SIASAT SAMPAI MATI

TEOH MUNGKIN DICEKIK SEBELUM MATI - malaysianinsider
SHAH ALAM, 1 Mac — Ketua patologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor bersetuju dengan hujah peguam Gobind Singh Deo dan Malik Imtiaz Sarwar ada kemungkinan kecederaan di bahagian leher dialami Teoh Beng Hock kemungkinan disebabkan akibat cekikan.
Bagaimanapun beliau menegaskan di mahkamah bukan cekikan yang kemungkinan menyebabkan kematian tetapi jatuh dari bangunan tinggi yang menjadi punca mendiang meninggal dunia.
“Dia (Dr Shahidan) bersetuju bahawa kecederaan kepada bahagian depan leher kemungkinan tidak berkaitan dengan kejadian jatuh. Ia terbuka kepada hujah bahawa ia kemungkinan wujud kecederaan sebelum jatuh,” kata Malik, peguam yang bertindak bagi kerajaan Selangor.
Teoh, setiausaha politik kepada kerajaan Selangor ditemui mati pada 16 Julai lalu selepas ditemu siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sepanjang malam.
Malik menjelaskan kepada wartawan bahawa kecederaan kemungkinan oleh tercekik ataupun berlaku pergelutan.
nota:
bedah siasat pertama
buat buat tak nampak kesan leher kena cekik
bedah siasat kedua... oooo cooopot... baru den nampak
kah kah kah
nota:
Dr Pornthip akan sampai untuk memberi
laporan dan pandangan pada 14 april yang akan datang
sesiapa dari sprm yang belum kencing sila kencing sekarang kah kah kah
