Isnin, 1 Ogos 2022
SELUAR DALAM TAK PERLU
GUA TAK PAKAI
SELUAR DALAM
TAK PAKAI
JAM TANGAN
KERANA TAK PERLU
AMIN
Unknown commented on
"SUARA TAMRIN"
tidak memakai jam tangan sama seperti tidak bercelana dalam. hanya punk yang tidak memakai jam tangan kerana jam hampir dimana sahaja. alam juga satu jam yang besar. tidak bercelana dalam kamu jawab sendiri mengapa.
BAHAYA BESAR
107 individu terlibat sindiket pemalsuan kad pengenalan ditahan sejak Januari lalu
KUALA LUMPUR – Sejumlah 107 individu ditahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak Januari lalu kerana terlibat sindiket pemalsuan kad pengenalan.
KDN berkata, jumlah itu daripada 317 operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) iaitu 249 operasi penguakuasaan kendalian JPN dan 38 operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain.
“Hasil daripada operasi yang dijadualkan, JPN telah menangkap seramai 107 orang individu.
“Daripada jumlah tersebut, 36 orang individu telah didakwa atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 iaitu 19 orang memiliki kad pengenalan palsu dan 17 orang menggunakan kad pengenalan orang lain.
“Warga asing paling ramai ditangkap adalah berasal dari Filipina iaitu seramai 27 orang,” jelas KDN dalam jawapan lisan yang tidak dijawab di Dewan Rakyat.
KDN dalam pada itu berkata, pihaknya telah mempertingkatkan kualiti MyKad berstruktur baharu seperti memastikan MyKad dibuat daripada bahan polikarbonat sepenuhnya dan telah diuji ketahananya di makmal.
“Cip MyKad Struktur Baharu melalui beberapa peringkat pengujian termasuklah sebelum proses memasukkan cip ke dalam MyKad.
“Turisan laser pada nama, nombor kad pengenalan dan gambar kecil (ghost image) yang tidak membolehkan maklumat dipinda dan sekiranya terdapat pindaan, pindaan tersebut dapat dikesan dengan mudah dan pantas,” jelas KDN lagi. –
PUKEE RAHAH
INI SEMUA
SAMA BAHAYA
MACAM NAJIB
MACAM ROSMAH
MACAM JO LO
AMIN
NANTI
PUKEE RAHAH
AKAN JUAL
KAD PENGENALAN
PADA WARGA
CHINA MERAH
AMIN
KHALAS
BERITA GANJIL WAJIB BACA
3 rakan karib maut, motosikal bertembung kereta
TIGA rakan karib maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta yang dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan lain di Kilometer (KM) 80 Jalan Jerangau-Jabor di Bukit Besi dekat Dungun, semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata Muhammad Hafiqzie Mohd Zukri; Muhammad Salman Faris Samsu; dan Muhammad Faris Haikal Mohd Faizal, kesemuanya berumur 14 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Baharudin berkata polis menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut pada pukul 9.25 malam dan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku setelah sebuah Proton Iswara dari arah Jabor menghala ke Jerangau masuk ke laluan bertentangan untuk memotong sebuah kenderaan lain, namun telah bertembung dengan motosikal Honda EX5 yang dinaiki ketiga-tiga mangsa.
“Akibat kemalangan tersebut, penunggang iaitu Muhammad Faris Haikal dan dua lagi rakannya yang membonceng motosikal berkenaan, maut di tempat kejadian. Mereka difahamkan dalam perjalanan untuk ke kedai makan.
“Pemandu Proton Iswara iaitu seorang lelaki berumur 50 tahun dan penumpang hadapan, seorang wanita berumur 45 tahun serta dua kanak-kanak lelaki berumur enam dan tujuh tahun yang duduk di bahagian penumpang belakang mengalami kecederaan. Mereka kini dirawat di Hospital Dungun,” katanya ketika dihubungi awal pagi tadi.
Menurut Baharudin mayat ketiga-tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besi itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, nenek Muhammad Faris Haikal, Nolida Ismail, 51, ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Dungun di sini, awal pagi ini berkata beliau menerima maklumat mengenai tragedi yang menimpa cucu kesayangannya itu melalui panggilan telefon daripada anak perempuanya yang tinggal di Kuala Terengganu.
“Ketika anak makcik iaitu ibu saudara Faris (Muhammad Faris Haikal) telefon memberitahu ada maklumat yang tular di kumpulan WhatsApp mengenai kemalangan membabitkan tiga ‘budak’ lelaki yang menaiki motosikal EX5 berwarna merah di situ (Bukit Besi). Makcik terus rasa tidak sedap hati kerana Faris baru sahaja keluar menunggang motosikal makcik yang juga jenis EX5 merah. Lagipun mereka bertiga memang selalu bersama ke mana-mana sahaja.
“Jadi makcik terus hubungi telefon bimbit Faris namun, panggilan tidak dijawab. Makcik pun semakin tidak sedap hati dan bergegas ke lokasi yang dimaklumkan. Apabila sampai makcik lihat motosikal makcik berada di situ dan mayat cucu serta rakan-rakannya telah diusung masuk ke dalam kenderaan polis,” katanya.
Nolida berkata beliau berasa sangat sedih kerana telah menjaga Muhammad Faris Haikal yang merupakan anak bongsu daripada 10 beradik, sejak lahir memandangkan kedua-dua ibu bapa remaja berkenaan telah berpisah dan bekerja di luar Terengganu. – Bernama, 1 Ogos, 2022.
AL-FATIHAH
AMIN
SATU MOTO
TIGA KORBAN
AMIN
SATU INGATAN
SATU PELAJARAN
AMIN
Langgan:
Catatan (Atom)




