Selasa, 27 Disember 2022

PUTERI UMNO TIDAK FAHAM



Tidak tanding presiden, timbalan cadangan membodek, kata Puteri Umno Ledang

CADANGAN supaya dua jawatan tertinggi Umno iaitu presiden dan timbalannya tidak dipertandingkan tidak mewakili suara seluruh ahli parti, kata Ketua Puteri Umno Ledang Nadhirah Afiqah.

Cadangan itu sebaliknya hanyalah usaha membodek kepimpinan tertinggi parti, katanya.

“Kenyataan yang dikeluarkan ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu tindakan membodek kepimpinan tertinggi Umno.

“(Ia) ternyata bukanlah pendirian lebih 3 juta ahli Umno di seluruh negara yang mahu melihat demokrasi dalam Umno dihidup dan disuburkan semula selepas penangguhan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan sebelum ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Nadhirah, pemilihan Umno sebelum ini ditangguhkan untuk mengelak parti berpecah menjelang PRU15.

“Justeru usai PRU15 seharusnya proses demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan Umno ini dihormati dan dipatuhi,” tambahnya.

Malah beliau melihat cadangan jawatan presiden tidak dipertandingan hanya memperlekehkan kebolehan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berjaya membawa parti jadi sebahagian daripada kerajaan walaupun hanya menang 26 kerusi pada pilihan raya umum lepas.

Nadhirah mengulas ura-ura ada usul akan dibawa ke Perhimpunan Agung Umno bulan depan agar beberapa jawatan utama tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang perlu diadakan sebelum pertengahan tahun.

Awal hari ini, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pucuk pimpinan parti belum lagi memutuskan kedudukan jawatan presiden dan timbalan presiden sama ada dipertandingkan atau tidak.

Katanya, perkara itu akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno yang akan bermesyuarat pada 12 Januari ini.

Cadangan tiada pertandingan itu mula dilontarkan awal bulan ini oleh Ketua Umno Beruas Azhar Ahmad sebelum disambut oleh Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunus.

Azhar memberi alasan Ahmad Zahid dan timbalannya Mohamad Hasan kini sudah menjadi menteri dalam kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kedudukan mereka dalam parti tidak perlu digugat.

Jamal pula berpendapat Umno masih rapuh dan tidak stabil, yang dikhuatiri akan lebih parah sekiranya ada pertandingan jawatan parti.

Minggu lalu, Timbalan Ketua Umno Pasir Salak Khairul Azwan Harun pula mencadangkan supaya Ahmad Zahid dikekalkan sebagai presiden Umno bagi menjayakan gandingan kepimpinan tertinggi kerajaan perpaduan.

Veteran Umno Mohamed Nazri Aziz bagaimanapun berpandangan Umno akan jadi parti tidak demokratik sekiranya pertandingan jawatan parti tidak dibuka.

“Kita sepatutnya bergerak ke depan bukan ke belakang dengan cadangan-cadangan lapuk yang langsung tidak menggambarkan Umno sebuah parti yang menjunjung amalan demokrasi.

“Sekiranya benar ada usaha untuk menghalang pemilihan jawatan tertentu dalam parti nampaknya Umno semakin hilang arah dan identiti perjuangan,” katanya kepada Astro Awani.

Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas malah menyifatkan cadangan itu satu lagi episod hitam Umno selepas prestasi buruk pada PRU15. – 26 Disember, 2022.


WOIT

JELAS PUTERI

TIDAK FAHAM

AMIN

TAK LAWAN ZAHID

BUKAN BODEK

AMIN

TAK LAWAN ZAHID

ADA AGENDA BESAR

AGENDA  NEGARA

AMIN

KALAU ZAHID

KALAH KERAJAAN

PMX RUNTUH

AMIN

BARISAN AKAN

KELUAR  DASAR

NO DAP NO ANWAR

 AMIN

SEKALI LAGI

NEGARA KACAU

KAH KAH KAH

KHALAS


MALAPETAKA SAJLI MELANGGAR AMERIKA


MALAPETAKA

SALJI MELANGGAR

AMERIKA

AMIN

BABI HUTAN NAIK HARGA


BABI HUTAN

NAIK HARGA

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "AGAMA ITU DUIT"

setakat ni gua belum pernah dengar orang kata harga babi mahal... maka .. nak dengar lepas ni menteri cakap kalau ayam mahal..makan babi..

OXSIGEN TAK MASUK KE KEPALA

 




BENARKAN

OXSIGEN MASUK

KE DALAM KEPALA

KHALAS

Unknown commented on 

"MALAM KUDUS"

Selamat Hari Natal, Merry Christmas TT, Apabila banyak berjalan luar dari kampung persekitaran biasa,. banyak pengalaman manis, yang pasti TT melalui banyak pengalaman hidup dunia, menjadi lebih terbuka, open mind, banyak perkara lah, nasib baik lagi kalau kepala tidak bungkus, oksigen tak masuk menjadi parah, kes macam ini teruk amat di pantai timur, kan banyak wayang kulit sebelah sana, masyarakat susah nak fikir logik, walau berpuluh tahun, kalah ayat ayat patah kebangkitan melawan kedayusan ularmak yang pimpin negeri sampai sekarang, kah kah kah minum jus anggur nikmati kehidupan sekarang dan.bukan selepas mati Amin kah kah kah

TIGA HARI KE 2023


LAGI TIGA HARI

SELASA 27/12/2022
LAGI TIGA HARI 2023 SAMPAI
AMIN

KITA ADA TIGA TAHUN
UNTUK MELAKUKAN 
PERUBAHAN CUACA
JIKA UMAT MANUSIA GAGAL
MERENDAHKAN 2C
SUHU DUNIA MAKA
KITA TIDAK ADA JALAN PULANG

DUNIA AKAN TERUS PANAS
SABAN TAHUN
BANJIR KEMARAU SALJI
TANAH RUNTUH
PANEN GAGAL 
POKOK MATI
OXSIGEN KURANG
CARBON MENINGGI
AMIN

AMERIKA
RIBUT TAUFAN SALJI
MEMANGGIL MAUT 25 WARGA
DI BUFALLO

RIBUAN TERPUTUS LETERIK
RIBUAN TERSANGKUT
DI JALAN RAYA
RIBUAN TERSANGKUT
DI LAPANGAN TERBANG

INI BELUM PERNAH BERLAKU
INI BUKTI
MALAPETAKA CUACA
AMIN

UKRAINE
9 JUTA WARGA UKRAINE
TANPA LETERIK
TANPA AIR
KETIKA MUSIM SALJI

8 JUTA WARGA UKRAINE
TELAH MENJADI PELARIAN PERANG
POLAND DAH TAK SUNNGUP
MENERIMA LEBIH DARI
1 JUTA WARGA UKRAINE

RUSIA
PUTIN BUAT KENYATAAN
RUSIA MAHU BERDAMAI
TAPI ZELENSKY MAHU
MEMANJANGKAN PERANG
DAN MENJEMPUT
AMERIKA DAN NATO
MASUK SAMA
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
KELAMRIN TAK HUJAN
DERAMAN KERETA
MULA DI DENGAR DARI
KL SENTRAL

JANTAN SAYU SAYU BERKOKOK
PIPIT BERTERBANGAN
TERKUKUR BERLAGU

GUA RASA 
HARI INI AKAN PANAS
SEPERTI KELMARIN
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DAN GEMBIRA
KITA DILAHIRKAN
SEKALI LAGI PAGI INI

BRO
LU JANGAN TAKUT LAMBAT
LU WAJIB TAKUT
BERHENTI

BRO
DALAM HIDUP INI
JIKA LU FLEKSIBAL DAN LEMBUT
LU AKAN JADI SANGAT KUAT
MENGHADAPI KEHIDUPAN

BRO
LU TIDAK DAPAT MENGENDALIKAN
 HASILNYA
TAPI LU BOLEH MENGENDALIKAN
TINDAKAN LU

BRO
MENJADI BAHAGIA
BUKAN BERMAKNA SEMUANYA
SEMPURNA
LU HANYA MELIHAT
DAN MELAMPAUI
KETIDAK SEMPURNAAN

BRO
KITA SEMUA MAHU DAMAI
PERTENGKARAN BERMULA
BILA .... PADA PENDAPAT AKU...

BRO
PENCAPAIAN ADALAH DELUSI
KEGAGALAN IALAH
PENCERAHAN

BRO
SAPA YANG BENAR
SAPA YANG SALAH
HANYA DARI SUDUT PANDANGAN
BERBEZA

BRO
ILUASI  MENJADIKAN
PANDANGAN LU TAK STABIL
LU WAJIB TAHU
ILUSI ARTINYA PIKIRAN
YANG SELALU DIKENDALIKAN
OLEH SITUASI

BRO
LU AKAN MERASA KEHILANGAN
 DARI
APA YANG LU GENGGAM

BRO
MENGENAL ORANG LAIN
TANDA BIJAK
MENGENAL DIRI SENDRI
ADALAH KEBIJAKSANAAN SEJATI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
TAHUN 2023

Isnin, 26 Disember 2022

PERANG UKRAINE BERDAMAI ???


DAMAI ??

PERANG UKRAINE

AKAN BERDAMAI

KHALAS