MADAFAKA
TAK BERANI
CEPATKAN PRU16
KAH KAH KAH
DUIT RASUAH
DALAM BENTUK
BUJET BELUM
BERJALAN
AMIN
PAS UMNO AKAN
LABA JIKA PRU16
DI CEPATKAN
AMIN
UMMAH DAH TAK
SANGGUP MAKAN
BANGKAI AYAM
DIBAWAH
MADAFAKA
KAH KAH KAH
KHALAS
Kritikan terbuka pemimpin parti jadi petanda Parlimen bakal bubar awal
PERSAINGAN dalam kalangan parti membentuk Kerajaan Perpaduan, khususnya bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) serta isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Najib Razak mula mencetuskan polemik politik berterusan.
Ia menjadi topik perdebatan umum bukan sahaja dalam kalangan pemimpin, tapi penyokong parti yang secara langsung memberi gambaran sudah mula wujud ketidakserasian, sekali gus keretakan sesama parti dalam kerajaan sendiri.
Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk persefahaman, diikuti kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) sejak PRN Johor dan Negeri Sembilan, seterusnya di PRN Melaka ketika ini, membangkitkan rasa kurang senang dan tidak selesa dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sendiri.
Hubungan dan keikhlasan sebagai rakan kerjasama di Putrajaya mula dipersoal, ketika sesama mereka dilihat saling mengkritik secara terbuka dalam siri kempen dan ceramah PRN. Situasi ini dilihat mula melenturkan bibit kepercayaan yang saling wujud antara mereka sejak pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dulu.
Keputusan BN untuk membentuk kerjasama dengan PN, yang bertitik tolak dari siri pertemuan pemimpin utamanya sebelum ini atau bermula pada 'Langkah Bangkok' akhir tahun lalu, kini sudah diterjemah dan terpapar secara terbuka.
Persefahaman politik yang memfokuskan kepada matlamat penyatuan ummah itu kini bukan hanya berpaksi kepada kerjasama dalam PRN saja, sebaliknya dijangka diteruskan sehingga PRU Ke-16 nanti.
Tidak sekadar hubungan BN dan PH yang dilihat tidak seakrab dulu, persefahaman politik yang terjalin antara PH dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula kini mula dipersoalkan.
Ini selepas GPS ketika ini memiliki 23 Ahli Parlimen dan sedang mentadbir Sarawak, mengambil langkah sendiri untuk tidak membentuk pakatan dengan mana-mana gabungan parti politik mendepani PRN Sarawak, yang mana proses undiannya berlangsung pada 12 Disember depan.
Pendirian terbaru GPS sudah tentu memberi tamparan besar kepada PH khususnya DAP dan PKR, yang mengharapkan kerjasama terbentuk untuk sekurang-kurangnya mereka meraih kemenangan di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak, sekali gus menutup luka daripada siri kekalahan dalam PRN Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.
BN dan GPS ketika ini membentuk 53 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Dua gabungan ini memiliki sejarah kesetiaan panjang sebagai parti politik, selain track record kerjasama dalam mentadbir negara sejak pembentukan Malaysia pada 1963.
Pasca PRU Ke-15 lalu, GPS pernah mengambil keputusan untuk menyokong pembentukan kerajaan baharu dipimpin Ahli Parlimen Pagoh yang juga Presiden BERSATU, Muhyiddin Yasin. Namun pendirian gabungan itu beralih sebaik titah dikeluar bagi membentuk Kerajaan Perpaduan serta BN yang ketika itu memutuskan untuk membentuk kerajaan bersama PH.
Persefahaman masih kukuh
BN yang dipimpin UMNO juga hingga kini, tidak pernah meletak calon dalam mana-mana pilihan raya di Sarawak, termasuk PRN terdekat ini, secara langsung memberi isyarat persefahaman dua gabungan parti ini, masih kuat dan kukuh hingga kini.
Situasi ini meresahkan PH, yang terus bergelut untuk mendapat keyakinan dan sokongan rakyat khususnya pengundi Melayu. Usaha dan rundingan antara pemimpin mereka bagi membentuk persefahaman dan kerjasama dalam pilihan raya dengan BN dan GPS semakin menempuh jalan kabur.
Kali terakhir, kerjasama dibentuk pada PRN enam negeri pada Ogos 2023 yang menghasilkan keputusan kurang memberangsangkan apabila empat negeri di utara dan pantai timur terus didominasi PN. Sementara prestasi terburuk UMNO di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, memberi petanda pengundi Melayu semakin menolak mereka ketika itu.
Konflik istana Negeri Sembilan membabitkan undang yang empat dan Yang Dipertuan Besar, biarpun berakar dari isu adat setempat, namun ia diheret sehingga mencetuskan perbalahan terbuka antara pemimpin, sekali gus mula meretakkan hubungan antara BN dan PH.
Pemimpin utama negeri dari kedua-dua gabungan dilihat saling menuding jari terhadap kemelut melanda, mengakibatkan isu adat gagal diselesaikan hingga kini. Ketika pentadbiran baharu pasca PRN Negeri Sembilan dilihat memiliki tempoh semakin suntuk untuk membentang sekali gus meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 atau Belanjawan 2027 negeri sebelum hujung tahun ini.
Konflik di Asia Barat memberi tekanan fiskal terhadap kewangan kerajaan dipimpin Anwar bin Ibrahim. Perbelanjaan kerajaan terpaksa dikurangkan dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengarahkan penyusunan semula keutamaan perbelanjaan dengan pemotongan sebanyak RM10 bilion daripada perbelanjaan mengurus di bawah Belanjawan 2026.
Langkah ini diambil bagi menangani peningkatan mendadak kos subsidi yang melonjak tinggi akibat ketidakstabilan geopolitik di Asia Barat dan lonjakan harga minyak global, dengan tekanan langsungnya kini mula dirasai rakyat apabila harga barangan dan perkhidmatan mula naik ketara.
Terbaru, isu pengampunan Najib mula memanaskan kembali 'pergelutan' yang sudah wujud dalam kalangan pemimpin UMNO dan PH. Pendirian Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mahu meletak jawatan serta-merta sebagai Menteri Pengangkutan sebaik Najib melangkah masuk ke kediamannya memulakan tahanan rumah, dilihat berupaya mempengaruhi langkah PH seterusnya.
DAP yang memiliki 40 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, menjadi benteng penting kepada kestabilan PH, selain menerajui lima kementerian strategik yang bertujuan mengukuhkan kedudukan gabungan ini dalam pentadbiran kerajaan.
Kini, persefahaman semakin longgar dan perselisihan terus ketara dalam kalangan pemimpin dan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan, memberi isyarat atau petanda kemungkinan Parlimen boleh dibubarkan lebih awal bagi memberi laluan kepada PRU Ke-16.
Desakan untuk Parlimen dibubarkan lebih awal sudah dinyatakan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini, namun ia tidak disahut positif pemimpin PH yang menyifatkan penggal Parlimen seharusnya berterusan hingga penghujung mandat, iaitu menjelang Disember 2027.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan