MENUNGGU
HUJAN AWAN
DAN LANGIT BIRU
AMIN
Jerebu: Kualiti udara bertambah baik, hanya 14 lokasi catat IPU tidak sihat
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara menunjukkan peningkatan dengan 14 lokasi masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 10 pagi ini, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Berdasarkan bacaan terkini, sebanyak 50 stesen pemantauan merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala empat stesen lagi mencatatkan tahap baik.
Pasir Gudang, Johor, merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 179, diikuti Larkin (178) dan Kota Tinggi (165).
Turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat di Johor ialah Tangkak (163), Segamat (161), Pengerang (160), Kluang (159) dan Batu Pahat (145).
Disyorkan
Verstappen mula GP Singapura di petak pertama
Neuer hadiah gol terpantas Bundesliga, paksa Bayern bangkit ikat Augsburg 2-2
'Sahabat baik' hantar Zii Jia pulang dari Terbuka Artik
Dua maut nahas lima kenderaan di Setiu: Pertemuan singkat jadi kenangan terakhir
Di Pahang, Balok Baru, Kuantan merekodkan bacaan IPU sebanyak 159, manakala Rompin mencatatkan 153.
Sementara itu, Cheras di Kuala Lumpur merekodkan bacaan 156, manakala di Terengganu, Kuala Terengganu dan Kemaman masing-masing mencatatkan bacaan 157 dan 156.
Paka di Terengganu pula merekodkan bacaan IPU sebanyak 133, manakala Alor Gajah di Melaka mencatatkan 103.
Mengikut klasifikasi IPU, bacaan sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
Rangkaian pemantauan kualiti udara JAS merangkumi 68 stesen di seluruh negara.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan