Isnin, 4 Mac 2013

SANDIWARA AL-MAUNAH DAN SANDIWARA AL-LAHAD DATU





KES AL-MAUNAH
ini jaafar
dia ditangkap
sebagai anggota al-maunah

MEMASANG BENDERA SALAH

Pada bulan Jun 2001  saya telah dibawa ke Kamunting sebagai  tahanan  Akta Keselamatan Dalam Negeri. Di Kamunting saya bertemu, bersuai kenal dan bercerita panjang dengan tahanan-tahanan  dari kumpulan Al-Maunah. Anggota Al-Maunah ini telah ditahan lebih awal dari saya. Dalam budaya sekolah asrama penuh mereka ini di nobatkan sebagai ' senior gentelman'.

Biar saya ingatkan kembali kenapa lebih dari 20 orang warga Al-Maunah ini telah ditahan di Kamunting. Mereka ini ditahan kerana berlaku  apa yang dikatakan rompakan bersenjata Bukit Jenalik  pada 2 Julai 2001. Sebanyak 5 tan senjata telah diangkut masuk ke dalam 3 buah Pajero. Senjata ini dibawa ke Bukit Jenalik  - tempat perkhemahan kumpulan Al-Maunah – satu kumpulan silat.

Ketika kejadian ini berlaku dunia  masih ini belum melihat  blog, tweeter atau face book. Hanya  ada laman Mahazalim dan Malaysiakini.  Laman-laman  ini, terutama Laman Mahazalim telah ‘menembak’ kesah dongeng ini sehinggakan tidak ada sesiapa pun dalan negara akan percaya versi United Malays National Organisation.

Lawak seram dan sandiwara Al-Maunah ini menjadi bodoh kerana senjata 5 tan boleh dimasukkan kedalam Pajero dalam masa 15 minit.   Najib Razak yang ketika itu Menteri Pertahanan  bersungguh cuba membuktikan cerita kentut kerbaunya. Maka sandiwara  ‘rompakan’ ini diulang pementasan sekali lagi di kem askar di Kuala Lumpur untuk disaksikan oleh media.  Sandiwara  kentut kerbau ini sebenarnya  dipentaskan  kerana Orang Melayu pada ketika  itu telah  berani turun  ke jalan raya untuk menyingkirkan  Mahathir  Anak Lelaki Iskandar Kutty.

INI JAAFAR SEDANG DI TAHAN
bersama anggota al-maunah
lihat dibelakang 
ada  soldadu berdiri

Rompakan di Sauk ini bertujuan untuk menakut-nakutkan Orang Melayu agar jangan berani turun berdemo. Hujahnya amat senang - jika Orang Melayu turun berdemo maka akan berlaku kacau bilau. Ada kumpulan-kumpulan sulit  yang akan ambil kesempatan untuk menambah  kacau. Justeru, kumpulan silat Melayu  bernama Al-Maunah dijadikan mangsa - dituduh hendak melawan  Yang DiPertuan Agong.

Dari perbincangan saya dengan ahli Al-Maunah dalam kem Kamunting semuanya menerima hakikat bahawa mereka telah  diperangkap untuk datang ke Sauk. Ada yang dipanggil kerana ada program  ceramah agama. Ada yang dipanggil  kerana hendak buat latihan silat. Ada yang dipanggil untuk jumpa-jumpa. Tidak timbul hal rompakan senjata. Tidak timbul ajenda nak lawan Yang DiPertuan Agong. Jelas Kes  Al-Maunah ini adalah sandiwara Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty.

 AL-Maunah ini kes terbaru.  Saya mahu membawa pembaca kepada  ke Zaman Konfrantasi: 1963-1965. Mengikut buku tulisan Said Zahari bekas Ketua Pengarang Utusan,  Tunku telah memberitahu dia  bagaimana pegawai tentera British telah meminta  soldadu Malaysia  mengebom kapal HMS Eagel  yang sedang berlabuh di Selat Melaka. Tulisan Said ini telah disahkan oleh  Yap Chin Kwee Setisusaha Politik , Tunku Abdul Rahman.

Rancangan British untuk meletupkan kapal perangnya sendiri bertujuan untuk  menyalahkan  Indonesia dan Sukarno. Jika ini berlaku maka Malaysia boleh mengistiharkan perang terhadap Indonesia. Dan kuasa imperialis Anglo-Amerika akan masuk campur sama.

Dalam istilah politik kes Bukit Jenalik dan HMS Eagel ini dipanggil ‘memasang bendera salah’.  Konsep ini bermula kerana lanun dalam laut sering menggunakan bendera kapal orang lain ketika menjalankan rompakan.  Dalam kes Bukit Jenalik  bendera itu adalah bendera Al-Maunah. Dengan satu perancangn licik Orang Melayu dan rakyat Malaysia telah ditakut-takutkan dengan kemungkinan berlakunya  kacau bilau.

HMS Eagel  gagal diletupkan kerana Tunku menolak rancangan jahat ini. Tetapi dalam surah strateji  ‘memasang bendera salah’ ini dunia tidak akan melupakan kes Telok Tonkin. Telok Tonkin  menjadi contoh terbaik sebagai rujukan  dan kajian  memasang bendera salah.

 Pada  2 Ogos 1964 dunia telah gempar dengan berita  bagaimana kapal perang Amerika  USS Maddox yang berlabuh di Telok Tonkin  telah diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Satu dunia heboh. Warga  Amerika bangun  pagi terperanjat melihat induk berita akhbar – Amerika diserang. Warga  Amerika bingong memikirkan bagaimana negera  sekecil Viertnam Utara berani menyerang kuasa tentera terbesar dalam dunia.

KAH KAH KAH
ini  juga jaafar  
dapat hadiah dari pegawai polis
kerana peranan dalam sandiwara
al-maunah

Dewan Senate dan Dewan Kongres telah mengadakan sidang tergempar. Dengan  sebulat suara elit politik Amerika telah meluluskan  : Gulf of Tonkin Resolutiion. Dengan lulusnya ketetapan ini maka Amerika telah menghalalkan diri untuk memerangi Vietnam Utara.  Hari ini kajian fakta telah membuktikan bahawa TIDAK ada serangan keatas USS Maddox pada 2 Ogos 1964. Apa yang berlaku hanyalah  satu sandiwara.

Kes dan kejadian memasang bendera salah ini saya timbulkan kerana pada ketika saya menulis ini ada Satu Bendera Sedang Tercacak di Lahad Datuk.  Bandera  Lahad Datu ini pelik lagi memelikkan. Pertamanya  media antarabangsa  tidak diibenarkan  untuk membuat laporan. Wartawan Al-Jazzera telah ditangkap dan dihalau keluar. Rakyat Malaysia telah menjadi cendawan – disimpan dalam gelap dan diberi makan tahik lembu.

Mengikut  laporan awal   Bendera yang tercacak di Lahad  Datu ini bersangkutan dengan Yazid  Sufaat yang  baru kena tahan dibawah undang-undang  ISA Baru. Apa  sangkut paut Yazid dengan Lahad Datu tidak jelas. Tetapi berita ini hilang bagitu saja.

Pada awalnya umum telah diberitahu  ada  100 gerila lengkap bersenjata telah mendarat  di Lahad Datu.  Tetapi tidak diketahui pula  dari busut jantan mana Sang Gerila ini  datang.   Tetiba, beberapa hari kemudian laporan  mula beralih. Jumlah 100 kini   menjadi 40 orang. Kemana 60 orang lagi menikus walah hu alam bissawab. Media Malaysia pada awalnya melapor bahawa gerila ini lengkap bersenjata. Tetiba berita diubah.  Sang Gerila  hanya datang dengan  penggali dan  cangkul.

Satelah beberapa hari ,  muncul pula berita  yang melaporkan Sang Gerila ini   ingin bertemu dengan seorang personaliti. Mengikut laporan - sesudah bertemu dengan ‘personaliti ‘ ini  Sang Gerila akan pulang. Siapa personaliti yang ingin ditemui ini? Apakah Sang  Gerila ini hendak berjumpa  Ziana Zain?  Atau  personaliti yang dimaksudkan ialah Psy Gangnam Style? Sampai hari ini tidak diketahui siapa personaliti itu.

