Isnin, 26 Ogos 2024

MAHATHIR DAN ZAHID



Saya Melayu sejak lahir, kata Dr Mahathir


TUN Dr Mahathir Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini beliau adalah Melayu sejak lahir, bukannya berketurunan India seperti didakwa.

Bekas perdana menteri itu memberi keterangannya dalam kes tuntutan saman fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong.

Pada 20 Julai, 2022, Dr Mahathir memfailkan saman, menamakan Zahid yang juga presiden Umno sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Dr Mahathir berkata defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepadanya ketika Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai, 2017.

Dr Mahathir berkata beliau percaya dengan sesungguhnya individu dirujuk defendan dalam kenyataan fitnah sebagai “orang itu”, “dia” dan “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” jelas merujuk kepadanya secara spesifik.

“Nama saya Mahathir bin Mohamad dan saya seorang Melayu dan Islam sejak lahir dan ini berdasarkan kepada kad pengenalan saya dan bukti daripada sijil kelahiran saya yang lama dan baharu.

“Bapa saya bernama Mohamad bin Iskandar dan ibu saya adalah Wan Tempawan Wan Hanapi,” katanya dalam kenyataan bertulis saksi.

Bekas ahli Parlimen Langkawi itu, hadir di mahkamah dengan ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan anaknya Mukhriz.

Zahid sebagai defendan turut hadir di mahkamah.

Prosiding ke sini sebelum ini ditangguhkan beberapa kali berikutan Dr Mahathir mengalami masalah kesihatan dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara. – 26 Ogos, 2024.

SATU BEKAS

PRESIDEN UMNO

SATU LAGI

PRESIDEN

KAH KAH KAH

DUA DUA

MELAYU

AMIN

YANG TEPUK

TANGAN

NGAH KO MENG

AMIN

KHALAS

BAHAYA DISANA SINI


Keselamatan jalan raya perlu jadi keutamaan bersama, kata kumpulan pengguna

KUALITI jalan raya di Malaysia yang rendah, dengan berlubang dan permukaan yang tidak rata, sering menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya di negara ini, kata kumpulan pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang Mohideen Abdul Kader berkata laporan menunjukkan kira-kira 60% jalan raya persekutuan di negara ini sudah tua dan perlu dibaiki dengan segera.

“Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada menaik taraf jalan ini dan pada masa sama mengenakan hukuman lebih berat terhadap kenderaan komersial lebih muatan.

“Kajian menunjukkan kenderaan seperti ini yang membawa kepada kerosakan jalan raya, terutama di kawasan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Sifar Kemalangan.

Data menunjukkan 600,000 kemalangan jalan raya dilaporkan tahun lalu menyebabkan 6,443 kematian. Pada 2022, 545,588 kemalangan dilaporkan dengan 6,080 kematian, manakala pada 2021, sebanyak 370,286 kemalangan direkodkan dengan 4,539 kematian.

“Pasca Covid-19, berlaku peningkatan ketara kemalangan jalan raya, dengan penunggang motosikal paling kerap menjadi mangsa.

“Penting untuk dinyatakan kemalangan yang dilaporkan tidak termasuk berapa banyak pula kemalangan kecil yang tidak dilaporkan,” katanya, menambah jumlah kemalangan seumpama itu sangat membimbangkan.

Beliau turut merujuk kepada satu kajian pada 2008 yang menunjukkan 27% daripada sejuta kenderaan komersial yang berdaftar di negara ini, terlebih muatan yang menyebabkan jalan raya mulai rosak dalam tempoh tiga tahun pertama, walaupun jalan ini direka untuk bertahan hingga sedekad.

Mohideen berkata satu lagi faktor yang menyumbang kepada jalan raya teruk adalah kerja pembaikan tidak berkualiti dilakukan kontraktor pihak ketiga.

Pada 2018, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya menyatakan kontraktor gagal memenuhi standard pembaikan diperlukan.

“Bayaran kepada kontraktor yang menjalankan kerja tidak berkualiti sepatutnya ditahan hingga kerja mereka menepati standard diperlukan,” katanya.

Beliau menekankan tanpa mengira keadaan jalan raya, pengguna perlu mengamalkan etika jalan raya yang baik bagi mengelak berlakukan kemalangan, sama ada kecil atau membabitkan kematian. – 26 Ogos, 2024.

WOIT

JALAN KAKI

MASUK LUBANG

AMIN

NAIK KERETA

KENA LANGGAR

AMIN

BALA  BAHAYA

SANA SINI

AMIN

KAHLAS

KES JATUH LUBANG


Tiada petunjuk baharu, operasi mencari wanita jatuh lubang diteruskan

TIADA petunjuk baharu dalam pencarian pelancong warga India, Vijayaletchumy, 48, yang jatuh ke dalam lubang jerlus di Jalan Masjid India, Jumaat lalu, lapor Bernama.

Selepas 72 hari, operasi mencari dan menyelamat tidak menemui sebarang hasil.

Pasukan menyelamat yang terdiri daripada 104 anggota agensi keselamatan dan pihak berkuasa, meneruskan operasi pada 9.30 pagi semalam. Pencarian di lima pembentung Indah Water Konsortium tidak berhasil menemukan apa-apa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan IWK mengadakan mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Mohd Shariff.

Mereka memutuskan untuk menggunakan teknik “flushing” di pembentung kelima dan keenam, berhampiran Bank Pertanian Lebuh Pasar Besar dan bulatan Kinabalu, berikutan arus air di kawasan ini agak perlahan. Operasi itu bermula malam tadi dan masih berjalan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang turut memantau perkembangan operasi itu semalam berkata pencarian mangsa akan diteruskan.

Sementara itu, penduduk di 160 unit rumah pangsa Malayan Mansion yang terletak kira-kira 50 meter dari lubang itu, meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan mereka.

Mereka bimbang hujan lebat akan menjejaskan struktur tanah di kawasan itu.

Maimunah bagaimanapun memberi jaminan Kuala Lumpur termasuk Jalan Masjid India, adalah selamat. – 26 Ogos, 2024.
  

DIHARAPKAN

MAYAT WANITA

INI AKAN DITEMUI

AMIN

SEGALA USAHA

KITA JALANKAN

AMIN

KHALAS

PAU UMNO BAWA MALAPETAKA CUACA DI KL ?


UMNO BAWA

MALAPETAKA

PADA MALAYSIA

AMIN

PAU UMNO

TIDAK BAWA

MALAPETAKA

PADA CUACA DI KL

AMIN

Unknown commented on 
"SEMUA MAIN WAYANG
 NAK BEBASKAN NAJIB"

Selepas PAU berakhir Sabtu cuaca di Kuala Lumpur seperti sediakala...

PAU di KL adalah perhimpunan menyedapkan orang Melayu atas arahan hari Papa Dan DAP.. Pelik cuaca di KL selepas PAU kembali normal.

Tragedi pelancung asing jatuh tanah jerlus juga semasa sidang PAU berjalan. Apakah petanda bala dan sial yang dibawa UMNo ini...!?

Kalau pelancung Cina yang tertimbus di tanah jerlus maka semua team tentera, paskal,bomba,PDRM, SPRM, elit komando, pasukan pandu putri, palang merah RELA, jab imigresen , Majlis Agama Isle, jab agensi anti dadah pun akan datang beramai ramai sebab Type C..!!

Macam pelancung Cina 1.2 jota yang tak pulang ke China tu semua agensi kerajaan wat bodo semuanya..!! Kannnn

KHALAS...

MADEY MUHAMAD BANGUN MELAWAN


MADEY MUHAMAD

BANGUN MELAWAN

AMIN

BILA NAK CARI PELANCUNG CHINA YANG HILANG ?


BILA NAK CARI

PELANCUNG

CHINA 

YANG HILANG ?

AMIN

Unknown commented on 
"TAHNIAH TENGKU RAZALEIGH"

Kalau pelancung Cina yang hilang tertimbus di tanah jerlus maka semua team tentera, TUDM, TLDM, Jet F15, Sukhoi, paskal, bomba, PDRM, SPRM, unit anjing laut, unit kucing unit cipan kalau ada lah, elit komando, unit pengesan bom, pasukan pandu putri, palang merah , RELA, jab imigresen , Majlis Agama Isle, jab agensi anti dadah pun akan datang beramai ramai sebab Type C hilang..!!

Tragedi pelancung asing hilang jatuh tanah jerlus juga semasa sidang PAU berjalan. Apakah petanda bala dan sial yang dibawa UMNo ini...!?

Macam pelancung Cina 1.2 jota yang hilang tak pulang pulang ke China tu semua agensi kerajaan wat bodo semuanya..!! Kannnn

KHALAS...