Ahad, 7 Julai 2024
KEMARAHAN RAKYAT DI SUNGAI BAKAP
Anwar ada 3 tahun elak jadi seperti Rishi Sunak, kata ahli politik PKR
AHLI Parlimen PKR Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata PKR mempunyai kurang dari tiga tahun untuk mengelakkan Anwar Ibrahim berdepan nasib serupa bekas perdana menteri United Kingdom, Rishi Sunak.
Dalam satu kenyataan Hassan menyeru Putrajaya untuk membina naratif yang betul dan menyokong kata-katanya dengan tindakan agar rakyat dapat menampung kehidupan mereka tanpa terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat.
“Apabila inflasi berkurang dan upah pekerja meningkat, mungkin sebahagian besar rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 akan mengambil sikap yang lebih mesra serta menyokong PKR, PH dan kerajaan Madani,” katanya.
Komen Hassan itu dibuat susulan kekalahan kerajaan perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada Sabtu lalu.
Abidin Ismail dari Perikatan Nasional (PN) meraih 14,489 undi memenangi kerusi dengan majoriti 4,267 undi berbanding Joohari Ariffin dari Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 10,222 undi.
PN mengekalkan kerusi dengan majoriti yang lebih besar berbanding pilihan raya negeri tahun lalu.
Dalam pilihan raya negeri tahun lalu, Nor Zamri Latiff dari PN memenangi kerusi dengan majoriti 1,563 undi menentang Nurhidayah Che Rus dari PN.
PRK ini diadakan susulan kematian Nor Zamri pada 24 Mei.
Hassan berkara kekalahan kerajaan perpaduan dalam PRK Sungai Bakap semalam juga disebabkan oleh isu-isu nasional terutamanya impak penyesuaian subsidi diesel yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam beberapa bulan terakhir.
“Saya cuba menyokong calon Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan dalam isu subsidi diesel. Namun, ucapan saya kurang menarik. Saya lihat penyokong PH sendiri nampak defensif mengenai isu subsidi diesel,” kata ahli politik Pasir Gudang itu.
Hassan berkata pendirian Anwar yang berani dan lantang di pentas antarabangsa dalam mempertahankan Palestin mengukuhkan kedudukannya di mata orang Melayu di Malaysia yang mempunyai ikatan emosi dan sentimental dengan umat Islam di Palestin.
Beliau berkata untuk sesaat pendirian tersebut kelihatan meningkatkan imejnya dalam kalangan komuniti tersebut.
“Namun, ia mula jatuh apabila Anwar yang juga menteri kewangan dan pengerusi Khazanah Nasional bersetuju untuk menjual sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).
“GIP dijangka akan diambil alih oleh BlackRock, sebuah syarikat pelaburan antarabangsa dari Amerika Syarikat yang menyokong kuat rezim Israel,” tambahnya. – 7 Julai, 2024.
BOLEH KE
TIGA TAHUN NI?
AMIN
RAKYAT MARAH
SABSIDI DISEL
DI HAPUSKAN
AMIN
RAKYAT MARAH
ANWAR TIPU
ISMAIL HANIYEH
AMIN
PELOK PELOK
PEGANG TANGAN
ISMAIL HANIYEH
TAPI DI BELAKANG
JUAL 39 AIRPORT
MALAYSIA PADA
BLACKROCK
AMIN
BLACKROCK
SYARIKAT ZIONIS
YAHUDI PEMBEEKAL
SENJATA BUNUH
PALESTIN
AMIN
RAKYAT NAMPAK
ANWAR KALI
LEBONG
KAH KAH KAH
AMIN
SUARA JUJUR PEMIMPIN UMNO
Kerajaan perlu henti buat alasan, kata Puad Zakarshi
AHLI Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zakarshi menyeru kerajaan perpaduan untuk berhenti mencari alasan dan menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata kerajaan perlu mengelak daripada memberikan terlalu banyak alasan dan formula untuk kekalahan tersebut.
“Rakyat tidak puas hati. Trust deficit datang lagi,” katanya di Facebook.
Puad berkata kejayaan kerajaan dalam PRK Kuala Kubu Baharu pada Mei tidak berlangsung lama.
“Beberapa keputusan dan tindak tanduk kerajaan selepas PRK KKB jadi bola tanggung lawan.
“Jangan cepat lupa daratan selepas menang di KKB. Jangan cepat buat kejutan. Jangan abaikan kekhuatiran rakyat,” katanya.
Puad juga menasihati kerajaan supaya tidak mengabaikan kebimbangan rakyat dan mengeluarkan pegawai yang dianggap tidak cemerlang.
Menurutnya penyokong bekas perdana menteri Najib Razak mungkin enggan menyokong parti-parti yang berkaitan dengan perpaduan kerajaan selagi mereka percaya beliau tidak diberikan haknya untuk perbicaraan yang adil.
Semalam Perikatan Nasional berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Bakap selepas calonnya Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi berbanding calon Pakatan Harapan Joohari Ariffin.
PRK itu diadakan berikutan kematian Adun PAS Nor Zamri Latiff yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal pada 24 Mei akibat radang perut. – 7 Julai, 2024.
WOIT
DUA SEBAB
KENAPA PKR
KALAH BESAR
DI SUNGAI BAKAP
AMIN
PERTAMA :
ANWAR TAK TURUN
BERKEMPEN
AMIN
KEDUA :
RAFIZI TIDAK
UMUM
FORMULA BARU
AMIN
JIKA DUA PERKARA
INI DILAKUKAN PASTI
PKR MENANG BESAR
AMIN
KHALAS
RAJA FORMUAL GAGAL KELUAR FORMULA BARU
RAJA FORMULA
GAGAL KELUAR
FORMULA BARU
AMIN
INI SEBAB UTAMA
PKR KALAH BESAR
KHALAS
Tahniah rakyat Sungai Bakap! Pemimpin jangan sombong dengan rakyat – Dr Akmal
KUALA LUMPUR – Kegagalan mengetengahkan formula yang ampuh bagi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menyebabkan calon Kerajaan Perpaduan Dr. Joohari Ariffin tewas.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, ‘raja formula’ telah gagal memimpin kemenangan di DUN Sungai Bakap dan mengingatkan pemimpin supaya tidak sombong.
Dalam kenyataan yang ringkas, Dr. Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau mengucapkan tahniah kepada rakyat Sungai Bakap.
“Formula bahlol dan bodoh dari raja formula telah mendatangkan hasil di sungai bakap. Tahniah rakyat Sungai Bakap. Pemimpin jangan sombong dengan rakyat,” katanya dalam perkongsian di Facebook.
Dr. Muhammad Akmal bagaimanapun tidak menamakan individu yang disifatkan sebagai ‘raja formula’.
Media sebelum ini melaporkan, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan yang beliau tidak ambil peduli terhadap sindiran beberapa pihak yang menggelarnya sebagai raja formula.
Beliau yakin, rakyat hari ini sudah bijak menilai dan yang menjadi keutamaannya ketika ini adalah menyelesaikan masalah rakyat.
“Sebenarnya saya tak pernah ambil kisah kerana saya yakin pengundi cerdik. Saya sedar satu-satunya mainan pembangkang adalah raja formula.
“Mereka (pembangkang) tak sedar yang pengundi bandingkan menteri dan pemimpin kerajaan yang berterusan ada idea berbanding dengan bekas menteri atau pembangkang yang kerjanya hanya pandai menyindir, tetapi tiada satu idea pun untuk menambah baik keadaan rakyat.
“Kita juga tahu perkara yang mereka ungkit berkenaan formula itu adalah perkara 10 ke 15 tahun lalu yang mana keadaannya berbeza pada masa sekarang,” katanya.
Rafizi antara pemimpin Pakatan Harapan yang turun berkempen untuk calon Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin.
Ramasamy dakwa pengundi India hukum PH di PRK Sungai Bakap
Gagal kuasai media, perang saraf lemah punca kalah – AMK Johor
Orang Melayu
kekal penyokong
tegar PN,
pengundi Cina
dan India protes PH
PH kalah sebab cakap tak serupa bikin – Hamzah
PRK Sungai Bakap: Ada maklumat DAP gagal dekati pengundi Cina – Veteran UMNO
Langgan:
Catatan (Atom)



