Khamis, 28 Januari 2016

INI DIA MUKA PM BARU




RAKYAT NAK 

PM BARU




HADI AWANG 

PERASAAN



AKHIRNYA PM

BARU SAMPAI


KAH KAH KAH


-------------

INI PEKARA 30 JUTA






BIASA?
biasa apa?
tak pernah terjadi
pm malaysia
akan didakwa
kerana salah laku
belum pernah terjadi
ertinya bukan biasa
kalau tiap petang
kalau tiap pagi 
akau tiap bulan berlaku
maka ianya BIASA



Tindakan rujuk keputusan AG kepada PPO amalan biasa
SHAH ALAM - ‎ Pengarah Komunikasi Strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  Rohaizad Yaakob berkata adalah menjadi kebiasaan untuk merujuk sesuatu kes kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

Katanya oleh itu, keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengarahkan SPRM agar menutup kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dirujuk kepada PPO  adalah amalan biasa.

KAH KAH KAH

woit
maknanya mengikut SPRM
ada kes
mengikut kajian SPEM
boleh didakwa
itu maknanmya
kah kah kah
ini bukan pekara biasa
ini pekara 30 juta
kah kah kah
30 juta rakyat malaysia
mahui najib di dakwa
kah kah kah

TANGKAP



------------

BERSIH BERTANYA







BERSiH HANYA

BERTANYA



Inline image 1

Pertanyaan-pertanyaan baru mengenai skandal RM2.6 bilion

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) amat terperanjat dengan pengumuman Peguam Negara  Mohamed Apandi Ali yang memutuskan bahawa Najib  bebas dari sebarang salah laku rasuah dalam skandal pengubahan wang terbesar di Malaysia.

Umum sedia maklum tentang drama ‘derma’ RM2.6 billion ini yang telah berlanjutan sekian lama. Bermula daripada pendedahan akhbar Wall Street Journal, pelbagai soalan telah diajukan, dan tidak dijawab. Dengan pendedahan hari ini, timbul lebih banyak persoalan yang harus dijawab oleh Najib : 

1.     Jika RM2.03billion telah dipulangkan kepada penderma Arab, ke mana pergi baki berjuta-juta ringgit? Di manakah duit ini telah dibelanjakan dan untuk kegunaan apa? Mungkinlah, wang ini digunakan untuk membeli PRU-13, seperti yang didakwa oleh Wall Street Journal?

2.     Kenapa  Gani Patail perlu dipecat daripada jawatan Peguam Negara jikalau RM2.03billion telah dipulangkan dan tiada salah laku?

3.     Kenapa Najib Razak tidak bertindak menyaman Wall Street Journal jikalau beliau tidak menyalahgunakan dana 2.6 billion yang masuk ke akaunnya seperti yang dilaporkan WSJ?.

4.     Kenapa bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat apabila beliau menyoal isu RM2.6 billion. Kenapa rombakan kabinet dilakukan dan menggugurkan mereka yang lantang bersuara mengenai aliran tunai ini. Apakah terlalu susah untuk menerangkan transaksi ini?

5.     Kenapa Najib  mengambil masa yang terlalu lama untuk menerangkan isu ini dan pelbagai cerita direka sebelum ini. Dari satu penderma, kepada lebih dari satu penderma. Dan kini, Peguam Negara mengatakan bahawa RM 2.03 billion telah dipulangkan. Siapa yang bercakap benar?

6.     Kenapa akaun peribadi Najib Razak di Ambank dilupuskan jikalau tidak ada apa-apa transaksi yang meragukan?

7.     Di manakah bukti-bukti pembayaran semula RM2.03billion? Apakah perlu lagi setahun untuk menunjukkan bukti tersebut?
8.     Najib Razak dilaporkan telah memulangkan semula RM2.03billion kepada penderma Arab pada tahun 2013. Namun, beliau menerima RM42 juta pada 2014/2015. Kemudiannya Najib Razak berkata beliau tidak pasti atau sedar bahawa RM42 juta itu datang dari RM 2.6 billion atau tidak. Apakah Bank Negara Malaysia gagal mengesan transaksi sebesar ini?

9.     Adakah sebarang permohonan dibuat kepada Bank Negara untuk menghantar, menghantar semula atau menerima wang dalam jumlah yang amat besar ini? Adakah aliran wang dalam jumlah yang amat besar dari sumber asing ini tidak melanggar apa-apa undang-undang pengubahan wang? 

Persoalan-persoalan ini harus dijawab segera oleh Najib Razak. Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Bank Negara juga harus tampil kehadapan dan mendedahkan apa sebenarnya hasil siasatan mereka yang tempoh hari dikembalikan oleh Peguam Negara; adakah dapatan siasatan tersebut berbeza atau tidak lengkap?

BERSIH 2.0 juga ingin mengetahui siapa sebenarnya yang terlibat dalam rentetan peristiwa ini? Apakah nama penderma yang baik budi itu tidak dapat didedahkan? Mungkin si penderma boleh membantu Tabung Haji yang didakwa sedang mengalami masalah kewangan.

Sepertimana kebebasan pejabat Peguam Negara dikompromi pada bulan Julai tahun lalu, BERSIH 2.0 bimbang bahawa siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam akan turut menghasilkan natijah yang sama, selepas Najib Razak menyusun semula komposisi Ahli Parlimen di dalam Jawatankuasa tersebut. BERSIH 2.0 menggesa PAC menjalankan siasatan secara terperinci dan bebas ke atas 1MDB supaya orang ramai diberikan jawapan yang sepatutnya.

-----------

WALL STREET MELEDAK LAGI





SEKARANG

11.57 pagi

3 jam tadi

wall street meledak

bila ianya ditutup



US stocks fall after the Fed




-----------

SAUDI INI APA?






SANDIWARA 

TOK ARAB

duit bukan dari saudi
duit bukan dari raja
duit dari dana 1MDB


Arab Saudi akan siasat jika benar Najib pulangkan AS$620 juta, kata laporan


Arab Saudi berkata akan menyiasat dakwaan Najib pulangkan kepada keluarga Diraja Saudi sebanyak AS$620 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya pada 2013, lapor The Sydney Morning Herald. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/arab-saudi-akan-siasat-jika-benar-najib-pulangkan-as620-juta-kata-laporan#sthash.Q4SfYsqP.dpuf
KAH KAH KAH
woit
tak payahlah nak siasat
saudi ini bukan negara
saudi ini pengekalan tentera
srang tentera amerika 
sarang soldadu zionis 
pusat CIA timur tengah
kah kah kah
mana ada jabatan kerajaan
mana ada dakwa dakwi
tanya arab saudi
zaman nabi ada raja ke?
apa itu saudi?
kah kah kah

POOOORAH
------------

LEDAKAN EKONOMI







LEDAKAN EKONOMI
sila baca disini:
https://www.malaysiakini.com/columns/328438




---------------