Jumaat, 27 November 2026

WAT IS DE BEKOS

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WAT IS DE BEKOS

AMIN


Solat bukan bahan jenaka, parodi – Zulkifli


KUALA LUMPUR – Ibadah solat tidak boleh dijadikan bahan jenaka, hiburan murahan atau elemen parodi dalam sebarang bentuk penyiaran kerana ia membabitkan kesucian agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator  Zulkifli Hassan berkata, tindakan sebuah stesen radio mengaitkan ibadah solat dengan perlawanan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.

Sebelum ini, sebuah stesen radio tempatan telah mengundang kecaman hebat netizen selepas memuat naik satu rakaman video yang menunjukkan dua individu sedang bersolat dengan kapsyen bertajuk Praying for Man United selepas perlawanan menentang Sporting CP.

Video berkenaan mencetuskan perhatian dan reaksi orang ramai kerana menggunakan elemen ibadah solat dalam kandungan berkaitan bola sepak sekali gus menimbulkan persoalan mengenai batas sensitiviti agama dalam penghasilan kandungan hiburan. – 



Tiada ulasan: