Khamis, 30 Mac 2023

SAH TOK ARAB KENCING ANWAR


SAH ADA

JEMPUTAN RESMI

AMIN

DI JEMPUT UNTUK

DI KENCING ATAU

ADA SABOTAJ

KHALAS

ANWAAR AKAN BEBASKAN NAJIB ?



ANWAR AKAN

BEBASKAN NAJIB ?

KHALAS

Unknown commented on 
"KES BARU - PASTIKAN NAJIB
 TERUS DI KAJANG"

Bro tt...lu pikir najib kekal ke kt kajang...dia punya xtpm pun dah boleh terbang mana mana saja...lu kena ingat dan insafi diri yg ni negara malaysia...undang undang boleh padam oooo...lu jgn main main..kah kah kah

TIK TOK MALAIKAT BARU IKUT KAMU



TIK TOK

MALAIKAT BARU

IKUT KAMU

AMIN

AGENDA PERANG


Kes mahkamah Muhyiddin, Hadi antara isu PRN, kata pembangkang Terengganu


KES mahkamah dihadapi pemimpin PN, retorik kaum dan agama serta kos sara hidup bakal melatari kempen pilihan raya negeri di Terengganu kelak, kata pemimpin muda pembangkang di sini.

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Umno Barisan Nasional (BN) ini menjangka boleh memberi kelebihan dan juga cabaran kepada mereka untuk meraih sokongan pengundi dalam kempen kelak.

Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Mohamad Zamir Ghazali menjangkakan isu pendakwaan juga termasuk petisyen membatalkan kemenangan di kerusi utama pemimpin PAS.

Kes kerusi presiden PAS Abdul Hadi Awang di Marang serta satu lagi kerusi, Kuala Terengganu yang kini dibicarakan mahkamah boleh memberi kelebihan kepada PH dan Umno, katanya.


Pengundi akan berubah jika kemenangan PAS dalam PRU15 dibatalkan kerana kesalahan membeli undi dan pemimpin Bersatu yang berdepan kes penyelewengan diputuskan bersalah, katanya.

Mohamad Zamir menjangka peralihan ini mungkin ditunjukkan golongan pengundi muda atau peringkat umur pertengahan yang mengundi PN dalam PRU15.

Pemilih ini mengundi PN kerana percaya dengan mesej gabungan parti itu yang kononnya bersih dan tidak mengamalkan rasuah, katanya.

Katanya, paling utama pendakwaan bagi tuduhan penyelewengan ke atas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan juga ke atas ketua penerangannya Wan Saiful Wan Jan.

“Pendakwaan itu akan menyebabkan rakyat akan fikir banyak kali, jadi mungkin undi itu akan berpecah.

“Yang kedua, petisyen Parlimen Kuala Terengganu dan Marang (untuk membatalkan kemenangan PAS).

“Ia akan menjadi duluan perubahan peralihan sokongan pengundi untuk PRN dalam konteks Terengganu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Mengulas lanjut, Zamir turut menjangkakan retorik perkauman agama akan menjadi isu hangat dalam PRN yang akan cuba dimainkan PN.

Beliau berkata ia sudah menjadi cabaran terbesar buat PH terutama di Terengganu untuk menangkis persepsi tersebut yang menyebabkan mereka tewas dalam PRU15 di negeri itu.

Katanya, beliau menjangka PN akan menimbulkan isu tersebut untuk menguasai undi golongan lebih muda di saluran 4, 5, dan 6

“Mereka akan main sentimen perkauman agama sebab terbukti mainan isu ini dalam PRU lepas menyebabkan PH kalah teruk begitu juga BN di Terengganu.

“Jadi ia merupakan satu kewajipan dan cabaran besar kepada PH  khusus Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menonjolkan sisi kejayaan mengurus isu berbangkit yang ada sekarang ini.

“Seperti contoh isu lawatan ke gereja, isu perarakan LGBT kalau kerajaan dapat urus dengan baik insya Allah isu ini tidak dapat digunakan sebagai modal PRU,” kata Zamir.

Tambahnya begitu juga dengan isu kos sara hidup yang turut menjadi isu penting dan kritikal yang perlu diuruskan dengan baik oleh kerajaan pusat.

Peningkatan kos sara hidup dan harga barang berterusan akan mengundang kekecewaan kepada rakyat dan memberi kesan kesan dalam sokongan pengundi dalam PRN.

“Kerana itu kerajaan pusat kena memastikan keberkesanan dalam program bantuan menghadapi isu kos sara hidup dan peningkatan harga makanan.

“Jika tidak ia sudah tentu menjadi cabaran terbesar buat PH dalam PRN,” kata Zamir.

Beliau berkata bagi PAS sudah tentulah akan menguar-uarkan kejayaan mereka memberi pelbagai bentuk program bantuan kerajaan negeri kepada rakyat Terengganu.

Ketua Pemuda Umno Terengganu Tengku Haphiz Tengku Putera sependapat dengannya dan menambah, usaha dilakukan untuk menonjolkan prestasi kerajaan PH dan BN.

“Yang penting kita kena tunjuk kredibiliti baik Umno atau PH ini nak tawarkan sebagai kerajaan negeri. Mereka boleh menilai sepanjang beberapa bulan jadi kita jadi kerajaan,” katanya.

Beliau juga menjangka BN akan dapat berdepan cabaran dengan isu kos sara hidup namun percaya tindakan dilaksana kerajaan pada waktu ini dapat membantu rakyat.

“Seperti contoh bantuan banjir, kerajaan sudah selesai sebahagian besar pengagihan bantuan ini yang menunjukkan ini adalah isu rakyat yang kita dapat selesaikan dengan segera.

“Begitu juga dengan isu kos sara hidup, kerajaan hari ini telah membuat komitmen lebih awal dengan melancarkan inisiatif seperti menu rahmah, sumbangan tunai rahmah.

“Ini semua sudah dilakukan kerajaan lebih awal,” katanya yang menambah kaitan peningkatan kos sara hidup dan harga barang dengan inflasi sudah dijelaskan kerajaan.

Isu retorik kaum dan agama pula tidak menjadi masalah dalam PH dan BN dengan penubuhan Majlis Pimpinan Sekretariat yang menetapkan komitmen menjaga dari menimbulkan isu ini.

“Juga perjanjian memorandum pemuafakatan kerajaan perpaduan bersama PH juga menunjukkan komitmen awal kita dalam menjaga isu-isu seperti ini.

“Bila ada perjanjian ini kita dah ada persefahaman dengan DAP supaya jangan sentuh hak orang Melayu dan Islam.

“Setakat ini tidak semua pihak faham dan hormati perjanjian. Juga Umno walaupun dalam kerajaan Perpaduan tapi tidak pernah larut dalam memperjuangkan hak orang Melayu,” katanya.

Enam negeri mencapai kata sepakat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun depan dan seterusnya memberi laluan kepada PRN

Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat bersama antara menteri besar dan ketua menteri enam negeri tersebut yang diadakan pada bulan lalu. – 30 Mac, 2023.

AGENDA PERANG

TELAH DI ATUR

AMIN

HANYA TUNGGU

SEMBOYAN

AMIN

PRU14 KES

1MDB NAJIB

AMIN

PRN KALI INI

KES RASUAH ABAH

AMIN

KHALAS

POLITIK TIK TOK




TikTok mampu guling kerajaan?


APABILA lesen televisyen dan radio dimansuhkan dalam dekad terakhir alaf lalu, tiada lagi pegawai kerajaan turun ke kampung-kampung untuk menyelidik rancangan kegemaran penduduk.

Pegawai dari Jabatan Penerangan ini lazimnya masuk ke segenap ceruk kampung untuk bertanya mengenai sebab pendengar dan penonton meminati sesuatu program.

Pegawai ini juga mahu pemegang lesen menerima siaran ini menyatakan kekerapan mereka menonton TV dan mendengar radio selain tempoh masa dihabiskan untuk mengikuti program.

Hasilnya diolah menjadi rajah dan rumusan yang memberitahu pembuat dasar mengenai rancangan diminati dan juga yang ditolak penonton serta pendengar.

Ia juga dapat memberi gambaran sama ada penonton dan pendengar masih dapat menerima propaganda kerajaan – atau lebih pop dengan istilah naratif pada masa ini.

Selain akhbar, saluran TV dan radio masih menjadi medium penting pada waktu itu untuk mengolah pendapat umum, yang turut bermaksud mempengaruhi undi sewaktu pilihan raya.

Responden dikenalpasti Jabatan Penerangan dari daftar lesen yang dikeluarkan. Bayaran lesen ini pula disalurkan untuk membiaya penerbitan program dan operasi stesen serta pemancar.

Sewaktu peralihan ke alaf baharu itu juga kita diperkenalkan dengan perkhidmatan televisyen berbayar. Beberapa penyedia bertapak dan kini Astro memonopoli arena ini.

Siaran digital tidak lagi memerlukan para pegawai turun menyelidik penggunanya secara berkala kerana sikap penonton dan pendengar ini dapat diperhatikan secara langsung.

Pada setiap masa, petugas di stesen ini dapat melihat berapa ramai penonton mengikuti sesuatu rancangan, dan berapa lama penonton tersebut bertahan di satu-satu saluran.

Petugas ini juga dapat tahu saluran mana menjadi alternatif sekiranya penonton ini hilang minat, dan juga program kegemaran di setiap akaun pengguna.

Sikap ditunjukkan penonton ini memberi pedoman kepada pengusaha stesen untuk mengeluarkan kandungan yang menepati citarasa dan mengekalkan pelanggan mereka.

Tidak kira kandungan agama atau hiburan, mekanisme ini membolehkan kandungan dapat dirancang untuk terus membuatkan pelanggan ketagihan.

Tentulah ramai juga pelanggan yang lari kerana mutu siaran, kandungan, kos dan hal lain.

Namun dengan algoritma lebih cekap, dan dibantu pula dengan kecerdasan buatan, kandungan yang lebih memikat dapat disediakan secara langsung kepada pengguna.

Inilah yang ditawarkan TikTok, platform media sosial yang memberi saingan kepada Facebook dan Instagram pada waktu ini, dan menjadi kebimbangan kuasa besar Amerika Syarikat.

Negara itu berpengalaman menghadapi serangan Cambridge Analytica, satu firma yang menggunakan algoritma Facebook sebagai senjata untuk mengubah pilihan rakyatnya di peti undi.

Pegawai tertinggi TikTok dipanggil menghadap senat AS selepas pelantar itu merampas ramai pelanggan Facebook dan Instagram – yang kini mula dipanggil media sosial tradisional.

CEO TikTok Chew Shou Zi sewaktu memberi keterangan menafikan aplikasi itu berkongsi data dengan Parti Komunis China, atau mempunyai sebarang kaitan dengan parti pemerintah itu.

Beliau juga ditanya sekiranya benar Parti Komunis China dapat menguasai rangkaian peranti elektronik isi rumah melalui TikTok. Ini dinafikannya.

Penguasaan TikTok, pelantar yang diusahakan firma Bytedance dari China ini disebut pegawai tinggi AS sebagai ancaman kepada keselamatan negara itu.

Ketua agensi keselamatan siber AS Rob Joyce dilaporkan berkata, TikTok menjadi ancaman strategik kepada negara – seperti kuda Trojan dalam mitos Greek purba.

Beliau mendakwa China mampu menggunakan TikTok untuk mengawal jenis maklumat yang boleh diterima rakyat AS, dan menapis perkara yang memburukkan kerajaan China.

Badan siasatan AS juga memberi amaran TikTok yang menguasai 150 juta pengguna di negara tersebut mampu digunakan untuk melancarkan serangan melalui kempen mengolah pendapat.

Secara ringkasnya, AS yang berpengalaman luas menggulingkan pelbagai bentuk kerajaan di atas muka bumi kini bimbang China mampu melakukan perkara sama ke atasnya dengan TikTok.

Presiden AS nampaknya sedia memperkenal undang-undang baharu untuk mengharamkan TikTok dan teknologi dari luar negara yang disangka sebagai ancaman kepada keselamatan negaranya.

Pengharaman ini langkah paling mudah untuk memastikan rakyatnya hanya menggunakan media sosial buatan dalam negara.

Tentulah banyak juga pelaburan strategik AS dalam Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram. Firma itu meraih pelaburan paling besar di dunia dalam tawaran saham lebih sedekad lalu.

Facebook masih lagi menjadi media sosial paling popular dengan lebih 2.96 bilion pengguna seluruh dunia, sepertiga daripadanya pengguna aktif setiap hari.

Namun angka itu tidak lagi berkembang.

Kebimbangan dan kempen memburuk-burukkan TikTok di peringkat pentadbiran tertinggi AS berlangsung ketika Facebook menghadapi tahun paling teruk.

Harga sahamnya merudum ke paras paling rendah sejak tahun lalu ketika pemadat media sosial negara tersebut semakin meminati TikTok yang lebih mengujakan.

Sebaik membuka aplikasi TikTok, pengguna dihujani dengan pelbagai video. Sekiranya pengguna itu meminati ceramah agama, pantas sahaja akaun TikTok mereka dipenuhi kandungan sedemikian.

Pengguna ini tetap dapat mengikuti ceramah di aplikasi tersebut walaupun penyampai itu tidak mendapat tauliah mengajar agama di surau berhampiran rumah mereka, sebagai contoh.

Dalam negara pula, kita mendengar pemimpin PH dan BN mengeluh mengenai pengaruh lawan mereka yang lebih luas di TikTok sewaktu kempen PRU15 lalu.

