Jumaat, 25 Oktober 2024

APA RAHSIA ANWAR JUAL LAPANGAN TERBANG KITA PADA ZIONIS ISREAL


Kenakan ‘cukai dosa’ terhadap

 syarikat sokong Israel
KUALA LUMPUR — Sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin, seorang penyokong kerajaan mencadangkan supaya syarikat-syarikat yang didapati menyokong Israel dikenakan ‘cukai dosa’.

Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata kerajaan seharusnya mengambil beberapa langkah terhadap syarikat-syarikat berkaitan walaupun tidak boleh ditutup.

“Kenakan ‘cukai dosa’ atau sin tax terhadap syarikat-syarikat yang kita lihat menyokong Israel, kita nak tutup tidak boleh tetapi sekurang-kurangnya kenaikan cukai tersebut.

“Kita tidak (mempunyai) peluru berpandu balistik tetapi sekurang-kurangnya kita kenakan itu sebagai isyarat,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Hassan turut tidak bersetuju dengan penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

“Saya setuju dengan Putrajaya, iaitu soal saham MAHB (iaitu) Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang urus. Perdana Menteri, Pengerusi Khazanah, MAHB ini untung, jadi kalau boleh tidak perlu saham 30 peratusnya kita jual kepada GIP.

“GIP sekarang dikawal oleh BlackRock Inc (BlackRock), rakyat Palestin (dan) Lebanon disembelih. Jadi, saya minta pada Pengerusi Khazanah (yang) kebetulan Menteri Kewangan (serta) Perdana Menteri untuk kaji balik,” katanya.— BebasNews

WOIT

APA RAHSIA

ANWAR SEDIA

JUAL 39 AIRPORT

KITA PADA 

BLACKROCK ?

JENG JENG JENG

AMIN

BLACKROCK

PEMBEKAL UTAMA

SENJATA KEPADA

ZIONIS ISRAEL

KHALAS

ASKAR KOREA UTARA DI RUSSIA



AS dakwa 3,000 tentera Korea Utara 'berlatih' di Russia


WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 3,000 tentera Korea Utara dihantar ke Russia dan sedang menjalani latihan di sana, menurut Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, sambil memberi amaran, mereka akan menjadi sasaran sah untuk Kyiv jika terlibat dalam pertempuran di Ukraine.

Russia dan Korea Utara meningkatkan pakatan politik serta ketenteraan mereka ketika perang Ukraine, dengan Pyongyang berdepan tuduhan membekalkan senjata kepada tentera Moscow.

Bagaimanapun, penghantaran askar bagi menyokong pasukan tentera Russia menandakan pembabitan ketara, sekali gus mendorong amaran daripada Kyiv dan sekutu Baratnya, yang baharu meluluskan pinjaman AS$50 bilion (RM217.5 bilion) untuk membantu Ukraine.

"Kami mendapati antara awal hingga pertengahan Oktober, Korea Utara menghantar sekurang-kurangnya 3,000 askar ke timur Russia," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby kepada wartawan.

Jelas beliau, tentera berlepas menggunakan kapal dari Korea Utara ke Vladivostok, kemudian bergerak ke tapak latihan tentera di timur Russia, di mana mereka sedang menjalani latihan.

"Kami belum tahu sama ada tentera akan menyertai pertempuran bersama tentera Russia, namun jika mereka memutuskan untuk menyertai perjuangan menentang Ukraine, maka mereka akan menjadi sasaran sah tentera Ukraine," katanya.

Media Korea Utara tidak mengulas sejak agensi perisik Seoul minggu lalu berkata Pyongyang sudah memutuskan untuk menghantar pasukan tentera berskala besar ke Russia untuk memerangi Ukraine.

Moscow pada Rabu enggan mengesahkan atau menafikan laporan itu, dengan jurucakap Kementerian Luar, Maria Zakharova, memberitahu wartawan untuk bertanya kepada Pyongyang di mana tenteranya berada.

Sebelum ini, selepas taklimat oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan, penggubal undang-undang Korea Selatan, Park Sun-won berkata, 1,500 lagi tentera sudah dihantar ke Russia, meningkatkan jumlah penghantaran kepada 3,000 anggota.

Seoul berkata, Pyongyang merancang mengerahkan 10,000 askar ke Russia menjelang Disember, sekali gus membangkitkan kebimbangan antarabangsa.

Jerman pada Rabu sudah memanggil utusan Korea Utara untuk memberi amaran kepada negara tertutup itu supaya jangan lakukan kerahan tentera itu.

"Sokongan Korea Utara terhadap perang pencerobohan Russia secara langsung mengancam keselamatan Jerman dan keamanan Eropah," kata Kementerian Luar Jerman di platform media sosial X.

Kyiv pada Rabu menggesa mana-mana tentera Korea Utara yang dikerah oleh Russia supaya meletakkan senjata dan menyelamatkan nyawa mereka.

Korea Selatan pula akan menghantar delegasi ke ibu pejabat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels minggu depan untuk memberi taklimat mengenai keadaan semasa.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, merayu supaya sekutu Kyiv bertindak balas dan berulang kali berkata penghantaran tentera Korea Utara berisiko meningkat dan memanjangkan perang.

Korea Utara dan Russia berada di bawah sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ekoran program senjata nuklearnya, sementara Moscow berkaitan perang Ukraine. - AFP

JIKA INI SAHEH

PERANG DUNIA

NAK MULA

AMIN

SOLDADU NATO

POLAND AMERIKA

DAH LAMA MASUK

JENG JENG JENG 

AMIN

AKAN MASUK

AMINMELAYU

ANWAR IBRAHIM BAWA BAHAYA PADA TANAH MELAYU


ANWAR IBRAHIM

BAWA BAHAYA

PADA TANAH MELAYU

 AMIN

TURUN JALAN RAYA MENANG PILIHAN RAYA


TURUN

JALAN RAYA

MENANG 

PILIHAN RAYA

AMIN

Unknown commented on 
"TAK TURUN KE JALAN RAYA 
TAK MENANG PILIHAN RAYA"

tunggu sampai pilihanraya lambat turun jlnraya cepat pantas patut cuma atur susun & kempen kemas2 peluang utk kebaikan perjuangan kebenaran berterusan terbaik buat jgn pandang sebelah mata lagipun ahli ramai utk kempen turun jlnraya hingga pilihanraya keberanian penting.!! agenda nampak sentiasa wujud & hidup!!


Unknown commented on 
"TAK TURUN KE JALAN RAYA
 TAK MENANG PILIHAN RAYA"

turun jalan ganti najib dapat nuar aljub..kah kah kah


Unknown commented on 
"KENCING TIPU SEMBANG"

najib dah mengaku kesilapan.. dan mohon maaf.. aku maafkan. pejuangan menurunkan najib bukan perjuangan sia2..

BEBASKAN NAJIB KERANA ANWAR NAK TUMBANG



BEBASKAN NAJIB

KERANA ANWAR

DAH NAK

TUMBANG

AMIN

Unknown commented on
 "PANDANGAN BAIK"

sila baca dan hadam kesah bijan mintak maap hari ini... dah rembat, tendang orang sana, tendang orang sini nak cover crite, tukar statement sana, tukar statement sini, duit tiris tanpa kawalan disemua peringkat... alih2 keluar kenyataan mintak maap.. esok2 lepas la tu dek bang non yg dah nak tombang nie... esok boleh berpadu tenaga, rembat lagi beramai ramai... nak jeng2 jeng2 la tu karang, surat keluar dekat sok kabar utama...

PAGI INI


PAGI INI

JUMAAT 25 OKTOBER 2024
HARI HARI KITA BACA
ADA OPERASI TANGKAP
PENDATANG HARAM

BANGLA DI TANGKAP
INDON DI TANGKAP
ROHINGYA DI TANGKAP
TAPI AMAT JARANG
CHINA MERAH DI TANGKAP

DARI LAPORAN KERAJAAN
ADA 1.2 JUTA  WARGA CHINA MERAH
 LEPAS
DI TANAH MELAYU
DI MANA MEREKA ?
SAPA PILIHARA MEREKA?
KENAPA JALA  POLIS
KENAPA JALA IMIGRISEN
TIDAK ADA CHINA MERAH
DI MELEKAT
APAKAH MEREKA
ADA TONTO DALAM BALAI
ADA MAKLUMAT DARI IMIGRISEN
JENG JENG JENG

KEMUDIAN LEPAS DI TANGKAP
KE MANA MEREKA DI SIMPAN
BERAPA LAMA DI SIMPAN?
APA JADI  LEPAS DI SIMPAN?
SEMUA INI TIDAK JELAS
ORANG RAMAI TIDAK TAHU
MALAH
KITA NAK TAHU BERAPA
JUTA RINGGIT KENA BELANJA
BERI PENDATANG HARAM MAKAN?
JENG JENG JENG

ADAKAH CARA LAIN
UNTUK KITA GUNAKAN
AGAR KITA BOLEH MENEFAATKAN
KEHADIRAN MEREKA?

RUSSIA
PUTIN TIDAK MENAFIKAN
ADANYA SOLDADU KOREA UTARA
DI RUSSIA
JENG JENG JENG

LEBANON
ISREAL TERUS SERANG
KOTA BEIRUT

GAZA
DI UTARA GAZA
RAMAI AKAN MATI KEBULURAN
KATA NGO
YANG MEMBANTU GAZA

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
KEMARIN PANAS

PAGI INI MATAHARI DAH KELUAR
CAHAYA DIRASA DI PIPI
LANGIT BIRU INDAH
AWAN PUTIH DI SANA SINI

TERKUKUR BERSUARA
DARI DALAM SAWAH RUMPUT
CHIP CHIP CHIP
PIPIT UBAN MENCARI REZEKI

HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
DI BALKONI MANDI CAHAYA
GUA RASA  HUJAN TAK ADA
PETANG INI
MALAM AKAN PANAS

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI JUMAAT

BRO
LU INGAT LU SUSAH
LU BELUM RASA
TAK MAKAN TAK MINUM
SEPERTI ORANG DI GAZA

BRO
LU WAJIB BERANI
AMBIL RESIKO
ATAU LU HILANG
KESEMPATAN

BRO
LU JANGAN RISAU
TO IMAM PUN
MELANCAP JUGA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT