Sabtu, 31 Oktober 2026

ORANG JAHAT MAKIN BERTAMBAH


SYARIKAT

ORANG JAHAT

MAKIN

 BERTAMBAH

AMIN

KAMI NAK TAHU

ADA BERAPA 

SYARIKAT  JAHAT

DARI MALAYSIA?

KHALAS


Kebakaran hutan, tanah: Indonesia siasat 356 syarikat


YOGYAKARTA: Kementerian Alam Sekitar Indonesia sedang menyiasat sekurang-kurangnya 356 syarikat di seluruh negara susulan kes kebakaran di kawasan konsesi masing-masing dan hutan berhampiran.

Menteri Alam Sekitar, Mohammad Jumhur Hidayat, berkata pihaknya sedang menjalankan proses pengesahan terhadap semua syarikat yang kawasan konsesinya terbabit dalam kebakaran.

"Kami sedang mengesahkan semua syarikat yang kawasan konsesinya terbakar. Jumlahnya besar, iaitu sekurang-kurangnya 356 syarikat terbabit," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Beliau berkata, skala dan keadaan kebakaran berbeza mengikut lokasi, justeru proses pengesahan menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang tindakan atau hukuman ditentukan.

"Corak kebakaran berbeza mengikut kes. Kami tidak boleh membuat keputusan secara terburu-buru.

"Ada kawasan terbakar seluas dua, lima atau 10 hektar. Ada juga yang mencecah ratusan hektar, termasuk ladang kelapa sawit dan kawasan pertanian," katanya.

Beliau berkata, tujuan utama audit itu adalah untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab, khususnya sama ada kebakaran berpunca daripada kecuaian serius, pengabaian tanggungjawab secara sengaja atau perbuatan jenayah disengajakan.

"Proses pengesahan ini akan memperjelaskan perkara berkenaan. Kami perlu bersikap adil bagi mengenal pasti pihak yang bertindak dengan niat jenayah, melakukan kecuaian atau wajar dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Bagaimanapun, Mohammad Jumhur enggan mendedahkan nama syarikat yang sedang disiasat selain menegaskan pihak yang didapati bersalah akan berdepan tindakan pentadbiran dan undang-undang tegas.

"Kami belum memuktamadkan bentuk tindakan khusus. Antara kemungkinan tindakan termasuk pembekuan operasi dan pembatalan permit perniagaan," katanya.

Beliau berkata, keadaan kebakaran di seluruh kepulauan Indonesia menunjukkan perkembangan positif sejak beberapa hari kebelakangan ini.

"Syukur keadaan semakin baik kerana kita dibantu hujan berterusan dan usaha mempergiatkan pemadaman api di lapangan..

"Lebih 70,000 anggota dikerahkan sepanjang masa bagi memadam kebakaran, bukan hanya membabitkan anggota kerajaan, malah gabungan pelbagai agensi," katanya.

Sementara itu di Palembang, Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Selatan mengerahkan tiga helikopter pengebom air bagi memadam kebakaran hutan dan tanah di Kabupaten Ogan Komering Ilir.

Ketua Bahagian Tindak Balas Kecemasan agensi itu, Sudirman, berkata kebakaran masih berlaku di Kecamatan Cengal, Pedamaran dan Sungai Menang.

Beliau berkata, tiga helikopter pengebom air itu dikerahkan ke Ogan Komering Ilir pada Khamis lalu (29 Oktober) bagi memadam kebakaran di ketiga-tiga kawasan berkenaan.

"Berdasarkan rekod operasi pemadaman, sebanyak 18 kali pelepasan air dilakukan di Cengal, 15 kali di Pedamaran dan lapan kali di Sungai Menang.

"Bagaimanapun, kebakaran di ketiga-tiga kawasan itu masih belum berjaya dipadamkan sepenuhnya walaupun 41 operasi pengeboman air dilaksanakan, dengan asap masih dikesan di beberapa lokasi selepas operasi ditamatkan," katanya. - AGENSI

Tiada ulasan: