SATU ISREAL AGENDA APCO

FAHAMAN PLURALISMA PERLU DISEKAT - melayau
Fahaman pluralisme agama yang bercanggah dengan al-Quran, sunah dan ijmak perlu disekat kerana boleh menjejas dan membahayakan akidah umat Islam.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Aziz Jamaludin Mohd. Tahir berkata, pluralisme di Malaysia hanya dibenarkan dalam konteks hidup bermasyarakat untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum dan bukannya dalam soal agama.
"Sehubungan itu, Yadim akan sentiasa melaksanakan aktiviti yang boleh memberi dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya pluralisme agama.
"Aktiviti itu dizahirkan menerusi beberapa program kemasyarakatan yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat dan disalurkan menerusi media rasmi iaitu majalah Dakwah," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Aziz menambah, pelajar Malaysia yang baru pulang dari luar negara juga perlu dipantau kerana dikhuatiri membawa fahaman Syiah dan fahaman lain yang boleh menggugat ketenteraman awam.
"Bagaimanapun, usaha mengekang penyebaran fahaman pluralisme dan Syiah memerlukan komitmen semua pihak kerana ia berupaya berkembang dalam pelbagai bentuk dan kaedah," katanya.
Menurut Aziz, Yadim sebagai sebuah yayasan dakwah akan bertindak aktif termasuk menterjemah dan menerbitkan buku-buku asing yang terpilih ke bahasa Melayu dalam usaha meningkatkan syiar dakwah Islam di negara ini.
KERAJAAN PANTAU AJARAN SYIAH - melayau
Kerajaan akan terus memantau dan menyekat aktiviti ajaran Syiah daripada terus disebarkan, kata Jamil Khir Baharom.
Menurutnya, konsep ajaran Syiah tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana fahaman yang mereka anuti sangat berbahaya kepada masyarakat.
Menurutnya, jika fahaman itu terus dibiarkan berkembang tanpa disekat dikhuatiri akan menyebabkan masyarakat kita berpecah belah dan wujud pertelingkahan sesama orang Islam.
"Konsep yang diamalkan oleh pengikut Syiah dan Ahli Sunah Wal Jamaah sebenarnya adalah sama, tetapi pegangan pengikut Syiah yang terlampau ekstrem menyebabkan ajaran itu tidak sesuai diamalkan di sini.
"Pengikut Syiah yang hanya menganggap fahaman mereka sahaja betul dan menidakkan amalan mazhab lain punca utama yang akan menyebabkan kekacauan berlaku dalam umat Islam," katanya.
nota:
semua nak bodohkan melayu
gerombolan nak monopoli kebenaran
agama ini berbagai bagai
semuanya menuju dan mengarah kan kebaikkan
tidak ada sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran
islam juga ada berbagai bagai
ada sunni
ada shia
ada ismaili
ada al-jaffeery
ada al-druze
tak kan 60 juta rakyat iran sesat
tak kan 40 juta rakyat pakistan sesat
shia ada di mana mana
soalan kenapa ajaran shia bahaya?
adakah kerana pengikut shia berjuang anti-zionis?
adakah kerana pengikut shia berjuang anti isreali?
adakah kerana pengikt shia menentang apco?
bahaya macam mana?
tak sesuai macam mana?
tak sesuai untuk siapa?
bahaya kepada siapa?
nota:
dikatakan bahawa pengikut shia sahaja yang mengaku betul
dan menidak kan yang lain…… kah kah kah… itulah
pasal dianjurkan pluralisma
inilah dia yang dinamakan pluralisma kah kah kah