Terakhir media memaparkan  gambar Hishammuddin Hussein meneropong   dari jauh untuk melihat Bendera Lahad Datu yang sedang tercacak.  Perangai meneropong dari jauh telah menjadi tabiat Menteri Dalam Negeri  semenjak dia diberi teropong untuk melihat cara polis membelasah penunjuk perasaan di Bersih 3 tahun lalu. Apakah teropong ini hadiah  hari jadi dari  Zaina Zain atau dari  adik Ziana Zain. Ini masih tidak jelas.

Apa yang jelas ialah orang ramai semakin marah kerana rakyat Malaysia tidak diberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Mengikut laporan akhbar Pilipina – jumlah gerila ini  bukan 40 orang, bukan 100 orang tetapi 400 orang. Gambar dari akhbar Pilipina  memperlihatkan bahawa gerila ini dililit oleh peralatan senjata moden.  Gerila ini datang untuk mengancam.

Maka timbul persoalan hakiki. Apa tujuan  memasang bendera ini? Siapa dibelakang bendera ini?

Untuk memahami ini kita wajib mengambil kira PRU13 yang akan berlaku tidak lama lagi. Kita wajib mengambil kira bagaimana Suruhanjaya DiRaja Sabah  tentang kad pengenalan palsu sedang bersidang  di Kota Kinabalu. Kita juga wajib menyedari bagaimana ‘kilang undi haram dari Sabah’ kini telah runtuh. Kita juga wajib mengambil kira kepulangan Balasubramaniam. Kita juga wajib ambil kira saman Deepak terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira serangan  Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira bagaimana Muhyiddin sedang merancang untuk menyahkan Najib dari kerusi PM.

Satelah mengambil kira semua ini maka jika Bendera Tercacak di Lahad Datu ini berterusan maka ianya pastilah  baik untuk Najib. Bendera ini amat cemerlang  untuk  United Malays National Organsiation. Pada tahap ini tidak penting untuk kita mengetahui siapa yang memasang bendera ini. Yang penting bendera ini telah terpasang. Dan orang yang merancang untuk memasang bendera ini akan meraih keuntungan.

Bendera yang sedang terpasang di Lahad Datu ini cukup molek untuk dijadikan  sebab musabab oleh Najib untuk menggantung pemilihan di Sabah.  Memasang bendera saperti ini bukan sesuatu yang baru. Salah bendera ini telah digunakan untuk menjatuhkan PBS dan Pairin dalam tahun 1982. Pada tahun`1978 sejarah telah membuktikan bagaimana United Malays National Organisation memasang bendera  salah di Kelantan. Kacau bin Bilau telah melompat-lompat berdemo  di Kota Bahru. Akhirnya Dewan Undangan Negeri  Kelantan di gantung dan Parti Pas tersingkir.

Bendera yang tercacak di Lahad Datu ini telah hampir tiga minggu. Dalam laporan Bernama pada 24hb Febuari  yang lalu, Najib telah menerangkan bahawa  dia menangguhkan PRU13 sehingga rancangan ‘transformasi’ memperlihatkan  hasil. Apakah Najib ini bodoh? Apakah Najib sudah nyanyok?  Biji  durian akan mengeluarkan hasil satelah 5 tahun ditanam. Padi boleh dituai satelah 3 bulan ditanam. Jagung yang berbuah satelah 4 bulan ditanam.


Mustahil ‘transformasi’ ini akan memperlihatkan hasil  dalam masa 2 bulan. Sesuatu dasar akan dilihat  ketrampilan dan kejayaan  dalam masa 10 atau 15 tahun. Mungkin lebih lama.  Rancangan Felda  yang dirancang oleh pada tahun 1956 hanya berhasil 15 tahun kemudian.

Justeru soalan wajib ditanyakan :  Apakah  salah pasang bendera  di Lahad Datu bertujuan untuk menimbulkan huru hara di Sabah? Dengan huru hara ini pilihan raya di Sabah di tangguh. Jika  pilihan raya Sabah ditanguhkan  maka Najib dapat menyelamatkan diri. United Malays National Organisatin dan kuncu-kuncunya dapat selamat dari gelombang ombak  rakyat yang tidak sabar-sabar untuk menghumbankan mereka semua ke dalam tong sampah sejarah. (TT)



NOTA:
tulisan ini keluar
di SUARA KEADILAN
minggu lalu
dihujung minggu telah berlaku
perkembangan tebaru 
justeru tulisan ini TIDAK
menggarap perkambang ini





NOTA:
tulisan ini telah
dikeluarkan oleh
SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan akhbar
mingguan ini sila pukul talipon:
03-22-72-40-45
  







------------

MAHATHIR ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY








Kerajaan Perlu Ambil Tindakan 


Keras Terhadap Kumpulan 


Penceroboh -  Mahathir


BAGAN SERAI: Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan keras terhadap pihak penceroboh selepas insiden pertumpahan darah di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... KELING INI CUKUP AUTA.... kah kah kah...

kah jkah kah.... KELING INI YANG BAGI  KAD MENGENALAN....kah kah kah..

kah kah kah...KELING INI TIMBULKAN MASALAH... kah kah kah...

kah kah kah...KEMUDIAN KELING INI NAK JADI MELAYU...kah kah kah

------

SULTAN SULU AHLI GEROMBOLAN




KANTOI WAL MANTOI
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH
 

KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
KAH KAH KAH


woit... TERGOLEK DOG KETAWA....kah kah kah..

kah kah kah... KETAWA SAMPAI TERKENTUT.... kah kah kah..

kah kah kah...NAK BUAT MACAM MANA... kah kah kah

kah kah kah... SUDAH  KANTOI BIN MANTOI.... kah kah kah


--------

SANDIWARA INI SEMAKIN JELAS





CERITA MADEY BERI IC HILANG
KERANA SEMUA CAKAP HAL
SANDIWARA
INI NAMANYA TAKTIK MENGALIH PANDANGAN
SILA TANYA
MAHATHIR ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY
kenapa kes ini kes sandiwara
TAKTIK
 MENGALIH PANDANGAN
untuk yang rajin membaca
maka akan ditemui surah
bagaimana wtc telah diletupkan
pada pagi isanin 11/9/2001

APA YANG SEHARUSNYA BERLAKU
PADA RABU 13/9/2001?

di hari ini ialah hari membuka kes hilangnya
lebih dari 1 trilion dolar duit kerajaan
dari jabatan pertahanan amerika

ledakan belalku pada senin
bukan itu sahaja bilik fail pantangon
juga kena hentam

langung kes hilang duit ini
tidak muncul muncul lagi
inilah namanya perancangan licik
untuk mengolah persetujuan

dalam kata mak cik felda : ini sandiwara
KOMENTAR TUKAR TIUB

sandiwara ini dipentaskan cukup jelas
united malays national organisation
sedang nazak di sabah dan di semenanjung

tujuan sandiwara ini untuk gantung pru di sabah
kerana gerombolan telah hilang pengaruh

kalau bukan sandiwara kenapa mat mongol
tak berani berkata:

pilihanraya di sabah akan diteruskan!



 KENAPA AL MAUNAH PAKAI ASKAR?
mmg la polis handle sbb ni melibatkan WARGANEGARA ..umno dah bagi ic kat sebilangan besar orang sulu ada yang bagi pangkat lagi darjah kebesaran sulu so dorang dah jadi warganegara 

..kes ni jadi kes jenayah dalam negara la sbb polis handle kes dalam negara saja..kalau warga asing yang ceroboh baru askar yang take over ..tp permainan umno bijak nnti dorang akan declare jugak perang sbb askar pun akan dikambinghitamkan

..sandiwara semasa bhaiii...orang bodoh yang tak skolah je yang cakap thread ni kosong..otak lu smua yang kosong.. on SOALAN UNTUK PENGARAH SANDIWARA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/4/13

HANYA KHABAR ANGIN ATAU KENTUT?
Muncul pula versi Mat Dom peneroka Felda yang kalah dalam tuntutan mahkamah di Sabah Dikatakan saudara dan sahabat handai dari sulu /minlf yang melawat Mat Bom kerana sakit. Mereka adalah askar yang sentiasa membawa senjata Adakah cerita ini betul dan pihak berkuasa mengambil kesempatan ini untuk mengalih perhatian dan menjadikannya isu besar?

 Dari satu cerita pula dikatakan kes ini dikendalikan polis kerana mengelakan peperangan dan tahanan perang serta mengiktiraf kerajaan sulu? Bila polis kendalikan ianya hanya diangap sebagai penjenayah kalau askar sudah dikira perang saudara? 

