Jumaat, 8 Disember 2017

TERIMA KASIH








TERIMA KASIH
Terima kasih pada fathia dan sheila majid yang akhirnya berjumpa keberanian diri bersuara untuk kebaikan umum yang melintas melepasi sempadan kepentingan sendiri dan suku sakat.
Terima kasih juga pada adibah noor, daphne iking dan sharifah amani (dr.m juga ada menyebut aznil nawawi?) yang turut berani ke depan mempertahan dan menyokong kebersuaraan artis bagi isu semasa di luar lingkungan industri seni. 
Kalau ada lagi penggiat seni negara yang lain yang sudah turut bingkas berdiri dan keluar maju ke tengah2 sinaran lampu limpah dan dari mulut atau jari masing2 telah berkumandang suara2 serupa dengan fathia atau sheila atau adibah, daphne dan sharifah amani, sekalung terima kasih juga kami sematkan di sanubari setiap kamu. Penentangan panjang berpuloh tahun akan jadi lebih mudah digalas dan lebih cerah laluan kejayaan jika tampak sokongan padu dari berbagai penjuru. Zunar, aishah dan beberapa lagi penggiat seni telah lama menjadi lantang. Menjadi hero rakyat, hero sebenar bukan sekadar on
 JEMPUT DATANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 9:06 PM







----------------

Khamis, 7 Disember 2017

INI ASAL USUL BIDADARI






BANI MELAYU

JANGAN TAK TAHU

DARI SINI 

TIMBUL KONSEP

BIDADARI






HIMPUAN TEMBOK CHINA KUANTAN









BERSEDIA 

KITA BERHIMPUN

DI TEMBOK CHINA

KUANTAN 


Lawat Tembok Besar China Kuantan jadi agenda besar PH

Forum Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL) yang dihadiri pimpinan utama Pakatan Harapan mengambil keputusan untuk mengadakan himpunan di perkarangan “Tembok Besar China Kuantan”.

Ia bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pelaburan yang tidak jelas China ke negara ini dan disifatkan mengambil kesempatan dari masalah yang sedang dihadapi oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kita sedia terima pelaburan asing dari mana-mana negara sahaja tetapi tidak sampai mengganggu kedaulatan negara kita,” kata Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut serta dalam forum itu.

Tembok Besar China Kuantan adalah tembok yang dibina setinggi lapan kaki sebagai pagar kepada kira-kira 1,200 ekar tanah untuk projek fasa satu Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP).

Ia terletak di Gebeng, kira-kira 25 KM dari bandar Kuantan.

Bagi penduduk tempatan, tembok itu digelar sebagai “Tembok Besar China Kuantan.”

Tiada apa yang luar biasa dengan tembok itu, tetapi tujuannya untuk memisahkan mereka yang di dalam dengan dunia luar.

Ia juga sekali gus mencetuskan spekulasi di kalangan masyarakat setempat.

Mahathir yang pernah sampai ke situ dan membuat video klip mengenainya mendakwa pelaburan asing seperti MCKIP tidak menguntungkan sedikit pun rakyat tempatan kerana kontraktor dan pekerja terbabit dibawa masuk dari China.

Salah seorang penonton forum mencadangkan agar Tembok Besar China Kuantan dilawati.

Dalam forum malam tadi, Mahathir berkata, beliau juga ingin tahu apa yang ada dalam tembok itu.

“Saya nak tahu juga, apa yang ada kat dalamnya. Ada balai polis kita ke tidak. Jika apa-apa yang berlaku di dalam sana, siapa yang menyiasatnya,” kata Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas cadangan perhimpunan itu dalam forum malam tadi.

Selain Mahathir, turut menjadi penal adalah Mohamad Sabu, Hishamudin Rais, Howard Lee (Adun DAP), Faiz Fadzil dan Sivarasa Rasiah (MP Subang).

Aktivis sosial Hishamudin Rais memulakan cadangan agar pelaburan China ke negara ini dikaji kerana banyak keburukan yang telah berlaku termasuk pengalaman di beberapa negara Afrika.

Dr Mahathir bersetuju, cara pelaburan ini tidak kena dan merugikan Malaysia dengan mengambil contoh Forest City di Johor dan MCKIP di Kuantan.

Forest City, katanya, dijual dengan harga yang mahal sehingga orang tempatan tidak mampu beli dan diberikan pelepasan cukai sehingga 10 tahun pula kepada pembeli dari China.

Mohamad Sabu turut menyokong agar bantahan dibuat di jalan raya terhadap masalah ini.

“Pengalaman kita, kerajaan BN tidak akan bergoncang setakat perbincangan dalam bilik seminar, konvensyen dan sebagainya.

“Hanya dengan turun ke jalan raya kita boleh berjaya menarik minat. Ia berlaku sebelum PRU 1999, 2008 dan juga 2013 yang lalu,” katanya.

Ekoran itu seorang penonton bangkit mencadangkan Tembok Besar China Kuantan ini dilawati beramai-ramai dengan diketuai sendiri oleh Mahathir.

Cadangan itu kemudiannya setuju dijadikan aktiviti perhimpunan besar-besaran Pakatan Harapan menjelang PRU 14 ini.








-------------------

BILA NAJIB CAKAP HAL ISLSM






BILA NAJIB

CAKAP HAL

ISLAM MAKA

BABI AKAN

TERBANG

IKAN AKAN

NAIK BASIKAL



Hubungan dengan PAS hanya atas dasar kepentingan Islam, kata Najib


“Pendirian kita amat jelas, hubungan kita dengan mereka berdasarkan dasar kepentingan umat Islam, walau berbeza pandangan politik,” kata Najib ketika menyampaikan ucapan dasar di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

BILA NAJIB

CAKAP HAL 

ISLAM INI

ROSMAH JADI

SLIM DAN CUN

BILA NAJIB

CAKAP HAL

ISLAM INI

TANDA AKHIR

ZAMAN  TANDA

JHO LOW AKAN

NAIK HAJI




----------------

BLOK BORNEO











BLOK

BORNEO

Sabah dan Sarawak perlu bersatu lawan Zahid, kata Warisan

AHLI Parlimen Penampang Darell Leiking mencadangkan pembentukan blok Borneo antara Sabah dan Sarawak bagi menguatkuasakan hak istimewa kedua negeri itu seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

Timbalan presiden Warisan itu berkata keperluan bagi Sabah dan Sarawak menafikan mandat mentadbir Barisan Nasional semakin mendesak apatahlah lagi dengan amaran Timbalan Perdana Menteri Tuan Haji  Ahmad Zahid Hamidi bahawa hukuman berat akan dikenakan kepada pihak yang memperjuangkan isu keserantauan di Sabah dan Sarawak.

Beliau mengatakan, situasi semasa semakin jelas membuktikan yang pemimpin Semenanjung enggan mengembalikan hak istimewa negeri Malaysia Timur.




LAWAN

LAWAN

LAWAN

MERDEKA!


------------------

ROMPAK RAKYAT MALAYSIA







LAGU CULT

WAJIB DENGAR