM tak tangkap !!!
PRN MELAKA
Dalam bulan ini ADUN MELAKA AKAN DIBUBAR – jadi PRN BULA OKTOBER – tunggu dan lihat.
PRU16
Ini semua bergantung pada dua perkara:
PERTAMA : Keputusan PRN Melaka.
KEDUA : Keputusan Zahid - bila Zahid akan di jala. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini jerebu masih membaluti kita. Matahari dah keluar – cahaya merah kerana jerebu. KL & KL Sentral hodoh di bungkus jerebu.
Ha ha - Geng Putih kini duduk tepi pintu – mereka marah bila Tak Tak muncul – Siti muncul kemudian semua menghilang..
Tak ada warga Hokkien menunggu – kerana tempat biasa mereka menunggu dan berkumpul ada Kubur Lama di gali kembali.. Dua pekerja sedang menggali. Pasti Warga Hokkien takut.
Berjalan pulang – gua terperanjat – kerana Siti muncul dekat pintu – gua beri makan – kemudian muncul dua ibu – lalu gua beri nasi -
Ha ha ha - Pisang dah masak - kini menunggu Sang Tupai atau Sang Burung - rezeki baik.Amin
Kita semua masih menunggu hujan – Wahai hujan datanglah dan sejukkan bumi yang dah lama kering berjerebu. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DAN SAMBUT
PAGI KHAMIS





Tiada ulasan:
Catat Ulasan