Yang pasti seperti biasa media massa akan cuba mengamankan suasana dan hanya memberikan gambaran yang baik.. tidak dijelaskan sejelaskan hanya kata jangan denagr khabar angin.. Khabar angin atau khabar hujan yang mana tidak pula diberitahu. Maka rakyat terus berteka-teki... on KENAPA AL-LAHAD DATU DI ANGGAP SANDIWARA
Anonymous
on 3/4/13

SANDIWARA KATA LAKSAMANA
Cahaya Qalbu said... Regarding the Lahad Datu fiasco,,, Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara. 

“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas. 

“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

 “Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya melalui kenyataan akhbarnya. Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

 “Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya. Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai on KENAPA AL-LAHAD DATU DI ANGGAP SANDIWARA
Anonymous
on 3/4/13

MUSUH ADA KAD PENGENALAN
Ini bukan teori. Ini fakta. Kalau kamu betul-betul tinggal di Sabah baru kamu tahu. Sekarang ni di Sabah, susah nak kenal musuh! 

Sebab Filipino ramai dan ada di mana-mana di negeri Sabah ini. Mereka sudah berada di sini sejak awal tahun 1990-an, sudah biasa keadaan di sini dan sudah ada IC Malaysia. on SANDIWARA AL-LAHAD DATU TERUS BERJALAN
Anonymous

KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH
patutlah gerila suluk masuk
kapal selam tersangkut
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH



--------

Y NO PIK - TOK EZI



EMTI DRUM
MEK MORE NOISE
15,000 rakyat hadiri perhimpunan Perkasa
BAGAN SERAI 3 Mac - Program Perhimpunan Rakyat bersama  Mahathir Mohamad  Anak Lelaki Iskandar Kutty di sini hari ini mendapat sambutan hebat dengan kehadiran lebih 15,000 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan rakyat dari seluruh negeri ini.

Mereka yang hadir bukan hanya dalam kalangan orang Melayu malah kaum-kaum lain termasuk Cina dan India yang mahu melihat dan mendengar amanat disampaikan bekas Perdana Menteri negara itu.

Keadaan itu sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Perkasa merupakan sebuah pertubuhan rasis kerana sering memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... Y NO PIK?.... kah kah kah..

kah kah kah... TOK EZI... PIK NO SI.... kah kah kah..

kah lah kah... WHAT IS THE BECAUSE... NO TAKE PIK?... kah kah kah


TAKE PIK LIKE DIS
SHOW PEPEL
TOK EZI
NIO PIK 
NO TELL
kah kah kah


-------

MELAYU PERIBUMI MENUNTUT PERKASA JAN BELOT



Ahli Perkasa, penyokong Pas berkumpul kecam Guan Eng


SEBAHAGIAN ahli Perkasa dan penyokong Pas mengadakan demonstrasi semasa majlis perasmian kerja naik taraf Pasar Teluk Bahang oleh Lim Guan Eng, di Pulau Pinang, semalam. - 

BALIK PULAU 3 Mac - Lebih 50 orang ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan penyokong Pas berkumpul 'menyambut' ketibaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang hadir merasmikan kerja-kerja naik taraf Pasar Teluk Bahang di sini.

Kumpulan tersebut membawa pelbagai sepanduk mengecam Guan Eng berhubung kenyataan kontroversinya hujung tahun lalu yang meminta Kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sepanduk yang bertulis perkataan seperti Kami Pertahan Majlis Syura, Save Kalimah Allah dan Lim Guan Eng Tidak Akan Selamat dinaikkan semasa ketibaan Setiausaha Agung DAP itu kira-kira pukul 8.30 pagi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... CAKAP PERKASA INI MELAYU BUMI PUTERA... kah kah kah..

kah kah kah...TENGOK GAMBAR MACAM MUKA AHLI MIC.... kah kah kah..

kah kah akh...BILA PULAK  MIC MENJADI AHLI PERKASA.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU AHLI MIC BOLEH JADI AHLI PERKASA...MAKNANYA PERKASA TELAH BELOT.... kah kah kah...

kah kah akh...PERKASA BELOT TERHADAP MELAYU PRIBUMI... kah kah kagh..

kah kah kah..BELOT TERHADAP PEMEGANG MOHOR BOTOL BESAR... kah ka kah

 INI BUKAN BUMIPUTERA
INI AHLI MIC
MENYAMAR SEBAGAI BUMIPUTERA


-------