Rabu, 18 November 2026

ISU REMEH - TAK PERLU BINCANG


INI ISU REMEH

INI UMPAN 

AMIN

ALIH ISU NAJIB

KENA 15 TAHUN

KES 1MDB

AMIN

BINCANG ISU

REMEH NANTI

LUPA 15 TAHUN

KES 1MDB

KHALAS




UMNO mahu tindakan tegas jika pendedahan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan langgar undang-undang



KUALA LUMPUR: UMNO menuntut kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung proses, asas perundangan serta pihak yang meluluskan penyahklasifikasian minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan permohonan pengampunan i Najib Razak.

​Setiausaha Agung UMNO,  Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penjelasan berkenaan penting bagi merungkai persoalan utama sama ada pendedahan dokumen terbabit sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atau sebaliknya.

​Beliau berkata parti memandang serius serta amat kesal dengan tindakan penyebaran minit mesyuarat berkenaan di media sosial, khususnya tindakan bekas Ahli Parlimen Damansara daripada DAP, Tony Pua yang memuat naik dokumen terbabit menerusi akaun Facebooknya.

​"UMNO berpandangan penularan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan oleh bekas Ahli Parlimen DAP ini adalah satu bentuk penghinaan dan hasutan yang disengajakan untuk membuka perdebatan dan polemik mempersoalkan, menghina dan meremeh kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.


Isu minit Lembaga Pengampunan tak dibangkitkan dalam Kabinet - Azalina


PUTRAJAYA: Isu pendedahan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata perkara itu tidak dibangkitkan dalam mesyuarat berkenaan walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini memaklumkan akan membawanya ke Kabinet.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat mengesahkan kesahihan minit mesyuarat yang didedahkan itu, kerana bukan anggota Lembaga Pengampunan.

"Dalam Dewan Rakyat, Menteri Dalam Negeri ada sebut (mahu bawa ke Kabinet) dan selepas itu Menteri Komunikasi (Datuk Seri Fahmi Fadzil) sebut selepas mesyuarat Kabinet (pada sidang media). Jadi, dalam mesyuarat Kabinet (Jumaat lalu) tidak ditimbulkan.


Tiada ulasan: