Rabu, 6 September 2023

JAWAPAN JUJUR DARI ANWAR IBRAHIM


Kes Zahid: Saya tidak campur tangan, kata Anwar

ANWAR Ibrahim menegaskan beliau tidak campur tangan berhubung keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) d Zahid  daripada semua 47 pertuduhan dihadapinya.

Perdana menteri berkata peguam negara mempunyai kuasa sepenuhnya dalam mengendalikan kes tersebut.

“Jaksa agung (peguam negara) ada wewenang (kuasa) sepenuhnya dan diberikan alasan-alasan. Saya berikan wewenang kepada jaksa agung, kerana dia bicara tentang 200 halaman permohonan baharu oleh Zahid.

“...ini keputusan jaksa agung jadi saya tidak campur,” katanya apabila ditanya media tempatan mengenai isu tersebut selepas Program Temu Anwar di Jakarta malam tadi.

Ketika ditanya sama ada keputusan tersebut akan memberi persepsi tidak baik terhadap kerajaan, Anwar berkata ia tidak menjejaskan kredibiliti kerajaan dan menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya yang keras membanteras rasuah.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.

Ahmad Zahid sebelum ini menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), sebagai asas pertimbangan supaya pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Surat representasi pertama dikemukakan pada Januari lepas manakala yang terbaru lengkap dengan fakta dan bukti baharu dihantar kepada AGC pada Februari. – Bernama, 5 September, 2023.


INI JAWAPAN

JUJUR DARI

PEMIMPIN ISLAM

YANG WARAK

YANG BOLEH IMAM

AMIN 

TAK PERLU

MASUK MASJID

TAK PERLU

 BERSUMPAH 

LAKNAT

AMIN 

KHALAS

ZAID NAK BUAT DEMO ANTI ZAHID



ZAID NAK BUAT

DEMO ANTI ZAHID

AMIN

BETUL KE ?

JENG JENG JENG

KHALAS

NASEHAT PAGI RABU



NASEHAT 

PAGI RABU

AMIN

Unknown commented on
 "LAGI FITNAH TERHADAP ZAHID"

Semua yang berlaku ada hikmah, dah ada laluan masing masing, ada masuk ada keluar kecuali masuk kubur, tak boleh keluar dah, belum ada teknologi nak hidupkan yang mati, ramai nak ke syurga, harapan sentiasa kekal selamanya di akhirat nanti, itu harapan bagi seluruh umat manusia, tapi entah jadi atau tidak diri sendiri tahu menilai diri sendiri kan begitu? Apa pun sentiasa doa yang terbaik sentiasa bersikap baik, sentiasa cakap yang baik maka akan jadi baik lah jugak nanti amin, jangan merapu sangat buat kerja masing-masing sudah, tak payah hulu hilir nak semua sebab akhirnya tak bawa apa apa pun, 
Datuk Seri tak bawa, harta tak bawa, kereta tak bawa, rumah agam tak bawa, ada sesiapa bawa tak? Pakai makan hidup dengan apa yang ada sudah, hasut menghasut ini kerja syaitan, kalau syaitan penuh jiwa memang suka menghasut sebab selalu melepak di kubur Cina, dah lah bulan sembahyang hantu jadi banyaklah hantu berkeliaran dalam rupa manusia kah kah kah




 

DADAH IMPOT TAKDA TOKAN



KETUM DITANGKAP

ADA TOKAN

AMIN

DADAH DIIMPOT

TAK ADA TOKAN

AMIN

INI MACAM ADA

KAUTIM

JENG JENG JENG

AMIN

Unknown commented on 
"INI BUKAN ROKET SAINS"

Wow TT boleh jadi pegawai narkotik lol, baru betul baru kena cara, ini nak tangkap warga asing haram bersepah merata tempat kata risikan selama beberapa bulan, bagi Mat bawa teksi boleh tunjuk mana ada warga asing kah kah kah, tapi ramai dah pindah ke condo mewah tinggal ramai ramai share majikan bagi denda juta baru ada akal menggaji warga haram baru padan, kah kah kah tangkap pelacur pun pakai perisik kah kah kah bagi duit buka lah lubang kah kah siapa tak tahu siapa tak nampak makna buta hati buta jiwa kah kah kah


 

PAGI RABU


PAGI RABU

RABU 6 SEPTEMBER 2023
HEBOH PASAL ZAHID 
MASIH MEREBAK

RAMAI TAK FAHAM
KUASA DAULAH
RAMAI TAK SEDAR
MAKNA KUASA
RAMAI TAK TAHU
DI BELAKANG KUASA INI
ADA BERBILION BERJUTA
RINGGIT DOLAR DAN DINAR

KEMPEN LAWAN RASUAH
KEMPEM KERJA JUJUR
SEMUA INI PROPA
NAK CARI UNDI

ISLAM KE 
MELAYU KE
SEMUA PROPA
YANG KESIAN MAK CIK FELDA
PERCAYA HIDUP HIDUP
DENGAN PROPA
KAH KAH KAH

AMERIKA
KEPALA TIM PROUD BOYS
PENYOKONG TRUMP
DI PENJARA 22 TAHUN
KERANA DEMO
PADA  6 JANUARI 2021
KERANA BIDEN TIPU UNDI

KOREA UTARA
NEGARA INI AKAN JUAL SENJATA
PADA RUSIA
AMERIKA BERI AMARAN
KAH KAH KAH

INDONESIA
TIMUR LESTE MENJADI
ANGGOTA TERBARU ASEAN
DI PERSIDANGAN ASEAN
DI JAKARTA

PAKISTAN
NEGARA REPUBLIK ISLAM
INI SEDANG  NAZAK
BILA PRU  DI TANGGUH

HOKKIEN
PAGI INI BASAH 
HUJAN RENYAI RENYAI
GUA MASUK PAKAI PAYUNG
LOPAK AIR DI SANA SINI

CENGKERIK DENGAN  GUMBIRA
BERSIMPONI
BUMI BASAH MEMBAWA REZEKI

UNGGAS LAIN
SENYAP TAK ADA YANG  BELAGU
HANYA SESEKALI TIONG
BERSUARA

GUA HARAP
HARI INI AKAN PANAS
WALAU PUN LANGIT KELAM
AWAN HITAM DI LANGIT
MATA HARI TAK KELIHATAN

DAH BEBERAPA HARI 
CUACA AGAK MENDUNG
APAKAH INI TANDA
BANJIR AKAN SAMPAI ?
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI RABU
YANG BASAH
DENGAN SENYUMAN

BRO
JANGAN AMBIL POT
PADA  PERKARA YANG LU
TAK LEH KONTROL
TUMPU TENAGA PADA
PERKARA YNG LU BOLEH BUAT

BRO
PERSIAPAN ADAL KUNCI
KEJAYAAN

BRO
LU NAK BERJAYA
LU JANGAN MENYERAH

BRO
LU TAK AKAN UBAH APA APA
SELAGI LU TAK UBAH
CARA LU BERFIKIR

BRO
MEMBUAT LEBIH
SERONOK DARI HASILNYA

BRO
KEBAHAGIAN BUKAN
TAK DA MASALAH
TAPI KEUPAYAAN KITA
MENYELESAIKAN NYA

BRO
LU BOLEH MAAFKAN
TAPI LU JANGAN LUPAKAN
JIKA LU LUPAKAN
LU TIDAK BELAJAR DARI KEMAAFAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERABU

Selasa, 5 September 2023

LAGI FITNAH TERHADAP ZAHID


LAGI FITNAH

TERHADAP ZAHID

AMIN