PAGI INI
PAGI INI
SABTU 5 SEPTEMBER 2026
MAT BURUT TERSU MENJALA
YAMAN
Pasukan tentera Yaman menyerang kawasan wilayah yang di duduki oleh askar yang di bantu oleh Saudi.
Tujuan nak ambil wilayah bukit bukau gunung ganang. Wilayah ini berhadapan dengan Bab Al Mandap.
Bila WILAYAH ini jatuh ke tangan Houthi maka aliran minyak dunia akan dapat di kawal oleh Houthi dan Iran.
DUNIA WAJIB BERSEDIA – kita di Malaysia wajib bersedia.
BERAPA BILION RINGGIT sebulan bajet subsidi minyak ?
JALA MAT BURUT AKAN MASUK FELDA
Ini PROJEK JALA MAT BURUT – niat nak bunuh musuh politik.
MAT BURUT guna SPRM untuk buat serangan jala.
BERITA MULA DI DENGAR : AZAM BIN BAKI KINI BEKERJA DENGAN MAT BURUT – kerja dalam PEJABAT PM ? jeng jeng jeng.
HOKKIEN
Pagi ini masih berjerebu. KL & KL Sentral berjerebu. Matahari belum muncul – langit kelam.
Muncul Emak Tetek Lanjut dengan Jantan baik – hanya mereka berdua – gua beri friskies - Yang lain tak kelihatan. Nasi gua bawa pulang.
Depan Pokok Ara Geng Putih seperti biasa marah dengan kami – menyalak tak habis-habis – Tapi Tak Tak langsung tak ambil pot.
Taiko Geng Putih berdiri atas makam dan menyalak kuat.
Berjalan pulang di Wakaf Pertama muncul Jantan Baik – gua beri friskies – ha ha ha – Tiong Suami Isteri bawa kawan datang berlabuh untuk makan sama.
Kemana yang ramai menghilang – satu misteri – mungkin ke Kwantung ?
Jap lagi nak ke Chow Kit – rutin mingguan – Khamis malam gua di NSK – Tomato dan Telor naik harga – Tomato biasa 9 ringgit satu kilo – Tomato Cheri 19 ringgit sekilo.
WAHAI HUJAN – datanglah ! Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SABTU
BRO
Bila hujan turun dan lu seorang diri lu akan ingat kesah lama dalam hujan.
BRO
Jika lu tak pernah mandi dan main dalam hujan masa lu budak-budak – lu kehilangan satu nikmat kenangan.
BRO
Panas berminggu maka kita semua menunggu hujan. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI




Tiada ulasan:
Catat Ulasan