Sabtu, 28 November 2026

POLITIK BARU


PERKEMBANGAN

POLITIK BARU

JENG JENG JENG

MENANG TAK

BERTANDING

AMIN

APA CERITA

 DI BELAKANG

INI ?

KHALAS



PRN Sarawak: Kira-kira 30 calon GPS menang tanpa bertanding - Abang Jo


GEDONG: Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg memaklumkan kira-kira 30 calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di beberapa kerusi turut menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Pengerusi GPS berkata jumlah sebenar masih belum disahkan.

Abang Johari sendiri diumumkan menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong.

Menyifatkan kemenangan tanpa bertanding sebagai tanda keyakinan rakyat terhadap pentadbiran GPS, beliau berkata ia turut mencerminkan kepercayaan rakyat terhadap usaha kerajaan negeri dalam mengurus pembangunan Sarawak, khususnya menerusi pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Tiada ulasan: