Jumaat, 23 September 2022
TENGOK GAYA HIDUP DAH CUKUP
TENGOK
GAYA HIDUP
UDAH CUKUP
AMIN
KHALAS
Ricesaffron@gmail.com commented on
"KENAPA CARI KERJA
DI KAMBOJA"
Suruh auditor pricewaterhouse coopers pergi audit semua rumah dari rumah pak menteri hingga rumah jkkk dan penjawat awam dari big boss hingga penguat kuasa dan ustaz ustazah, tengok apa mereka ada dari tanah, rumah , kereta, jam, bag, makan angin, duit simpanan,motor, baju dalam, sepender, stokin, kasut,barang kemas, sekolah anak anak, bini bini,tv tv, radio radio, jenama baju seluar tempat makan, beras dan minyak makan, cili , rempah, spraynyamuk buah buahan baja baja ,
duit hospital insuran, roadtax kedai gunting, jenis kopi,teh, haji,umrah dan macam macam lagi serta tanggungan mereka bulanan, Asset and liarbilites, kemudian gi audit gaji mereka laki bini dari tarih mula kerja hingga saat ini, nanti kita jumpa macam jawapan dan kenapa rakyat Malaysia lari cari kerja di kemboja kalau boleh Audit sekali harta juru audit takut takut juru audit pun salah kira,, tanya sama itu hud hud betul ke salah, duit tepi salah guna kuasa sudah jadi sumber pendapatan dan gaji hanya lah hanyalah duit air ,
12 TAHUN BELAJAR TERAPI !!!
12 TAHUN
BELAJAR TERAPI
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"MERPATI TERBANG LARI KE CERAS"
Spesis burung tak curik hak orang, merpati sama jugak, cari makan dengan kerja keras, adalah satu kemaluan amat besar bagi merpati dikaitkan dengan seorang banduan, kesian burung merpati, kesiannya kalau burung yang bebas selalu dikurung, kah kah kah tetapi merpati tak curik duit, tak tipu, tak bunuh orang tahu kah, kah kah kah
Unknown commented on
"MERPATI TERBANG LARI KE CERAS"
Spesis burung tak curik hak orang, merpati sama jugak, cari makan dengan kerja keras, adalah satu kemaluan amat besar bagi merpati dikaitkan dengan seorang banduan, kesian burung merpati, kesiannya kalau burung yang bebas selalu dikurung, kah kah kah tetapi merpati tak curik duit, tak tipu, tak bunuh orang tahu kah, kah kah kah
Unknown commented on
"KERENAH NAJIB BERJAYA"
Sakit apa pulak sekarang? Pinggang perut mulut otak kepala apa sakit sampai physia woit??? Kah kah belajar dari abang dia lah kot anuar berahi sampai nak bedah di Jerman nak bedah di luar negara konon, kah kah kalau pemimpin negara nak luar negara maka mereka sendiri tidak percaya doktor di negara ini amin kah kah kah
Awaiting moderation
PAK LEBAI AKAN DI LAWAN
PAS mahu lawan Umno di Pahang, Perlis jika bertembung di Terengganu, Kelantan
PAS memberi amaran akan menentang Umno di Pahang dan Perlis jika parti Melayu itu terus berdegil untuk bertembung di Terengganu dan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jentera PAS kini giat memperkemas gerak kerja sebagai persediaan menghadapi senario pertandingan tiga penjuru.
“(Dalam) PRU14 PAS menang dua negeri Kelantan Terengganu, Umno juga menang dua negeri .
“Kalau mereka terus isytihar lawan PAS di Terengganu dan Kelantan, insya-Allah kita akan lawan mereka di Pahang dan Perlis,” katanya di Kuala Terengganu malam tadi.
Mengulas lanjut, menteri alam sekitar dan air itu berkata PAS tidak pernah takut berlawan dengan Umno namun pertembungan kali ini tidak menguntungkan mana-mana pihak.
“... Tapi kita tak nak menang jadi abu, kalah jadi arang. Kita tak nak menang lawan tapi akhirnya negara kita tergadai, kekuatan kita tergadai,” katanya.
PAS juga kini masih menawarkan kerjasama dengan Umno, kata Tuan Ibrahim dalam ucapan sewaktu perasmian pelancaran jentera PRU15, di Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus.
Dalam acara sama, Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor turut menegaskan PAS tidak pernah gentar untuk bertembung dengan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.
Menteri besar Kedah itu berkata, PAS mahu meneruskan kerjasama biarpun pernah mempunyai sejarah hitam dengan Umno atas agenda penyatuan ummah dan perpaduan parti Melayu dan Islam.
Namun beliau membayangkan kerjasama itu kini agak mustahil dan menegaskan PAS sudah bersedia menyahut cabaran Umno untuk berlawan.
“Umno kata kita tidak boleh lawan mereka depan-depan. Tapi kita 60 tahun kita lawan, enam hari sahaja berkawan.
“Tapi kenapa Umno nak kelahi? Hari-hari buat kenyataan PAS berkubur, PAS terhegeh-hegeh.”
Tambahnya, PAS sanggup mengorbankan perasaan selepas terluka sepanjang 60 tahun ditindas Umno dan Barisan Nasional, termasuk kematian anggota mereka dalam peristiwa Memali.
“Sampaikan ada orang kita yang mati syahid, peristiwa Memali di Baling, semua itu kita padam.
“Tapi saya katakan di sini kalau anda nak kawan datanglah tapi kalau anda nak lawan, anda tunggulah,” katanya di acara yang dihadiri ribuan pengunjung itu.
Dalam ucapannya, Sanusi turut membidas Umno yang dilihatnya semakin tamak selepas naib presidennya Ismail Sabri Yaakob dilanttik menjadi perdana menteri kesembilan tahun lalu.
Sikap itu berbeza dengan PAS yang menurutnya tidak pernah menggunakan wang kerajaan untuk kepentingan parti.
“PAS masuk PRU sebagai medan jihad. Kerana itu PAS selama mana dalam kerajaan kita tak ambil duit itu untuk parti kita.
“Berbeza dengan Umno, nak masuk PRU kena rompak dulu, saya tahu ia berlaku sekarang ini,” katanya,
Sanusi seterusnya meminta ahli parti bersedia sekiranya PAS membuat keputusan muktamad untuk berlawan dengan Umno dalam PRU15.
Tawaran PAS untuk meneruskan kerjasama ditolak Umno atas alasan pertembungan itu akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).
Umno mengumumkan tidak akan meneruskan rundingan dengan PAS kerana hubungan parti Islam itu dengan Bersatu yang mahu menghancurkan parti Melayu tersebut.
PAS pada bulan lalu masih berharap dapat bekerjasama dengan Umno untuk menyelamatkan 27 kerusi yang berisiko dirampas PH.
Dalam muktamar PAS pada awal bulan ini, parti itu turut meluluskan usul menyatukan parti politik teras Melayu supaya tidak berlaku perpecahan undi dan menolak kerjasama dengan PH.
Selain menguasai Kelantan dan Terengganu dalam PRU14, PAS turut berjaya mengambil alih Kedah pada Mei 2020 selepas melalui gabungan Perikatan Nasional bersama wakil rakyat Bersatu dan Umno. – 23 September, 2022.
RAJA ZALIM KITA LAWAN
Rasuah antara punca rakyat tidak dapat khidmat sepatutnya, titah Sultan Nazrin
GEJALA rasuah menjadi antara punca rakyat tidak mendapat perkhidmatan, pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketirisan khazanah negara, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah rasuah juga mengakibatkan pembangunan tidak lestari, pencemaran alam sekitar, membantutkan pertumbuhan ekonomi, menghilangkan minat pelabur asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga serta mendorong berlakunya ketidakstabilan politik.
“Banyak negara dianugerahi rahmat Ilahi dengan pelbagai sumber kekayaan, tetapi kerana rasuah ada yang terbenam dalam kemelut kemunduran dan tertimbus dalam lumpur kemiskinan. Kekayaan negara disalah guna - hasil mahsul lesap.
“Akibatnya, kemunduran terus melanda, kemiskinan terus merebak. Apabila tidak ada kesungguhan untuk membanteras rasuah, perlakuan rasuah akan tumbuh melebar…lalu diterima sebagai norma dan meresap menjadi budaya, akhirnya memusnahkan sesebuah negara bangsa,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada majlis pelancaran buku ‘Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu; Perlunya Disegerakan Transformasi Moral Etika’ hasil tulisan Profesor Emeritus Dr Mohd Kamal Hassan di Shah Alam hari ini.
Sultan Nazrin bertitah rasuah ialah penyakit dalam masyarakat yang bersifat barah, yang menjalar sedikit demi sedikit, merosakkan satu persatu organ organisasi sehingga akhirnya melumpuhkan organisasi dan membawa maut jika dibiarkan merebak tanpa disegerakan rawatan kemoterapi.
Titah baginda, daripada 180 negara yang dilaksanakan penilaian oleh Transparency International, Malaysia jatuh daripada kedudukan ke-57 dengan skor 52 pada 2020, ke kedudukan ke-62 mencatat skor 48 pada tahun lepas dan kini Malaysia dikelompokkan dalam kumpulan dua pertiga negara yang mencapai skor di bawah 50.
“Oleh yang demikian, kita tidak boleh memandang ringan, bersifat leka, memilih melakukan penafian, memikirkan segala justifikasi - bersilat dengan segala helah mahu menidakkan kewujudan ‘gajah’ rasuah di hadapan mata,” titah baginda.
Sultan Nazrin menegaskan masyarakat wajib bersifat berani mengakui realiti bahawa amalan rasuah sedang berlaku pada skala yang membahayakan berdasarkan teguran berulang kali yang terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara dan pelbagai penemuan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
“Bilangan aduan serta rungutan yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, subjek yang terkandung dalam surat layang, berita yang terpapar dalam media dan isu yang diuar-uarkan dalam media sosial, hendaklah dijadikan cermin serta dianggap petunjuk kepada situasi rasuah yang berlaku.
“Malah jalan raya berlopak, longkang tersumbat, bangunan runtuh, bumbung bocor, pencemaran alam, penerokaan haram, rumput dan taman yang tidak terurus, masing-masing mempunyai bahasa tersendiri, menyampaikan mesej akan standard tadbir urus yang sedang berlaku,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah hari ini lebih ramai manusia yang disesatkan dengan kuasa dan kekayaan tanpa sedar dan malu akan kebarangkalian tergelincir melakukan perbuatan berunsur syirik kerana sanggup mengabdikan diri menjadi hamba kepada wang, kuasa, pangkat dan jawatan sehingga mendewakan manusia lain.
Baginda juga mengingatkan bahawa sumber kuasa yang diperoleh melalui sogokan belum terjamin dikembari dengan kesetiaan dan sifat sebenar manusia akan terserlah ketika mendapat jawatan, kuasa serta kekayaan dengan tidak lagi mengotakan janji selain menjelmanya sifat sombong dan bongkak.
Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah dalam usaha melakukan yang makruf dan menentang yang mungkar, jangan sama sekali berputus asa berdoa memohon petunjuk dan kekuatan daripada Ilahi, justeru baginda menitahkan khutbah pada setiap solat Jumaat di negeri Perak dilengkapkan dua doa.
“Pertama: Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Jadikanlah kami antara hamba-Mu yang memelihara amanah. Kuatkan iman kami agar menjauhi perbuatan khianat seperti salah guna harta benda bukan milik kami, memberi atau menerima rasuah, menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri, serta jauhkan kami termasuk dalam golongan yang mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
“Kedua: Ya Malikul Mulk! Jauhi negara kami daripada kehancuran disebabkan perbuatan rasuah; serahkan tanggungjawab pimpinan dan pengurusan negara kami kepada kalangan hamba-Mu yang amanah dan ikhlas, serta tegas lagi berani menegakkan kebenaran dan melaksanakan keadilan berlandaskan hukum,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah bahawa negara juga memerlukan lebih ramai murabbi (pendidik) untuk tampil ke hadapan secara berani menggemakan mesej memerangi rasuah kerana golongan ini mempunyai peranan yang amat penting untuk mendidik dan menyuburkan kesedaran kerohanian serta moral.
Mengenai pelancaran buku hari ini, Sultan Nazrin bertitah bahawa pendekatan penulis, Dr Mohd Kamal merupakan pendekatan baharu di luar kotak budaya bangsa melalui pemilihan dua kata kunci iaitu korupsi serta kemunafikan dan mengaitkannya dengan politik Melayu sebagai tajuk buku dan kandungan buku ini amat perlu disebarkan mesejnya ke setiap tempat dalam bahasa yang mudah difahami.– Bernama, 22 September, 2022.
INI CONTOH
RAJA BERILMU
AMIN
RAJA ZALIM
KITA LAWAN
AMIN
RAJA BERILMU
KITA HORMAT
KITA DENGAR
KITA BELAJAR
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)