Pengaruh itu membolehkan PAS, Bersatu dan sekutunya menguasai kerusi parlimen di lima negeri dan mendabik dada dengan sokongan pengundi Melayu luar bandar.

Kita juga mendengar mengenai momok seperti 13 Mei diratib hantu tertentu di TikTok sewaktu kempen pilihan raya itu.

Adakah PH dan BN masih ketinggalan di TikTok yang menjadi lubuk pengundi baharu sewaktu pilihan raya di enam negeri makin hampir?

Adakah kerajaan perpaduan mahu mengikut langkah AS yang cenderung mengharamkan TikTok?

Dan sejauh mana benarnya TikTok berupaya digunakan untuk mengolah pendapat umum dan menumbangkan kerajaan? Adakah data empiris yang boleh menyokong dakwaan ini?

WOIT

INI POLITIK BARU

INI MEDIUM BARU

AMIN

CARA PROPAGANDA

TERBARU TERKINI

SAPA BIJAK

DIA MENANG

AMIN

BUKAN SALAH

BUKAN BENAR

 TAPI

LAWAK UNTUK

DI LIHAT

AMIN

KHALAS

INDONESIA ANTI ZIONIS ISRAEL


Fifa lucut hak Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20


Indonesia telah dilucutkan hak untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 tahun, kata Fifa pada Rabu. 

Keputusan untuk menghentikan Indonesia daripada menganjurkan kejohanan itu pada 20 Mei-11 Jun depan diambil selepas Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) berkata ia membatalkan undian kerana gabenor Bali yang sebahagian besarnya beragama Hindu meminta Israel disingkirkan.

“Fifa memutuskan, berdasarkan keadaan semasa, untuk menyingkirkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 Fifa 2023,” menurut kenyataan Fifa. 

"Tuan rumah baharu akan diumumkan secepat mungkin, dengan tarikh kejohanan pada masa ini kekal tidak berubah. Potensi sekatan terhadap PSSI juga mungkin diputuskan pada peringkat seterusnya."

Badan induk bola sepak dunia itu menambah bahawa keputusan tersebut diambil berikutan pertemuan antara presidennya Gianni Infantino dan pengerusi PSSI Erick Thohir.

Setakat ini, PSSI belum mengeluarkan kenyataan balas.

Bagaimanapun, dalam temu bual langsung dengan KompasTV kurang 30 minit sebelum pengumuman Fifa, ahli jawatankuasa eksekutif PSSI Arya Sinulingga berkata beliau "sangat pesimis" mengenai isu penganjuran Piala Dunia. 

"Jika kita membuat keperluan politik dalam sukan, ia akan sentiasa seperti ini. Kita akan dibuang daripada ekosistem bola sepak," katanya. 

"Ia sangat sukar untuk kita semua. Kita sedang menuju ke arah malapetaka dalam sukan. 

"Kami perlu memisahkan bola sepak atau sukan dan politik." 

Penunjuk perasaan berarak di Jakarta bulan ini mengibarkan bendera Indonesia dan Palestin dan menuntut Israel tidak dibenarkan menyertai kejohanan itu. 

Penduduk Indonesia kebanyakannya beragama Islam. 

Kebanyakan umat Islam Indonesia mengamalkan Islam sederhana, tetapi terdapat peningkatan dalam konservatisme agama dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang menyerap ke dalam politik.

Awal minggu ini, PSSI berkata kehilangan hak menjadi tuan rumah akan menjejaskan peluang pasukan bola sepak Indonesia untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Fifa yang lain, manakala kerugian ekonomi akan mencecah "trilion rupiah". 

Fifa berkata pada Rabu bahawa ia komited untuk membantu PSSI susulan tragedi rempuhan tahun lepas yang menyebabkan kematian 135 penonton di sebuah stadium di Jawa Timur. 

“Ahli pasukan Fifa akan terus hadir di Indonesia dalam beberapa bulan akan datang dan akan memberikan bantuan yang diperlukan kepada PSSI, di bawah pimpinan presiden Thohir,” kata Fifa dalam kenyataan itu. 

"Pertemuan baharu antara presiden Fifa dan presiden PSSI untuk perbincangan lanjut akan dijadualkan tidak lama lagi." 

Sebagai tuan rumah, Indonesia layak secara automatik ke Piala Dunia B-20. Pasukan itu tidak pernah bermain dalam kejohanan itu sejak 1979.

SALUT

TAHNIAH

TEGUH

BERANI LAWAN

ZIONIS ISRAEL

AMIN

BUKAN MACAM

TOK ARAB

CAKAP LAIN

BUAT LAIN

AMIN

KHALAS