Sabtu, 8 Januari 2022
SABRI 114 BUKA MULUT
SEMUA pihak harus memberi ruang kepada pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya terhadap dakwaan pembelian saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata siasatan berhubung kes itu kini dilakukan pelbagai pihak, antaranya Suruhanjaya Sekuriti selain siasatan dalaman oleh SPRM sendiri, dan ia sekali gus menolak dakwaan beberapa pihak bahawa kerajaan berdiam diri.
“Saya sentiasa dimaklumkan, dan memantau isu berkaitan SPRM, tindakan telah diambil dan gambaran diberikan kerajaan berdiam diri adalah salah. SPRM merupakan suruhanjaya bebas (dan) ada tatacara sendiri kendalikan perkara seperti ini.
“Kita tunggu selesai siasatan, kita tidak boleh ‘jump into conclusion’ seolah-olah Azam Baki bersalah, kita perlu berlaku adil kepada sesiapa sahaja, selepas selesai siasatan baru ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan dan bakul makanan kepada 206 keluarga mangsa banjir Kota Marudu, Sabah hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Dr Maximus Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu.
Ismail Sabri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam yang mendesak Azam dan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Abu Zahar Ujang disiasat segera oleh satu badan bebas berhubung dakwaan itu, selain menyarankan dua individu berkenaan ‘direhatkan’ sementara siasatan berjalan.
Perdana menteri berkata beliau memberi jaminan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terlibat dengan salah laku, namun menyeru semua pihak supaya sentiasa konsisten dan berlaku adil terhadap sesiapa sahaja.
“Kita mesti yakin dan percaya dengan sistem yang kita ada, biar SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti siasat dahulu… dahulu ada ketua menteri Pulau Pinang disiasat, tiada pula saranan direhatkan, kita kena konsisten jangan pula ada dwi-standard,” katanya.
Beliau berkata sebagai sebuah badan bebas, tiada campur tangan dalam SPRM termasuk daripada Perdana Menteri sendiri dan menurutnya badan itu akan dipastikan kekal bebas. – Bernama, 8 Januari, 2022.
NAK TAKUT APA?
NAK TAKUT APA
KAH KAH KAH
Aji commented on
"MERAKAM SEJARAH -
SUDAH TERBIT"
Wahh dah berani mengaku secara official berpegang pada ateis. Cer tt buat artikel tentang perjalanan tt menjadi ateis. Bila bermula tt yakin yg tuhan tidak wujud. Matlamat hidup seorang ateis. Persoalan tentang kewujudan sesuatu itu mesti ade yg membuatnya seperti bumi dan alam semesta ini. Sedangkan ateis percaya ianya terjadi secara sendiri.
HARI HARI AKHIR SAEKOR AZAM BAKI
Lepaskan Azam Baki bukan pendirian kami, kata 6 ahli Lembaga Penasihat SPRM
ENAM ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjauhkan diri daripada tindakan pengerusi yang melepaskan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki daripada sebarang dakwaan salah laku pemilikan saham.
Ahli lembaga itu dalam satu kenyataan berkata mereka tidak berkongsi pandangan Pengerusi Lembaga Penasihat Anti Korupsi SPRM (Acab) Abu Zahar Ujang dalam isu itu.
“Kami dengan terang dan jelas ingin menyatakan yang ahli lembaga pada mesyuarat atau pada bila-bila masa selepas itu tidak meluahkan pandangan seperti yang dipetik daripada Abu Zahar,” katanya dalam kenyataan bersama dikeluarkan hari ini.
Mereka merujuk kepada kenyataan Abu Zahar yang berkata lembaga mendapati Azam Baki tidak melakukan sebarang kesalahan selepas mendengar penjelasannya tentang saham milik adiknya menggunakan akaun transaksi sahamnya.
Saham itu kemudiannya dipindahkan kepada adiknya, dan kerana itu tidak wujud konflik kepentingan, tambahnya.
Ahli lembaga penasihat itu berkata pandangan yang dikeluarkan pada sidang media Rabu lepas, adalah keseluruhannya pandangan peribadi Abu Zahar.
Mereka berkata sebelum sidang media dibuat, mereka mengadakan perbincangan berasingan dengan Abu Zahar dan mencadangkan supaya isu itu dirujuk kepada jawatankuasa bebas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Korupsi atau Panel Aduan SPRM.
Bagaimanapun, pandangan dan cadangan mereka tidak disebut Abu Zahar pada sidang media yang dibuat.
Ahli lembaga penasihat itu juga menambah yang Acab tidak mempunyai kuasa siasatan kerana ia ditubuhkan sebagai lembaga penasihat.
“Kami perlu memberikan penjelasan bagi mempertahankan integriti lembaga dan institusi.”
Azam Baki dilaporkan membeli 2.15 juta saham dalam Excel Force MSC Bhd pada 2015, 1.93 juta saham dalam Gets Global Bhd pada 2015 dan 1.02 juta saham dalam Gets Global pada tahun berikutnya.
Pada Khamis, Suruhanjaya Sekuriti berkata ia akan memanggil Azam Baki untuk mendapatkan keterangan berkaitan transaksi itu.
Azam Baki berkata beliau akan bekerjasama dengan SC dalam siasatan penggunaan akaun perdagangan oleh adiknya.
Kenyataan bersama enam ahli lembaga penasihat itu yang dikeluarkan hari ini ditandangani oleh Ismail bin Omar, Azman bin Ujang, Akhbar bin Satar, Dr. Hamzah bin Kassim, David Chua Kok Tee dan Prof. Dr. Mohammad Agus bin Yusoff. – 8 Januari, 2022.
JENAYAH BALAK - RAKYAT WAJIB BANGUN CARI TOWKAY BALAK
JENAYAH BALAK
AMIN
RAKYAT WAJIB
BANGUN
CARI TOWKAY BALAK
AMIN
AZAM BAKI YANG LOKMAN ADAM
Isu Azam Baki: 5 soalan kepada PM
PERKARA berkenaan Azam Baki ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa bulan lepas.
Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berkata telahpun meminta untuk dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Azam.
Selepas itu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawasanya mereka akan menghubungi Azam untuk mendapatkan penjelasan beliau berkenaan perkara ini berdasarkan peruntukan tertentu di dalam Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).
Perdana menteri sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyatakan:
1) Adakah beliau sedar akan siasatan yang dijalankan oleh LPPR berkenaan perkara-perkara terhadap Azam?
2) Adakah pihak LPPR mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan itu dan sekiranya ada, di bawah peruntukan undang-undang manakah mereka bertindak dan bagaimanakah siasatan itu dijalankan?
3) Adakah pihak LPPR mendapatkan nasihat daripada mana-mana badan berkecuali dan bebas seperti Jabatan Peguam Negara dalam menjalankan dan menangani siasatan dan sekiranya tidak, kenapa?
4) Memandangkan penjelasan yang diberikan ada melibatkan akaun-akaun tertentu, adakah pandangan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia diperolehi sebelum keputusan dibuat dalam perkara ini?
5) Memandangkan Azam juga adalah Ketua SPRM, bukanlah lebih baik agar siasatan ini dijalankan oleh pihak berkecuali atau bebas memandangkan LPPR juga adalah sebahagian daripada SPRM?
Perdana menteri tidak boleh kekal berdiam diri di atas isu ini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa isu ini sedang hangat diperdebatkan oleh orang awam pada ketika ini.
Perkara ini kelihatan tidak baik bagi pihak SPRM khususnya apabila Suruhanjaya Sekuriti kini meminta butiran siasatan sejurus sahaja pihak Lembaga mengumumkan hasil siasatan kes ini.
Saya menyeru perdana menteri, sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas SPRM, supaya menyatakan pendirian beliau serta mengembalikan keyakinan terhadap SPRM.
Beliau harus menunjukkan kesungguhan beliau dalam mempertahankan integriti SPRM dengan bersuara berkenaan perkara ini. – 7 Januari, 2022.
* Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.
SABRI 114
BUKAN DOLAH
ZZZZZZ
KAH KAH KAH
SABRI 114
SEDANG PERHATI
KAH KAH KAH
LAMA LAMA
PERHATI HINGGA
JADI NGANTUK
KAH KAH KAH
SILAP SILAP
JADI PAK LAH
ZZZZZZZ
KAH KAH KAH
MASIH BELUM KEBAL
Hampir 100% populasi dewasa Malaysia lengkap vaksin
KADAR vaksinasi bagi populasi dewasa di Malaysia menghampiri 100 peratus apabila seramai 22,878,955 individu atau 97.7 peratus telah lengkap divaksin, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, dalam tempoh sama sebanyak 98.9 peratus atau 23,164,441 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,764,980 individu atau 87.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,855,467 atau 90.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sementara itu, sejumlah 216,668 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,627 dos pertama, 3,383 dos lengkap dan 210,658 dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 59,033,667 dos dengan 7,570,846 daripadanya adalah dos penggalak.
Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, sebanyak 16 kes kematian direkodkan semalam dengan dua daripadanya adalah kematian di luar hospital.
Daripada keseluruhan 16 kes kematian semalam, sebanyak empat direkodkan di Johor; Sabah (tiga), Kedah dan Selangor masing-masing mencatatkan dua kematian, manakala masing-masing satu kes di Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu. – Bernama, 8 Januari, 2022.
TAHNIAH
BARISAN HADAPAN
AMIN
TAPI 100% VAKSIN
TIDAK MENJANJIKAN
KEKEBALAN
AMIN
WAJIB IKUT
C. U. H
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)
