SEMENANJUNG
SEMAKIN PULIH
AMIN
SABAH SARAWAK
MASIH DALAM
BAHAYA
AMIN
KUCHING: Sebanyak 27 sekolah di Tebedu akan ditutup sementara esok susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 200, dengan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan bagi menjamin keselamatan serta kesihatan murid dan warga pendidikan.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu membabitkan sebuah sekolah menengah dan 26 sekolah rendah, berdasarkan pemantauan berterusan serta bacaan IPU setakat jam 2 petang hari ini.
Keputusan berkenaan turut mengambil kira laporan Jabatan Meteorologi mengenai perkembangan keadaan jerebu di negeri ini.
Menurut JPN Sarawak, pelaksanaan PdPR adalah selaras dengan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016, iaitu Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana.
Guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) juga dibenarkan melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan sementara sekolah.
JPN Sarawak turut memaklumkan bahawa arahan penutupan itu terpakai kepada semua sekolah rendah dan menengah di daerah yang merekodkan bacaan IPU melebihi 200 selepas kenyataan berkenaan dikeluarkan.
Bagaimanapun, sesi persekolahan secara bersemuka bagi calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diteruskan dengan pematuhan pemakaian pelitup muka.
Langkah itu tertakluk kepada Pekeliling Persediaan Menghadapi Jerebu Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan (Operasi Topeng) Bilangan 1/2005 serta Garis Panduan Operasi Khas: Pengurusan Bencana dan Krisis Semasa Peperiksaan (Edisi Semakan) 2026.
Bagi sekolah yang terletak berhampiran daerah yang merekodkan bacaan IPU melebihi 200, guru besar dan pengetua boleh mempertimbangkan pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor kesihatan dan keselamatan murid.
Sekiranya trend bacaan IPU menunjukkan penurunan kepada paras di bawah 200, guru besar dan pengetua boleh mengambil tindakan bagi membuat persediaan pembukaan semula sekolah.
Tebedu, yang terletak di Bahagian Serian, adalah daerah paling hampir dengan sempadan Malaysia-Indonesia.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan