Rabu, 18 November 2026

ADA ULAR MENJALAR


POKOK

 BERGOYANG

ADA ULAR SEDANG

MENJALAR

JENG JENG JENG

KHALAS



Pejabat MB Perak nafi dakwaan pembubaran DUN

IPOH: Pejabat Menteri Besar Perak menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Menteri Besar, Saarani Mohamad menghadap Sultan Perak bagi memohon perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat itu memaklumkan bahawa dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas.

"Pentadbiran negeri menafikan dakwaan tular di beberapa platform media sosial yang mendakwa Menteri Besar Perak menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bagi memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan perkenan diberikan.

"Dakwaan itu adalah tidak benar dan tidak berasas," katanya.

Pejabat itu turut memaklumkan bahawa pihaknya mengesan penyebaran grafik yang menyerupai paparan berita televisyen, serta penerbitan semula laporan berita lama yang boleh menimbulkan kekeliruan mengenai status semasa DUN.

Menurutnya, Pejabat Menteri Besar Perak memandang serius penyebaran maklumat palsu, khususnya kandungan yang membabitkan institusi diraja dan pentadbiran negeri.

"Sehubungan itu, pihak pentadbiran membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan dan tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Pejabat itu turut menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak berkongsi kandungan yang belum disahkan kesahihannya.

Tiada ulasan: