Ahad, 7 Julai 2024

BLACKROCK DAN DIESEL



Tamparan hebat untuk kerajaan Anwar selepas PN menang besar di Sungai Bakap


Perikatan Nasional (PN) berjaya mengekalkan kerusi negeri Sungai Bakap dengan majoriti lebih besar, dalam apa yang dilihat sebagai tamparan hebat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang melantik Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk mengetuai kempen gabungan kerajaan.

PN meraih 14,489 undi, menewaskan PH yang mendapat 10,222 undi, iaitu majoriti 4,267 undi, lebih dua kali ganda majoriti 1,563 undi yang dicapai pada pilihan raya enam negeri tahun lalu.

Kekalahan PH itu di sebalik beberapa keputusan kontroversi termasuk pemansuhan subsidi diesel dan langkah kerajaan meneruskan penyertaan sebuah firma milik pengurus dana AS BlackRock dalam konsortium menguruskan lapangan terbang negara.

Dalam reaksinya, Rafizi berkata kejayaan PN disebabkan jumlah pengundi Melayu yang keluar mengundi jauh mengatasi pengundi Cina dan India.

"Walaupun ada sedikit peralihan undi Melayu, keputusannya banyak dipengaruhi jumlah pengundi yang keluar," katanya dalam kiriman di X.

Kenyataan itu dilihat sebagai pengakuan tidak langsung bahawa PH kekal ditolak orang Melayu, walaupun sebelum ini Rafizi mendakwa "data" menunjukkan peningkatan sokongan orang Melayu yang boleh diterjemahkan kepada kemenangan untuk kerajaan.

Sebelum ini, pemimpin PH mendakwa calon mereka, bekas ahli akademik Joohari Ariffin, lebih layak berbanding Abidin Ismail dari PAS.

Kerajaan turut menjalankan kempen agresif dengan menabur pelbagai janji pembangunan dan peruntukan daripada tempat ibadat kepada balai bomba dan pasar.

Anwar mengumumkan sumbangan RM290,000 untuk sembilan buah masjid dan 20 surau di Sungai Bakap, manakala Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengumumkan RM18 juta untuk pembinaan sebuah balai bomba baharu, naik taraf pasar Bukit Panchor di samping sumbangan untuk enam rumah ibadat bukan Islam.

Pilihan raya kecil di Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff.

Pengundi Melayu membentuk 59% daripada 39,222 pengundi di Sungai Bakap, yang merupakan sebahagian daripada kerusi Parlimen Nibong Tebal diwakili Menteri Pendidikan Fadhlina Siddiq. Pengundi Cina membentuk 22.5% dan India 17.4%.

Keputusan pilihan raya kecil hari ini telah dijangka oleh pemerhati, yang menganggap faktor seperti persepsi negatif terhadap Rafizi, kenaikan harga diesel serta kontroversi BlackRock akan menyumbang kepada kekalahan PH.

Kempen pilihan raya PH pula bermula dalam keadaan tidak menyebelahi Rafizi.

Ketika berucap pada majlis pelancaran jentera PH bulan lalu, Rafizi dilihat bertikam lidah dengan seorang lelaki yang mempersoalkan kenaikan harga petrol.

Penjelasan Rafizi mengenai kegagalan PH menunaikan janji pilihan raya untuk menurunkan harga bahan api dicabar oleh bekas pemimpin Umno, Isham Jalil, yang mempertikaikan fakta dan angka menteri ekonomi itu dalam siri klip yang tular di media sosial.

HAPUS SABSIDI

DISEL DAN

BLACKROCK JADI

PELURU KEMPEN

AMIN

HARGA TELOR 

TURUN 3 SEN

RAKYAT TAK 

AMBIL POT

AMIN

HARGA BARANG

MAHAL DAN

JANJI BOHONG

BERI UNDI 

PADA PERIKATAN

AMIN

KHALAS

SENJATA DARI BLACKROCK BUNUH PALESTIN




Israel serang sekolah Gaza, budak sedang mengaji al-Quran antara 16 maut
SEMENANJUNG GAZA: Sekurang-kurang 16 terbunuh, semalam, apabila Israel melancarkan serangan ke atas sebuah sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana ribuan penduduk berlindung selepas kehilangan tempat tinggal, menurut pihak berkuasa bawah pentadbiran Hamas di Gaza.

Tentera Israel mendakwa pasukannya menyasarkan pihak musuh di kawasan Sekolah Al-Jawni di Nuseirat, tengah Gaza, namun Hamas menafikan pejuangnya berada di lokasi serangan terbabit.

Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza yang mengecam serangan itu sebagai 'pembunuhan beramai-ramai yang menjijikkan', berkata sekurang-kurang 50 mangsa cedera telah dikejarkan dari sekolah berkenaan ke hospital.

Menurut pejabat media kerajaan Hamas pula, kira-kira 7,000 penduduk sedang berlindung di sekolah terbabit ketika kejadian. Mereka kemudian bertungkus lumus membantu usaha menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan akibat serangan itu.

Sambil memaklumkan sekolah itu dikendalikan oleh Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA), katanya, sebahagian besar mangsa terkorban adalah golongan kanak-kanak, wanita serta warga emas.

"Ini adalah sekurang-kurang kali keempat mereka (tentera Israel) menyasarkan sekolah sama tanpa sebarang amaran," kata seorang wanita, Samah Abu Amsha, kepada AFP.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebilangan mangsa kanak-kanak terbabit sedang mengaji al-Quran di dalam sebuah kelas sebelum terbunuh dalam serangan peluru berpandu itu.

"Serpihan akibat serangan itu berterbangan, termasuk ke arah saya yang sedang berada di dalam kelas berkenaan, selain mencederakan kanak-kanak terbabit.

Seorang lagi penghuni di tempat kejadian, Ayman al-Atouneh, berkata beliau turut melihat mayat kanak-kanak bergelimpangan akibat serangan itu.

Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Awam Gaza, Mahmoud Basal, dalam satu kenyataan berkata angka kematian akibat serangan Israel itu berkemungkinan akan meningkat kerana ramai mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, serangan itu sekali gus menunjukkan langsung tiada lagi tempat di Semenanjung Gaza yang selamat untuk penduduk berlindung.

Hamas pula menegaskan, serangan itu adalah satu lagi pembunuhan beramai-ramai dan jenayah yang dilakukan Israel sebagai sebahagian daripada perang genosid oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.

Sebelum ini, Israel dilaporkan bersetuju terhadap pertemuan dengan pihak pengantara untuk inisiatif gencatan senjata, namun terus mempertingkat serangan ke atas Gaza sejak perang meletus pada Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, UNRWA melaporkan dua petugasnya maut dalam satu serangan di Al-Bureij, tengah Gaza, semalam. Agensi itu mempunyai sebuah gudang bekalan makanan di daerah berkenaan.

Hospital Al-Aqsa memaklumkan, sembilan lagi mayat telah dibawa ke institusi perubatan itu susulan serangan berkenaan.

Pihak paramedik pula memaklumkan, sekurang-kurang 10 mangsa termasuk tiga wartawan, terbunuh dalam serangan lain yang menimpa sebuah rumah di Nuseirat, semalam. - AGENSI

SENJATA DIBEKAL

OLEH BLACKROCK

SYARIKAT YANG

AKAN MEMILIKI

39 AIRPORT KITA

\AMIN

BLACKROCK

SYARIKAT ZIONIS

YG DIPERTAHANKAN

OLEH ANWAR

KHALAS

ISO 4000 LAWAN PHD SAPA MENANG


ISO 4000 LAWAN

 PHD

SAPA AKAN 

MENANG

KAH KAH KAH

AMIN

JARI NGELEMBONG - SEHAT KE >



ANWAR SEHAT KE?

JARI NGELEMBONG

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "ANWAR SEHAT. KE ?"

Geng budak hitam lawan nuar. Dokumen yilek. Berbekalkan carut sana carut sini, nganjing sana nganjing sini, mengata sana mengata sini. Mari kita lihat sapa yang kena? kih kih kih. Sapa yang koya? Kah kah kah

PENGUNDI UMNO BELOT


PENGUNDI 

UMNO BELOT

TAK UNDI PKR

AMIN



Unknown commented on
 "PH KALAH BESAR !!!"

Di Bakap dengan gantung bunting Bossku sahaja majority kemenangan Naik memdadak 3000%

Hidup Bossku...!!

Hanya dengan gantung poster Bossku di Sg Bakap tiba tiba terjun melintang si Rafizi, Wak Jahit walaun dalam Sungai Bakap

kah kah kah

Kesilapan besar di KKB Hari itu sepatutnya ahli yang digantung dan dipecat Wak Jahit wajib hadir untuk sabotaj pengundi Melayu dalam UMNo...

Sepatutnya di KKB Hari itu wajib gantung poster Bossku... Pasti kalah Calon Cina amoi tu

Pastikan poster dan bunting Bossku digantung di PRK Kelantan haah...

#NoBaruaDAPNoLeeKwanYew

ISO 4000 LAWAN PHD


ISO 4000

LAWAN PHD

AHAD 7 JULAI 2024
PERLAWANAN
 ISO4000 DENGAN PHD
SELESAI
SAPA BANGANG TELAH
 DI LIHAT JELAS
KAH KAH KAH

KETUA MENTERI PULAU PINANG
DENGAN CEPAT MEMBERI
SEBAB KENAPA PKR
KALAH  LAWAN PAS
MENGIKUT BELIAU
DASAR KERAJAAN
DI TOLAK RAKYAT
HARGA  MINYAK DISEL
HARGA BAHAN  MAKANAN
RAKYAT TOLAK MADANON

PANTAS KETUA MENTERI
BERI SEBAB
KAH KAH KAH

TAPI INI SEMUA HANYA ALASAN
SEBAB UTAMA PKR KALAH
KERANA ANWAR IBRAHIM
TAK TURUN BERKEMPEN
JIKA ANWAR TURUN KE SUNGAI BAKAP
100% PKR AKAN MENANG

SEBAB KALAH JUGA
KERANA RAFIZI
KALI INI RAFIZI 
TELAH TIDAK SEPERTI DULU
KELUAR DENGAN PELBAGAI FORMULA
WARGA SUNGAI BAKAP
SENTIASA DAHAGA
UNTUK MENDENGAR. FORMULA
BARU DARI RAFIZI

PRK DI NEGIRI
RAFIZI WAJIB BERFATWA
DENGAN FORMULA BARU
DAN
ANWAR IBRAHIM JADI
POSTER BOY
PRK NIGIRI PASTI
DALAM POKET
AMIN

IRAN
 MASOUD PEZESKIAN
SEORANG REFORMIS
JADI PRESIDEN BARU

GAZA
RUNDINGAN GENCATAN SENJATA
MENJANJIKAN
HAMAS MAHU MENERIMA
ISI FORMULA BARU

AMERIKA
PRESIDEN BIDEN
MASIH BERDEGIL 
TAK MAHU UNDUR
DARI JADI CALON DEMOKRAT

FRANCE
NATIONAL RALLY GARIS KANAN
KINI BERDIRI DI DEPAN
PINTU KUASA
INI MENGERUNKAN
RAMAI WARGA EROPAH

ISRAEL
MENGEBOM SEKOLAH
DI GAZA
16 MURID TEWAS
BOM DIBEKAL OLEH
SYARIKAT BLACKROCK

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
SINAR LEMAH
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH

HUJAN SUBUH
LOPAK AIR DISANA SINI
TERKUKUR DIATAS JALAN
CUBA MENCARI ULAT
POHON ARA SUNYI SEPI

HARI INI AKAN
PANAS MACAM KEMARIN
PANAS HINGGA KE MALAM

BRO
SENYUM
SENYUM DIPAGI
AHAD

AMBIL AIR GUNA BALDI
ISI AIR KE DALAM KOLAH
ISO 4000 LAWAN PHD
PHD DI BANTAI MENONGGENG  KALAH

MAKAN LEMANG WAJIB DIBELAH
          RENDANG AYAM DIATAS PARA
RAFIZI ANGGUH BAWA  KALAH
ANWAR BODOH NEGARA BALA

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI