Khamis, 28 Mac 2024

SKIM CEPAT KAYA


Jumlah kerugian jenayah komersial meningkat 89% tahun ini

KUALA LUMPUR – Jumlah kerugian aktiviti jenayah komersial berjumlah RM770.5 juta setakat minggu ke-12 tahun ini, naik 89 peratus.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sejak Januari hingga 24 Mac yang lalu, PDRM merekodkan sebanyak 7,348 kes berbanding 7,986 kes membabitkan kerugian bernilai RM407 juta bagi tempoh sama pada tahun lalu .

“Biar pun berlaku pengurangan jumlah kes iaitu penurunan lapan peratus, tetapi jumlah kerugian yang direkodkan jenayah komersial ini sangat ketara dan cukup besar,” kata beliau, hari ini.

Menurut Ramli, sebanyak 3,785 kertas siasatan telah berjaya dituduh di mahkamah pada tahun ini, bersamaan 52 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 3,463 pertuduhan.

“Jika melihat pecahan demografi tangkapan sepanjang 1 Januari hingga 3 Mac, polis telah menahan seramai 4,131 individu atas pelbagai kesalahan membabitkan jenayah komersial yang terdiri daripada 71 peratus lelaki dan 29 peratus wanita,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati sebanyak 75 peratus tangkapan berperanan sebagai keldai akaun, 13 peratus sebagai pekerja am, tujuh peratus merupakan dalang , operator (3 peratus), penyelia (1 peratus) dan kewangan (1 peratus).

Selain itu katanya, sebanyak 84 peratus suspek jenayah komersial terdiri daripada individu berpendidikan menengah, 11 peratus adalah berpendidikan rendah, empat peratus memegang kelulusan diploma dan satu peratus suspek berkelulusan ijazah.


SCAM CEPAT

KAYA TERUS

BERKEMBANG

AMIN

INTERNET JADI

SENJATA UNTUK

MENYAMUN

AMIN

DIBANTU OLEH

NIAT NAK CEPAT

JADI MAHA KAYA

KHALAS

HUJAN PETANG


HUJAN PETANG

HA HA HA
MULA MULA  PANAS  TERIK
KEMUDIAN GURUH
ANGIN BERTIUP KUAT
AKHIRNYA HUJAN  TURUN
JAM 6.30 PETANG
AGAK LEBAT 

TAPI CUKUP
UNTUK SEJUKAN PANAS
BASAH JADI NYAMAN
MALAM JADI ENAK

HA HA 
APAKAH GANGGU
BAZAAR RAMADAN ?
DI BANGSAR HARI CUTI
TAK BANYAK KEDAI

MALAM INI GUA
NAK MAKAN RESTORAN PAKISTAN
KEMUDIAN NAK
MASUK JALAN TAR
NAK TEGOK ORANG RAMAI

PETANG INI
GUA BERBUKA AIR SUAM
AIR HALIA
BUAH MANGGA
AH ! MASIH ADA
SEKEPING LEMANG
GUA AKAN PANASKAN

HUJAN MAKIN REDA
CUACA MAKIN ENAK

SELAMAT BERBUKA
AMIN


GANESPARAN SELAMAT !!!


TINDAKAN POLIS

MEMPERCEPAT

GANESPARAN

 UNTUK DAPAT

PERLIDUNGAN

 DI EROPAH

KHALAS

HARI AL-QUDS SEDUNIA


TURUN TURUN

 TURUN

5 APRIL  2024
JUMAAT TERAKHIR 
BULAN RAMADHAN, 
HARI AL QUDS SEDUNIA.

 JAM 2 PTG 
BERHIMPUN DAR
BANGUNAN TABUNG HAJI KL 
BERARAK
MENUJU KEDUTAAN AMERIKA.


PATI TERUS DIBURU TAPI.... WARGA CHINA MERAH TAK DI TEMUI


PATI TERUS DIBURU

TAPI... WARGA

CHINA MERAH 

TIDAK DI TEMUI

KHALAS

BEKAS SETPOL ANWAR MAHA KAYA



Anwar semak dengan Perbendaharaan dakwaan mengenai Farhash

KAJANG –  Anwar Ibrahim akan menyemak dengan Perbendaharaan mengenai dakwaan terhadap ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berhubung pembelian saham sebuah syarikat yang disenarai pendek untuk kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion.

Anwar berkata beliau hanya akan mengeluarkan kenyataan, selepas mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu.

“Saya akan semak butiran dengan Perbendaharaan dan keluarkan kenyataan,” katanya.

Sebelum ini bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil, meminta polis menyiasat Farhash yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar kerana didakwa melalui syarikat pelaburan Rosetta Partners, telah membeli saham syarikat Heitech Padu sebanyak 16.1 juta unit, dianggarkan bernilai RM40 juta.



WOIT

KAH KAH KAH

TAK SANGKA

ANWAR ADA

PEMBANTU

MAHA KAYA

KAH KAH KAH

I REST MY CASE

MY LORD

KHALAS