AMERIKA TAK
BANYAK PILIHAN
AMIN
HENTIKAN PERANG
TERIMA TUNTUTAN
BERUNDING
AMIN
ATAU PERANG
SEKALI LAGI
KHALAS
Iran beri amaran lancar serangan besar-besaran jika AS pilih sambung perang
ISTANBUL: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam memaklumkan bahawa cadangan Tehran untuk menamatkan perang dalam tempoh dua hari, masih terbuka.
Anadolu Ajansi melaporkan Araghchi sekali gus menggesa Rumah Putih memenuhi syarat yang ditetapkan Iran, dan memberi amaran mengenai tindak balas ketenteraan jika Amerika Syarikat (AS) menyambung semula serangan.
"Pengundi AS telah membuat pilihan mereka. Kini tiba masanya untuk Rumah Putih pula membuat pilihannya sendiri," kata Araghchi dalam hantaran melalui X, merujuk kepada pilihan raya pertengahan penggal AS pada Selasa lalu.
Araghchi menambah: "Cadangan dua hari kami masih kekal: penuhi syarat yang ditetapkan, termasuk menamatkan perang di semua medan, dan anda akan melihat hasilnya."
Beliau memberi amaran bahawa jika Washington memilih peperangan, tentera Iran akan melancarkan serangan besar-besaran.
Pada Isnin minggu lalu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei, berkata cadangan tujuh langkah Tehran yang kali pertama dikemukakan pada September, masih menjadi asas rundingan tidak langsung dengan Washington dan telah diringkaskan supaya dapat dilaksanakan dalam tempoh dua hari.
Pada Sabtu lalu, Qatar yang bertindak sebagai pengantara Washington dengan Tehran, menafikan laporan bahawa kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan


Tiada ulasan:
Catat Ulasan